Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Saturday, 30 May 2020

Telur Mata Sos Kicap Tomato































Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan:
Telur
Minyak menggoreng dan menumis

Bahan sos:
1 biji tomato saiz kecil, potong dadu
2 biji cili padi hijau hiris
1 biji jus limau kasturi
Kicap cair
Kicap manis

Caranya:
Goreng telur mata, bubuh atas pinggan dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan tomato hingga layu.
Masukkan cili padi, kacau sebati.
Setelah cili masak dan air tomato sedikit kering, masukkan kicap cair, kicap pekat dan jus limau kasturi.
Masak sehingga Kuah sos mendidih.
Bubuh atas telur dan hidangkan.









Sunday, 22 September 2019

Tofu Telur Kukus Telur Burung Puyuh




















Sumber: via YouTube Thai
Bahan-bahan:
Tofu Telur dipotong dan korek bahagian tengah, buatkan lubang
Telur puyuh
Daun bawang dihiris

Bahan-bahan Sos, disebatikan:-
Kicap cair
Minyak bijan
Gula
Garam secukup rasa
Maggi seasonings

Caranya:
Sediakan pengukus.
Potongkan tofu telur dan susun pada pinggan.
Masukkan telur puyuh pada bahagian lubang tofu.
Kukuskan sehingga telur puyuh masak.
Tuangkan bahan-bahan sos dan kukus semula.
Angkat dan hidangkan semasa masih panas.

Wednesday, 11 September 2019

Golden Balls Ala Sushi King





Sumber resipi: @kualihelena
Bahan-bahan:
Telur
Minyak menggoreng

Bahan-bahan salutan:-
Tepung gandum
Breadcrumbs
1 biji telur dikocok

Caranya:
Rebus telur dan kupas kulit.
Salutkan telur pada tepung gandum kemudian pada telur.  Ulang proses ini sebanyak 2x.
Kemudian celupkan semula ke dalam telur.
Salutkan dengan breadcrumbs sehingga rata.
Simpan dalam peti sejuk selama 10 minit.
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan keemasan.
Angkat, biarkan sejuk baru dipotong dua.

Bahan-bahan Filings:
Crabstick
Mayonis
Garam secukup rasa
Maggi secukup rasa
Lada sulah
Gula perang

Caranya:
Rebus sebentar crabsticks, angkat dan toskan.
Kemudian cincang halus, campurkan dengan garam, maggi secukup rasa, lada sulah dan gula, gaul sebati.
Letakkan di atas telur yang telah dipotong dua.
Hidangkan, sprinkle sedikit dengan lada hitam.

Tuesday, 13 August 2019

Telur Dadar Krispy Ala Barnfinfin





Sumber: Instagram Barnfinfin, thank you delicious and fragrant
Bahan-bahan, Campur kesemua bahan, kacau sebati:
Telur
Hirisan kacang panjang
Hirisan daun limau purut
Sos ikan
Sos perisa
Pes kari merah
Tepung jagung

Minyak menggoreng secukupnya

Caranya:-
Masukkan secukup minyak dikuali.
Ambil 1 sudu makan adunan telur, masukkan ke dalam minyak panas.
Goreng sehingga kekuningan dikedua belah bahagian.
Angkat dan toskan minyak.
Hidangkan dengan sambal timun mentah.

Bahan-bahan sambal timun mentah:
3 sudu makan gula * direnihkan bersama air
3 sudu makan air
2 sudu makan cuka

Timun dihiris
Bawang merah dihiris
Cili padi dihiris

Caranya:
Masukkan air gula kedalam timun, bawang merah dan cili padi, gaul sebati.
Masukkan di pinggan hidangan.


