Bahan-bahan:
Tempe dipotong memanjang, digoreng dan ketepikan
Tauhu dipotong memanjang, digoreng dan ketepikan
Ikan Bilis digoreng dan ketepikan
Cili merah dihiris memanjang
Kacang tanah digoreng dan ketepikan
Sedikit Air Asam Jawa
Kicap pekat
Garam secukup rasa
Gula (optional)
Bahan-bahan tumis diblend:
Cili merah / cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Belacan sedikit
Caranya:
Tumiskan bahan-bahan blend sehingga garing dan wangi, masukkan kicap pekat dan kacau sehingga sebati.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula dikacau lagi sehingga sebati.
Masukkan tempe, tauhu, cili merah dan masak sehingga air kering bolehlah dipadamkan api.
Angkat kuali dari api dan masukkan ikan bilis digaul sehingga rata. Akhir sekali taburkan kacang tanah.
Kemudian bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment