Bahan-bahan:
Telur
Minyak menggoreng
Bahan-bahan salutan:-
Tepung gandum
Breadcrumbs
1 biji telur dikocok
Caranya:
Rebus telur dan kupas kulit.
Salutkan telur pada tepung gandum kemudian pada telur. Ulang proses ini sebanyak 2x.
Kemudian celupkan semula ke dalam telur.
Salutkan dengan breadcrumbs sehingga rata.
Simpan dalam peti sejuk selama 10 minit.
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan keemasan.
Angkat, biarkan sejuk baru dipotong dua.
Bahan-bahan Filings:
Crabstick
Mayonis
Garam secukup rasa
Maggi secukup rasa
Lada sulah
Gula perang
Caranya:
Rebus sebentar crabsticks, angkat dan toskan.
Kemudian cincang halus, campurkan dengan garam, maggi secukup rasa, lada sulah dan gula, gaul sebati.
Letakkan di atas telur yang telah dipotong dua.
Hidangkan, sprinkle sedikit dengan lada hitam.
No comments:
Post a Comment