Sunday 27 May 2012

Roti Kaya Goreng

 Pujian Kepada Hasue (Resipi dibawah telah diubahsuaikan sedikit)

Bahan-Bahan:
Roti - dibuang tepi jika suka

Bahan salutan - dipukul sehingga sebati
Tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
Air secukupnya
Garam
Telur 
Sedikit Margerin
Serbuk kunyit

Bahan inti:
Kaya / Ubi Kentang / Sardin

Minyak untuk menggoreng secukupnya

Caranya:
Ambil sekeping roti, sapukan rata secukupnya inti.
Tutupkan bahagian tepi dengan sedikit air/telur.
Salutkan roti yang telah ditutup tadi dengan tepung salutan dan goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan hidangkan.

Saturday 26 May 2012

Peria Tumis Tauchu







Bahan-bahan:
Peria dibuang bahagian biji, dipotong kecil kemudian direndamkan bersama air garam sebentar

Bahan tumis:
Bawang putih ditumbuk
Bawang merah besar dihiris halus
Tauchu direndam sehingga air garam hilang

Sedikit minyak menumis
Air sedikit
Garam

Caranya:
Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih, merah dan tauchu ditumis sehingga berbau harum.
Masukkan peria dan dikacau sebentar kemudian bolehlah dimasukkan sedikit air, garam dan masak sehingga perai masak.
Bolehlah dihidangkan.

Ayam Sos Tiram







Bahan-bahan:
Ayam dibuang lemak dan kulit, dipotong kecil
Ubi kentang digoreng sebentar
Tomato dipotong 6
Cili merah dipotong serong
Cili hijau dipotong serong

Bahan-bahan tumis:
Serai diketuk
Daun kunyit disiat kasar
Bawang putih dicincang kasar

Sos tiram
Air sedikit
Garam (jika perlu)
Honey (optional)
Sedikit minyak untuk menumis

Caranya:
Panaskan minyak sedikit.  Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis sehingga rempah berbau wangi. Masukkan ayam dan ubi kentang dan kacau sehingga ayam bertukar warna. 
Masukkan sos tiram dan air sedikit, kacau sekali sekala sehingga ayam dan ubi kentang empuk.
Rasakan garam jika perlu masukkan sedikit.  
Selepas itu masukkan tomato, cili merah dan hijau dikacau sehingga masak.
Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih 

Kurma Ayam


















Bahan-bahan:
Ayam dipotong, buangkan lemak dan kulit

Bahan-bahan dikisar halus:
Bawang putih
Bawang merah
Buah Keras
Biji Kas-Kas sedikit
Halia

Bahan-bahan ditumis:
Kayu manis
Bunga cengkih
Buah pelaga
Bunga lawang
Serai, dititik
1 bungkus kecil rempah kurma, dibancuh dengan sedikit air

Asam jawa keping
Tomato
Ubi Kentang
Cili merah, dibuang biji dan belah jangan putus
Cili hijau, dibuang biji dan belah jangan putus
Bawang merah besar
Minyak sapi & Minyak masak untuk menumis
Santan
Garam secukup rasa

Caranya:
Panaskan sedikit minyak sapi dan minyak masak. Masukkan rempah kisar dan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau.
Masukkan rempah kurma dan kacau sebentar, masukkan air sedikit dan dikacau lagi.
Masukkan ayam dan ubi kentang dikacau sehingga rempah menyaluti ayam dan ubi kentang.
Kemudian bolehlah dimasukkan santan dikacau sekali sekala sehingga ubi kentang empuk.
Masukkan garam secukup rasa, asam keping, bawang merah besar, cili merah, cili hijau dan tomato.
Dikacau sehingga bahan-bahan tadi masak dan bolehlah dimatikan api.
Sedap dimakan bersama nasi putih, nasi minyak atau sebagai pencicah lempeng
   


Friday 25 May 2012

Sos Cili Minyak Zaitun


Bahan-bahan diblend halus:   
Cili merah
Tomato dibuang biji
Garam
Sos tomato
Minyak zaitun
Air masak
Gula (optional)

Cara-cara:
Blend sehingga halus dan sebati dan bolehlah dicicah dengan ayam bakar / kukus.