Tuesday, 30 July 2019

Telur Dadar Bunga Kantan




Bahan-bahan:
Telur
Bunga kantan dihiris
Bawang besar dihiris
Cili padi dihiris
Sos ikan
Serbuk lada
Garam jika perlu
Minyak secukupnya

Caranya:
Kocokkan telur bersama sos ikan dan serbuk lada hingga sebati, kemudian masukkan bunga kantan.
Masukkan sedikit minyak di kuali, tumiskan bawang besar sehingga layu, masukkan cili padi kacau sebati.
Masukkan telur dan dadarkan sehingga telur masak dan hidangkan.

Tuesday, 11 June 2019

Telur Tomato




Bahan-bahan:
Telur, dipukul dengan sedikit air
Tomato yang masak ranum
Bawang putih dicincang halus
Serbuk lada putih
Sedikit minyak
Sedikit air jika perlu
Garam secukup

Caranya:
Masukkan sedikit minyak di kuali dan dadarkan telur yang telah dipukul dengan serbuk lada putih. Angkat dan ketepikan
Atau pun tak perlu membuat telur dadar.
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang putih, masukkan tomato dan kacau sebati.
Masukkan sedikit garam, kacau sebati.
Tolak ketepi tomato, masukkan sedikit minyak (jangan banyak), pecahkan telur dan bila dan sedikit masak, pecah-pecahkan telur menjadi kepingan.
Gaulkan tomato dan telur, jika perlu masukkan sedikit air, rasa dulu baru dimasukkan sedikit garam.
Angkat dan hidangkan.


Sunday, 9 December 2018

Scramble Egg





















Bahan-bahan:
2 biji telur
2 sudu besar butter
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Krim / susu jika suka
Daun chai jika suka dihiris

Caranya:
Masukkan telur dan butter ke dalam periuk.
Buka api yang besar.
Sentiasa mengacau dengan spatula, alihkan dari api selepas 3 minit, kacau.
Selepas itu alih semula ke api dan kacau.
Bila cecair hampir kering masukkan garam dan lada hitam secukupnya, sambil dikacau lagi.
Kemudian alih dari api, kacau.
Alia semula ke api, kacau dan padamkan api.

Thursday, 17 May 2018

Telur Gulung Ala-Ala Tamagoyaki





















Bahan-bahan:
3 biji telur dipukul ringan
Sedikit hirisan kacang buncis
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit hirisan cili merah / cili padi merah
Sedikit minyak untuk disapukan pada kuali
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa

Sunday, 7 May 2017

Sup Telur Rebus Berempah




























Bahan-bahan:
Telur rebus
Lobak merah
Ubi Kentang
Cili padi, diketuk
Serai, diketuk
Asam keping / gelugor
Kiub Ayam
Air secukupnya
Garam jika perlu
Minyak untuk menumis rempah

Bahan-bahan tumis:
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah Pelaga

Bahan-bahan dikisar halus:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Buah keras, sangai dulu

Bahan-bahan rempah, digaul sebati:
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk ketumbar
Serbuk lada hitam

Bahan-bahan taburan:
Daun Sup
Daun bawang
Bawang goreng

Caranya:
Panaskan sedikit minyak di kuali, tumiskan bahan-bahan kisar, bahan-bahan rempah dan bahan-bahan tumis sehingga wangi.
Masukkan lobak merah dan ubi kentang, kacau sebati.
Tuangkan air secukupnya dengan api yang sederhana.
Masukkan asam keping, cili padi dan masak sehingga lembut.
Masukkan kiub ayam dan telur rebus.  Biarkan mendidih sebentar.
Rasa dulu kurang garam tambahkan sebelum dimatikan api.
Hidangkan panas-panas dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Sunday, 29 July 2012

Telur Dadar Mayonis Mini

Bahan-bahan dipukul sehingga sebati:
Telur
Cili merah masak dihiris
Daun Bawang dihiris
Kacang buncis dihiris
Garam secukupnya
1 sudu besar Mayonis
Sedikit garam
Serbuk lada sulah
Bawang merah besar dimayang

Minyak sedikit

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali non stick. 
Masukkan 2 sudu besar telur dan dadarkan sehingga kekuningan terbalikan, setelah kedua permukaan kuning boleh diangkat.