Showing posts with label Drinks. Show all posts
Showing posts with label Drinks. Show all posts

Monday, 18 January 2021

Jus Kelapa, Timun & Pudina





 

















Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
Jus Kelapa segera
Timun disagat
Daun pudina
1/2 jus perahan air limau nipis
Sekeping hirisan limau nipis
Air Batu jika suka

Caranya:
Masukkan sedikit timun yang dihiris dan daun pudina kedalam gelas yang tinggi. 
Dengan menggunakan sudu, lenyek timun bersama empulur dan daun pudina hingga layu. 
Masukkan sedikit jus kelapa dan jus limau nipis, kacaukan. 
Masukkan timun yang disagat dan daun pudina, tuangkan baki jus kelapa. 
Simpan dalam peti sejuk atau masukkan ketul an air batu. 
Sedia diminum. 





Friday, 31 July 2020

Dalgona Coffee


Resepi by:@succenlim_ind
Remake by:@kim_kimberly1509
Kopi yang sangat viral masa movement control order

Bahan-bahan coffee cream:
2 sdb nescafe classic
2 sdb gula pasir ~ guna gula perang
2 sdb air panas
Perbandingan: 1:1:1

Es Batu secukupnya ~ guna 1 kiub kecil untuk cawan yang digunakan
Susu segar secukupnya

Caranya:
Kocok dengan whisk / mixer sehingga mengembang dan creamy. 
Setelah itu siapkan gelas/cawan yang diisi es batu. 
Tuangkan susu segar secukupnya. 
Beri topping coffee cream diatasnya. 

Nota saya: jika tidak mau minuman yang sejuk. 
Panaskan susu segar jangan sampai mendidih. 
Tuangkan susu panas di gelas/cawan, beri topping diatasnya. 



Sunday, 23 September 2018

Black Bubble Pearl



























Sumber resipi: rasa.my via KuPot Amanz
Bahan-bahan:
Tepung ubi kayu
Serbuk kopi secukupnya bergantung pada jumlah tepung yang anda guna
Air panas
Air gula ~ kena manis sebab nanti nak buat rebus pearl

Caranya:
Bancuh serbuk kopi dengan air panas secukupnya.  Lebih gelap warna kopi, lebih gelaplah warna pearl anda.
Masukkan bancuhan kopi ke dalam bekas berisi tepung sedikit demi sedikit.
Uli sampai doh tidak melekat di tangan.
Bulat-bulatkan doh menjadi bebola kecil.
Panaskan air gula dan rebus bubble pearl sehingga terapung, Angakt.
Bolehlah dimasukkan ke dalam minuman kegemaran anda.
Untuk meyimpan lebihan bubble pearl, masukkan kedalam bekas bersama dengan sedikit air gula.
Simpan di dalam peti sejuk.

Matcha Latte With Grass Jelly




Recipe sourced: vickypham.com

Ingredients for Serving: 1 
1 tsp matcha powder
1/4 cup hot water
1/3 cup cube grass jelly ~ i replaced with bubble pearl home made
4 tbsps brown sugar syrup (equal part of sugar and water, bring to a boil then cool)
3/4 - 1 cp ice
1/2 cup milk ~ fresh milk

Method:
In a small cup or bowl, whisk together matcha powder with hot water until it is completely dissolved and frothy.
Set aside the mixture in a freezer or fridge to cool quickly.
In the meantime, add the following to your cup in this order:-
Grass jelly (Bubble Pearls)
Brown sugar syrup
Ice
Milk
Retrieve the matcha mixture from the fridge/freezer, give it a quick stir and pour gently on top of the milk.






Friday, 1 September 2017

Choc Ice Blend





Sumber resipi: norazlitaaziz.blogspot.com
Bahan-bahan:
2 sudu besar Milo ~ guna 2 sudu besar serbuk coklat
1 sudu kecil serbuk koko ~ guna Milo
3 sudu besar susu manis ~ guna 2 sudu besar
5 sudu besar susu cair
1 mug ais (atau lebih sikit kalau suka)
2 scop ice cream perisa coklat

Bahan-bahan hiasan:
Cooking Chocolate / Chocolate syrup Hersheys
Whipping Cream (jenis spray dalam tin)
Choc rice
Ceri jika suka

Caranya:
Guna blender yang bersih lagi elok kalau ada blender untuk blend ais.
Masukkan milo, koko powder, susu manis, susu cair, ais, ice cream coklat dan sedikit air masak (dalam 3 sudu) ke dalam blender.  Air diguna untuk menggerakkan blender.
Selepas di blend bubuh dalam gelas dan hias diatasnya dengan whipping cream dan choc syrup.

Monday, 18 January 2016

Teh Masala Pakistan dan Cucur Simple



Sumber: Zulfadreamland.blogspot / Deli Hayat
Bahan-bahan:
2 sudu besar (membukit) serbuk teh
1 sudu besar biji pelaga ~ ditumbuk / serbuk pelaga
1 tin susu cair
2 sudu besar gula (boleh lebihkan)
3 tin air ~ guna tin susu

Caranya:
Renihkan air, biji pelaga dan teh dengan api perlahan sehingga kembang.
Masukkan susu cair, kacau selalu untuk mengelakkan susu membuak keluar.
Masukkan gula dan kacau.
Tapis dan bolehlah dihidangkan

Cucur Simple:
Tepung gandum
Hirisan bawang besar
Hirisan halia
Hirisan daun bawang
Cili blend ~ boleh guna cili kering / cili hidup
Garam secukupnya
Pati ayam
Air suam

Minyak secukupnya

Caranya:
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar.
Masukkan air secukupnya, kacau sebati.
Panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan.
Angkat dan toskan.