Sunday 23 October 2016

Mee Hoon Cili

 

Bahan-bahan
Mee Hoon direndam sehingga lembut dan toskan
Tauhu dipotong ikut suka, digoreng
Daun bawang dipotong 1"
Bawang besar di hiris
Garam secukupnya
Sedikit kicap cair
Sedikit air
Sedikit air jus kasturi.
Minyak

Bahan-bahan blend kasar:
Cili merah masak
Cili hijau
Bawang merah kecil
Bawang putih
Ikan bilis direndam sebentar

Caranya:
Masukkan minyak dikuali.
Tumiskan bahan-bahan blend sehingga wangi.
Masukkan bawang besar dihiris, tumis sehingga layu.
Masukkan mee hoon, kacau sebati.
Masukkan sedikit air, masukkan garam dan sedikit kicap cair, kacau rata.
Masak sehingga mee hoon lembut.
Sebelum dihidang, masukkan tauhu dan daun bawang, kacau rata.
Padamkan api dan masukkan perahan air jus kasturi, kacau rata.
Angkat dan hidangkan.



Kari Kambing PekatTanpa Santan


Bahan-bahan:
Daging kambing cuci bersih dan toskan
Ubi Kentang dibelah 2 
Bawang besar dicincang
Tomato dicincang
Daun Kari
Minyak
Sedikit air
Garam secukup rasa

Rempah tumis:
Kayu manis
Bunga cengkih
Bunga lawang
Buah pelaga
Sedikit jintan putih
Sedikit jintan manis
secubit kas-kas

Bahan-bahan blend:
Bawang merah

Pes halia & bawang putih
Serbuk cili
Serbuk jintan manis
Serbuk garam masala
Serbuk kari ayam

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga wangi, masukkan bawang besar cincang, kacau sebati.
Masukkan daun kari, kacau sehingga wangi.
Masukkan bawang merah diblend kacau sehingga layu, masukkan pes halia dan bawang putih.
Masukkan tomato cincang dan kacau sehingga air tomato sedikit kering.
Masukkan serbuk cili, serbuk jintan manis dan serbuk kari ayam.
Kacau sehingga sebati.
Masukkan daging kambing dan kentang, kacau rata.  
Masukkan air secukupnya dan garam secukupnya, tutup dan biarkan, perlu dikacau sekali-sekala supaya tidak hangus dibahagian bawah.



Sunday 16 October 2016

Cah Kacang Buncis Bercili
















Bahan-bahan:
Kacang buncis, dicelur sehingga masak, kemudian rendam diair sejuk.
Cili merah dipotong kecil
Bawang besar dihiris
Cincang bawang putih dan halia
Kicap ikan sedikit
Kicap cair sedikit
Minyak secukupnya

Caranaya:
Masukkan sedikit minyak dikuali dan tumiskan bawang besar sehingga layu, masukkan cincangan bawang putih/halia.
Masukkan kacang buncis dan hirisan bawang merah.
Masukkan sos ikan dan kicap cair dan kacau sebati.
Angkat dan hidangkan.

Cah Sayur Lik
















Bahan-bahan:
Sayur leek, cuci sehingga bersih
Cendawan tiram segar
Bawang putih dicincang
Garam secukupnya
Sos tiram jika suka
Air secukupnya
Minyak menumis

Caranya:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
Masukkan sayur lik dan cendawan segar.
Masukkan air secukupnya dan garam.
Masak sehingga sayur lembut.


Ketam Kam Heong





















Sumber resipi: Chef Wan via cutemamadelicacies.blogspot.my
Bahan-bahan:
Minyak untuk menggoreng secukupnya
1 kg ketam yang besar dibersihkan dan dipotong 2
5 bawang putih dicincang
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan rempah kari
3 pelepah daun kari
6 cili padi dibuang biji dan dihiris
2 sudu makan sos oyster
1 sudu kecil biji lada hitam ditumbuk
Garam
Gula

