Bahan-bahan:
Ayam dibersihkan & di potong sedang
Serai dititik
Daun kunyit dicarik
Kerisik
Garam secukupnya
Santan
Minyak untuk menumis rempah
Bahan-bahan rempah diblend sehingga halus:
Cili kering
Bawang merah kecil
Bawang putih
Lengkuas
Halia sedikit
1" Kunyit hidup
Serai
Caranya:
Panaskan sedikit minyak untuk menumis serai titik, daun kunyit dan rempah blend. Tumiskan sehingga rempah garing dan wangi.
Masukkan ayam dan dibalik-balikkan sehingga berubah warna.
Masukkan santan dan dimasak sehingga ayam empuk. Sentiasa dibalik-balikkan supaya rempah tidak hangus. Masukkan garam secukupnya.
Setelah kuah hampir kering masukkan sedikit kerisik. Dibalik-balikkan sehingga rata dan sebati, bolehlah dipadamkan api.
(Nota : Ada orang suka rendang yang kering dan ada yang suka sedikit berkuah, jadi kepekatan kuah terpulanglah kepada masing-masing ikut citarasa sendiri)
No comments:
Post a Comment