Bahan-bahan:
Kacang buncis dihiris panjang
Tauhu dipotong panjang
Bahan-bahan blend/tumbuk:
Cili merah
Belacan sedikit
Bawang merah kecil
Bawang putih
Udang Kering/Ikan bilis (direndam dan sangaikan)
Minyak menumis sedikit
Air sedikit
Garam secukup rasa
Sos ikan sedikit
Caranya:
Panaskan minyak, tumis bahan-bahan rempah sehingga wangi dan masukkan kacang buncis dan kacau sehingga sebati. Masukkan sedikit sos ikan, air dan tauhu, kacau perlahan-lahan kerana tauhu mudah hancur sebab tidak digoreng.
Masukkan garam secukupnya, kacau sehingga kacang buncis masak bolehlah diangkat.
No comments:
Post a Comment