Sunday 6 May 2012

Prune Cake

Recipe by : Pook Daily Delicious)

Ingredients:-
175gm dried prune
125gm All Purpose Flour ( Kim used Self Raising Flour )
¼ tsp salt ( Kim used a pinch )
1 tsp baking power ( Kim omitted )
¼ tsp baking soda ( Kim omitted )
50gm sugar ( Kim used castor sugar )
1 egg ( Kim used 2 eggs size C )
60ml corn oil
¼ cup sour cream

Method:-
Preheat oven to 180 C.

Line the 21 x 8cm pan with the baking paper, set aside.

Take 4 prunes out and cut them in half, set aside for decorating.

Put the rest of the prune into the small bowl, pour hot water over, rest for 20 mins. until the prunes are plumping up.

Drain the prunes and cut them into small pieces, set aside.

Put the egg, oil and sour cream together and whist to combine.

Mix the flour, baking powder, baking soda, salt and sugar, whisk to fully combine.

Mix the prune into the flour mixture, then make a well in the center.

Pour the egg mixture in the hole and mix with the spatula until just combine.

Pour the batter into the prepared pan, Decorate with the prunes.

Bake for 25-30 mins. Or until lightly golden and a wooden skewer inserted into the centre comes out clean.

(Note by Kim: very moist maybe due to sour cream, not sweet, is a healthy cake without using much of eggs and butter is replaced with corn oil)

Nasi Komok @ Khao Mok Gai @ Nasi Beriani Siam





Source: Azian@aziancollection via Kongsi Resipi / Ayu@curlybabesatisfaction

For the spice mix – (rempah komok)
2 tsp serbuk rempah kari Babas
1 tsp serbuk kunyit
1 tsp serbuk ketumbar
½ tsp serbuk jintan putih  ( Ayu guna 1 sudu kecil )
½ tsp serbuk jintan manis ( Ayu tambah, Kim jugak )
½ tsp serbuk kayu manis ( Ayu guna ¼ sudu kecil )
1 tsp garam
1 tbsp gula ( Ayu guna perasa, Kim guna stok ayam )

Bahan-bahan nasi
5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah * - dihiriskan
1 inci Halia * - dihiriskan
4 ulas bawang putih * - dihiriskan
3 batang akar ketumbar (Ayu guna batang yang bawah sekali yang tak berdaun atas akar)
2-3 sudu rempah komok
200ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air 
Garam secukup rasa
Rempah penumis ( Ayu guna1 batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 biji pelaga, 3 biji bunga cengkih )

Cara memasak:
Cuci ayam, seeloknya dipotong 4 saja.
Cuci beras basmathi dan rendam sebentar
Hiris nipis bahan bertanda *.
Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hamper masak.
Angkat ayam dan toskan.  Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit ( Kim jugak menambah kunyit hidup, sedikit cili kisar, halia kisar, bawang putih dan serai dan tepung beras sebagai salutan ).
Perapkan ayam sebentar biar ia mesra.  Goreng ayam yang diperap samada garing atau tidak mengikut citarasa sendiri.
Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu, biarkan ia menggelegak sambil dikacau. Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan pula beras yang telah ditoskan.  Tutup dan biarkan ia masak.

Bahan sos cili: (Blend hingga lumat semua bahan-bahan yang bertanda *
1 cawan air kuah nasi komok ( sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan, Kim jugak )
6 biji cili merah *
Segenggam cili padi *)( Ayu tambah, Kim jugak )
4 ulas bawang merah * ( Ayu tambah, Kim jugak )
2 ulas bawang putih *
4 tangkai daun ketumbar *
Gula, garam, cuka secukup rasa 

Kisar semua bahan bertanda *.
Masak hingga agak pekat.
Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
Hidang bersama nasi komok.

Cornflakes Pedas

Bahan-bahan:
Cornflakes secukupnya
Kacang tanah digoreng berminyak / tanpa minyak
Ikan bilis digoreng garing
Bawang putih dihiris halus dan digoreng garing
Serai dihiris halus
Daun limau purut
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan salutan (diblend halus):
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai

Lempeng Tepung Beras Ghee


Bahan-bahan:
Tepung gandum / self raising flour **
Tepung halus **
Tepung beras **
Ghee **
Santan secukupnya **
Garam secukup rasa **
Ghee secukupnya untuk disapukan sedikit pada kuali non stick
(Tidak perlu menggunakan telur)

Caranya:
Satukan kesemua bahan-bahan yang bertanda ** kacau sebati.
Sapukan sedikit ghee pada non stick, setelah panas masukkan dalam 1 sudu besar adunan.
Masak pada kedua-dua belah bahagian.
Enak dicicah bersama kari / sambal.