Caranya:
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng tenggelam ketam selama 5 minit dikedua belah ketam dan angkat dan toskan.
Dalam kuali yang lain, panaskan 3 sudu makan minyak.
Tumiskan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan udang kering dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan rempah dan daun kari, cili padi dan biarkan tumis beberapa minit.
Masukkan oyster sos dan lada hitam, kacau sebati.
Masukkan ketam lalu dikacau rata dengan rempah.
Perasakan dengan garam dan gula.
Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Ayam Boxing Berempah Cajun dan Salad

































Bahan-bahan perapan ayam boxing:
Kepak ayam dipotong jadikan seperti lolipop
Gaulkan dengan bahan-bahan:
Serbuk cajun
Sedikit serbuk jintan halus
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk cili
Sedikit serbuk lada
Sedikit serbuk garlic salt
Garam secukupnya jika perlu

Bijan putih disangai
Daun ketumbar
Sos cicah

Minyak menggoreng secukupnya

Aluminium foil, jika suka sebagai balutan di hujung tulang ayam

Caranya:
Gorengkan perapan ayam sehingga masak.
Taburkan bijan diatas ayam.
Hidangkan panas-panas, sedap dibuat ratah.
Boleh dimakan dengan salad.


Ayam Varuval Tomato Kuning

















Bahan-bahan perapan ayam: perap +/- 30 minit, kemudian gorengkan ayam dan ubi kentang
Ayam
Ubi kentang
Serbuk ketumbar
Serbuk Jintan kecil
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk cili
Garam sedikit

Bawang besar dimayang
Bawang putih dimayang
Halia dimayang
Tomato kuning dicincang
Daun Kari
Cili merah masak

Bahan-bahan tumis
Biji sawi
Biji poppy
Biji jintan kasar
Kayu manis
Bunga lawang

Sedikit serbuk ketumbar
Sedikit serbuk jintan kecil
Sedikit serbuk cili
Minyak secukupnya
Garam secukupnya
Air jika perlu

Caranya:
Panaskan minyak tumiskan bahan-bahan tumis sehingga wangi, masukkan daun kari, kacau sebati.
Masukkan bawang besar dan tumis sehingga layu dan wangi.
Masukkan hirisan bawang putih dan halia, kacau sebati.
Masukkan tomato kuning dan kacau sehingga tomato layu.
Masukkan sedikit serbuk ketumbar, jintan kecil, cili dan kacau sehingga rempah masak.
Masukkan garam dan ayam, kentang dan cili merah.
Kacau sehingga rata dan masak sehingga kering.
Angkat dan tabur sedikit daun ketumbar.





Nasi Biryani Tomato Masala
















Bahan-bahan:
Beras basmathi, cuci bersih dan rendamkan, kemudian ditos
Air (1 pot beras + 1 pot air, lebihkan sedikit air, sikit saja dalam 1")
Bawang besar ~ dimayang
Bawang putih ~ dimayang
Halia ~ dimayang
Cherry tomato dicincang
Daun ketumbar ~ dimayang
Cili padi sedikit
Rempah garam masala
Garam secukupnya
Minyak sayuran / ghee secukupnya
Ghee / yogurt
Pati ayam

Bahan-bahan tumis
Akar ketumbar *bertanda diblend halus
Bawang putih *
Halia *
Kayu manis
Biji pelaga
Bunga cengkih
Bunga Lawang

Bahan-bahan taburan:
Daun ketumbar
Daun bawang
Bawang goreng

Caranya:
Masukkan sedikit minyak sayuran / ghee kedalam kuali.
Tumiskan kayu manis, biji pelaga, bunga cengkih dan buang lawang hingga harum
Masukkan bahan-bahan blend dan kacau sebati, sehingga harum.
Masukkan hirisan bawang besar dan kacau sehingga layu dan harum
Masukkan bawang putih dan halia tumis sebentar, masukkan cherry tomato dan cili padi, kacau sehingga sebati.
Masukkan sedikit rempah garam masala, kacau sebentar sehingga rata.
Masukkan sedikit daun ketumbar.
Kacau sebati semua sehingga rata, masukkan beras dan kacau perlahan-lahan, kacau lebih kurang 1-2 minit.  Masukkan air, pati ayam dan garam secukupnya.
Kemudian bolehlah dialihkan beras untuk tanak nasi seperti biasa.
Selepas nasi telah masak, masukkan sedikit minyak sapi atau yogurt.
Sebelum di hidangkan ratakan minyak sapi atau yogurt.





