Resipi: Lilydvalley / Source: Hana
Bahan-bahan:
3 biji telur dari peti sejuk (Kim guna gred C)
275gm tepung gandum
220gm gula halus/kastor (Hana guna 180gm, Kim guna 170gm)
150gm susu segar (Kim guna low fat milk)
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovallette
1/2 penutup esen vanilla
Filling: Blueberry secukupnya (Masukkan ke dalam piping bag)
(Filling boleh diganti dengan bebagai inti kesukaan memasing)
Pewarna kegemaran beberapa titis
Piping Bag secukupnya
Mangkuk kertas secukupnya
Caranya:
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih). Gunting bahagian hujung sedikit sahaja.
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan lompang.
Picitkan filling blueberry secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga 3/4 penuh. Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.
(Boleh didotkan atau pusing seperti lingkaran nyamuk).
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10 - 15 minit.
Tips dari Hana:
Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman jadik ler kang apam mekar! hihi (berdasarkan pengalaman).
Bubuh esen vanilla untuk mengurangkan bau telur.
Cara Kim: bubuh daun pandan kedalam air kukusan. Bahan-bahan diatas tak perlu nak mengayak.
No comments:
Post a Comment