Thursday 13 October 2016

Crispy Ulundhu Vadai (Urad Dal Vada)



Recipe sourced: savithakitchen.blogspot.my
Ingredients:
1 cup Urad Dal
1 tbsp Rice
1 tsp Rava (Semolina)
4 nos. Green Chilies
1/2" Ginger
1/2 Big Onion
Curry Leaves
Cilantro

Method:
Wash and soak urad dal for 1 hour.
Chop onion, 2 green chilies, curry leaves and cilantro.
Grind urad dal, rice, ginger and remaining 2 nos. green chilies into a fine batter. 
Try to add little water while grinding.
Transfer the batter into a bowl and mix it well, until it gives out bubbles.
This mixing makes the batter fluffy.
Add the chopped onion, green chilies, curry leaves and cilantro into the batter.
As this point, add rava to the batter.  This rave makes the vadai retain its crispness.
Heat oil in a pan.
Wet your hand and place a ball of batter and pat it.
Slowly drop it in oil,
Fry the vadai in hot oil.
Take the vadai out and wipe it off with tissue.
Serve with chutney or sambar.
Vadai will retain its crispness for at least 2 to 3 hours

Tips to make crispy & perfectly shaped medu vadas (sourced www.rediff.com, youtoocancook.net, Vahchef's site and manjulaskitchen ):
Soak urad dal for minimum 2 hours before grinding it in the mixer grinder.

Then while grinding add little water every 2-3 spins and keep wiping the sides of grinder with a spatula.  Batter should be non sticky when you touch it by dipping your hands in water.

Keep the batter covered in refrigerator till use.  Add salt and onions only before frying the vada.  Beat the batter before frying to provide aeration which is very important to get crispy light vadas.  Then add other spices.

Don't add salt while grinding, you should add the salt just before frying the vada.

Make sure that vada batter should be hard enough to hold because if the batter is too light vada will absorb more oil.

To make them super crispy add1 tsp of rice flour or semolina flour (rava) to the batter.  If you grind vada batter properly, then no need to add rice flour or toor dal, vada will come out super crispy by itself.

To check the vada formation just drop a small spoonful batter in a bowl of water, it should float to some extent.  Also when you try to drop the batter it should form a stiff peak.

For beginners, shaping the vadas on the greased plastic cover is the easiest.  Grease a plastic sheet with oil.

Take a bowl of water wet your hands and place a portion of dough on plastic.

Now make a hole in centre and shape it in form of round vada.  In case you are not able to make a hole then your batter consistency is water and thereby it will be runny and sticky.

Transfer vada on your wet palm and slide vada carefully in oil as oil may splash.

Deep fry with medium heat till both the sides are brown.  Frying pan should have about 1" of oil, check if the oil is ready, put one drop of batter in oil.  The batter should sizzle and come up but not change colour right away.  If oil is very hot vads will not cook through and will not be crispy.

To keep the vada crispy for hours, just pre-heat the oven in the least temperature and place your vadas in a tray inside the oven, by this way vada stays crispy.


Tuesday 11 October 2016

Ikan Tenggiri Chuan Chuan Nyonya


















Sumber: Rasa Okt 2016
Bahan-bahan:-
3 keping ikan tenggiri
Kunyit dan garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan-bahan tumis:
3 biji bawang merah ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
1 biji cili merah ~ hiris
1 sudu makan tauchu ~ cuci sedikit untuk hilangkan kemasinan
1/2 mangkuk air asam jawa

Bahan-bahan hiasan:
Bawang goreng secukupnya
Hirisan daun bawang secukupnya

Caranya:
Lumur ikan dengan kunyit dan garam.  Goreng ikan tenggiri sehingga garing.  Ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan hirisan cili merah sehingga naik bau.
Kemudian masukkan tauchu dan masukkan air asam jawa.
Biarkan kuahnya pekat sedikit.
Apabila pekat, masukkan sedikit gula dan sedikit garam secukup rasa.  Kacau sebati.
Setelah masak, tuangkan kuah ke atas ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.
Akhir sekali tabur bawang goreng dan hirisan daun bawang.

Thursday 6 October 2016

Jejari Tempe Rangup Berempah
















Sumber resipi: intai-intaidapurfha.blogspot.my
Bahan-bahan A:
Minyak secukupnya untuk menggoreng tenggelam
2 keping tempe (dipotong nipis memanjang)

Bahan-bahan B:
3 camca besar tepung sagu
3 camca besar tepung beras
1 biji kuning telur
1/4 camca teh serbuk kunyit
1/4 camca teh perencah "secukup rasa" ~ ganti dengan onion salt
1/4 sudu teh baking powder
sedikit garam
sedikit air

Bahan-bahan C, diblend halus:
1/2 camca teh biji ketumbar
1/2 camca teh biji lada putih
1/2 camca teh biji jintan manis
1/2 camca teh biji jintan putih
1 biji cili padi merah
sedikit air (sedikit sahaja sekadar nak memastikan boleh diblend hancur)

Caranya:
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng tempe sekejap sekadar nak menggeringkan sedikit air dalam tempe.
Jangan terlalu lama kerana kita akan menggoreng kembali tempe apabila kita salut dengan adunan tepung.
Angkat dan toskan minyaknya.
Dalam mangkuk adunan satukan kesemua bahan B (kecuali air) dan bahan C.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga kita mendapat kelikatan seperti goreng pisang.
Sebatikan adunan.
Pastikan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
Panaskan minyak kembali dan apabila minyak telah panas, celup tempe yang telah digoreng tadi kedalam adunan dan goreng.
Pastikan jangan terlalu banyak sekadar penuh kuali dan mencukupi kerana kita tidak mahu suhu minyak turun mendadak.
Apabila agak tepung sudah masak dan rangup bolehlah di angkat dan toskan atas kertas serap minyak.

Wednesday 5 October 2016

Sayur Cap Chye
















Bahan-bahan:
Lobak merah
Cili benggala hijau
Kacang snowpeas
Cendawan tiram
Halia di hiris
Bawang putih dicincang halus
Garam secukupnya
Minyak menumis
Sedikit air tepung jagung yang cair
Sedikit air

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali tumiskan bawang putih sebentar, masukkan hirisan halia.
Masukkan kesemua sayuran kecuali cendawan. Kacaukan sebentar, masukkan sedikit air.
Apabila sayur telah lembut, masukkan cendawan tiram, kacau sebati.
Masukkan garam secukupnya dan sedikit air tepung jagung.
Kacau sebati, rasa dan angkat.


Kentang dan Tauhu Masala
















Bahan-bahan:
Tauhu dipotong empat *digoreng, toskan dan ketepikan
Ubi kentang dipotong empat, rendam dengan air garam * digoreng, toskan dan ketepikan
Cili kering potong serong
Daun kari
Bawang besar dihiris
Lada hijau
Serbuk garam masala
Serbuk cili sedikit
Serbuk kunyit
Kicap cair secukupnya

Bahan-bahan rempah tumisan:
Biji sawi * sangai
Jintan manis * sangai
Jintan putih * sangai
Jintan hitam * sangai

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dari minyak lebihan menggoreng tauhu dan ubi kentang.
Masukkan rempah tumis yang telah disangai tadi, tumis sehingga wangi, masukkan daun kari, cili kering dan bawang besar kacau sehingga layu.
Masukkan serbuk garam masala, serbuk cili dan serbuk kunyit sedikit, kacau sebentar sehingga rata.
Masukkan tauhu, ubi kentang dan kicap cair kacau sebati.
Rasa dulu sebelum diangkat. Boleh ditambah garam jika kurang rasa.




Monday 3 October 2016

Ikan Kukus Sos Soya Superior


















Sumber resipi: Rasa Oct 2016
Bahan-bahan:
1 ekor ikan Siakap
4cm halia muda, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
Sedikit daun ketumbar, dikisar
1 tangkai daun bawang, dipotong 3cm
Sedikit cili padi, dihiris
2 sudu makan minyak masak
4 sudu makan kicap cair
5 sudu makan stok ayam
1/4 sudu teh minyak bijan
Sedikit lada sulah

Caranya:
Bersihkan ikan, kemudian kelar dan lumurkan lada sulah berserta garam dibahagian luar dan dalam ikan.
Letakkan halia dan bawang putih yang dikisar.
Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 8 minit.
Panaskan minyak masak dalam kuali, kemudian tuangkan minyak panas ke atas ikan tadi diikuti cili hiris, kicap cair, stok ayam, minyak bijan dan lada sulah.
Tutup semula pengukus dan kukus semula.
Setelah ikan masak masukkan hirisan daun bawang.
Hidangkan panas-panas.

Ketam Sambal Nyonya
















Sumber resipi: Rasa Oct 2016
Bahan-bahan:
3 ekor ketam, bersihkan
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya

Bahan-bahan tumis:
4 biji bawang merah, dihiris halus
3 ulas bawang putih, dihiris halus
1 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu makan serbuk cili, saya tambah
1 sudu makan taucu
2 tangkai daun kari

Bahan-bahan lain:
1/2 mangkuk air asam jawa
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukupnya

Caranya:
Gaulkan ketam dengan garam dan kunyit.  Kemudian goreng ketam seketika dan angkat, ketepikan.
Tumis bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga terbit bau.
Kemudian masukkan taucu, serbuk kari ikan dan serbuk cili.
Biarkan ia masak seketika dan masukkan air asam jawa.
Apabila ia mereneh, masukkan perasa seperti garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
Angkat dan sedia dihidangkan.



Nasi Ketumbar Meera
















Sumber resepi: Saji Oct 2016
Bahan-bahan:
3/4 cawan beras basmati
1/4 cawan bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih
1cm halia
1 helai daun bay
1/4 cawan ketang ~ dipotong dadu, tak letak
1/4 cawan lobak merah ~ dipotong dadu, parut
1/4 cawan daun ketumbar
1/4 cawan kacang pis
11/2 cawan air
2 sudu besar minyak masak, guna minyak sapi
Garam

Bahan-bahan tumis:
2 kuntum cengkih
2 biji buah pelaga
2 tangkai cili hijau
2cm kulit kayu manis

Caranya:
Basuh beras dan rendam selama 15 minit. Toskan.
Panaskan minyak, tumiskan cengkih, pelaga, daun bay, kulit kayu manis.
Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia, tumis sehingga naik bau.
Masukkan kentang, lobak merah, daun ketumbar dan kacang pis serta garam.
Masak sehingga sayur empuk dan sebatikan rasa.
Akhir sekali masukkan beras serta air secukupnya.
Tanak nasi sehingga masak.


Kambing Kicap Pedas Nyonya
















Bahan-bahan A:
Daging kambing, cuci bersih, potong kecil *, bahan bertanda * direbus bersama hingga daging empuk
Air secukupnya *
Serbuk Ketumbar *
Serbuk jintan halus *
Serbuk kunyit *

Bahan-bahan B, diblend halus:
Cili hijau sedikit
Cili api ikut kepedasan
Halia
Bawang putih ~ halia dan bawang putih jumlah mesti sama

Minyak sedikit
1 labu bawang besar dimayang
Kicap cair secukupnya
Kicap pekat manis secukupnya
Serbuk rempah masala
Sedikit serbuk cili
Air perahan lemon secukupnya ~ mesti bubuh

Caranya:
Bahan-bahan A yang telah direbus empuk, toskan dan kemudian digaul bersama bahan yang telah diblend halus tadi, perapkan lebih kurang 1/2 jam. Ketepikan
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang besar sehingga layu, masukkan serbuk rempah masala dan serbuk cili, kacau sebati seketika.
Masukkan kicap cair dan kicap pekat secukupnya dan kacau rata.
Masukkan daging yang diperap tadi, kacau sehingga sebati.  Tutup dan masak dengan api perlahan.
Kacau sekali sekala sehingga pekat. Sebelum dipadamkan api, masukkan air perahan lemon.
Setelah di kacau sebati dan rasa pun ok bolehlah diangkat.
Hidangkan bersama nasi putih atau nasi yang berperisa.