Rava



Source: Sashi's Tasty Bites
Ingredients:
1 cup Rava
1 cup Sugar - Kim removed about 4 tablespoon
1 1/2 cup Milk
1 1/2 cup Water
1 tsp Cardamon Powder
As per taste Cashew nuts and raisins
3 tbsp Ghee
1 tsp Orange Food colour - Kim used about 4 drops

Method:
In a pan heat 1 tsp of ghee and fry cashewnuts and raisins till it is golden brown.
Don't fry them dark as the raisin would taste bad.
In the same pan fry the rava till it's light golden brown colour and keep it aside.  Add milk, water and sugar into the pan and mix well.  Also add cardamon powder and food colour.  Allow it to boil.  When boiling add the rava little by little and stir well.  Make sure no lumps are formed.   
Add the remaining ghee as well.  Stir continously till it becomes little thick and add cashewnuts and raisins.
  

Carrot Apple Cupcake

By: Naz Rinn Chan / Source : Yatie Sinar Kehidupan



Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
Secubit garam halus
3/4 cawan gula perang halus - Yatie guna 1 cawan - Kim jugak 
4 biji telur - Kim guna 5 biji telur saiz C
1 cawan minyak jagung/minyak sayur
100gm mentega, dicairkan
200gm lobak merah, diparut
150gm apple hijau, diparut
30gm hazelnut (boleh digantikan dengan kekacang lain) - Yatie tak letak, Kim jugak

Cara membuat kek:
Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus.  Masukkan kedalam mangkuk pengadun.
Masukkan kesemua bahan lain.
Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama 2 minit.
Lengserkan loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuangkan adunan.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit ke 1 jam ikut oven masing-masing.
Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.
*** Kalau membuat versi cupcake, bakar pada suhu 180C selama 25-30 minit api atas bawah atau sehingga masak ***. 
Kim menggunakan sudu ice-cream untuk mengisi adunan kedalam kotak cupcake, masukkan 2 sudu ice-cream kedalam cupcake.

Cream cheese Topping:
250gm cream cheese
4 sudu besar butter
1/3 cawan gula icing, diayak
1 sudu kecil jus lemon

Caranya:
Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu.
Sapu atas kek yang telah sejuk tadi.  Hias ikut kreativiti masing-masing.  Dah siap masukkan dalam peti ais semula supaya adunan cream cheese mengeras sedikit.
(Nota Kim - Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum dihiaskan dengan topping, jikalau tidak topping akan mencair)

Saturday 5 May 2012

Cendol Mamak

Source: My Kuali Rose
Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras ( Kak Rose guna tepung jagung - Kim jugak )
3 cawan air
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Air sejuk/ketulan ais secukupnya
Acuan muruku

Caranya:
Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk/air paip.  Ketepikan. 
Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam periuk non-stick.  Kacau supaya semuanya sebati.
Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
Ketika masih panas masukkan adunan kedalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas.  Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
Boleh disimpan didalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali.
Sedap dimakan bersama santan atau fresh milk dan air gula, dibuat puding atau sebagai bahan campuran didalam minuman air batu campur.

Salad Tauhu


Bahan-bahan:
Tauhu dipotong empat segi dan digoreng sehingga garing, ketepikan
Lobak merah dihiris halus memanjang
Timun dibuang bahagian tengah (sebab nanti berair) dihiris halus memanjang
Sengkuang dihiris halus memanjang

Bahan sos: (Digaul sebati)
Sedikit air panas
Sos cili
Sos plum
Kacang tumbuk sebagai taburan, ditabur semasa menghidang


Nasi Minyak Cara Kim

Bahan-bahan:
Beras basmathi - dicuci bersih dan rendamkan dalam 20 minit
Santan mengikut sukatan beras
Garam secukup rasa
sedikit chicken cube
Minyak sapi
Kismis

Bahan rempah: 
Serbuk kunyit
kayu manis
cengkih
bunga lawang
pelaga
Serai diketuk
Bawang merah besar dimayang halus
Halia sedikit dihiris halus

Caranya:
Tumiskan bahan rempah 4 sekawan, masukkan serai dan kacau sebentar.
Masukkan bawang merah dan tumis sehingga wangi kemudian dimasukkan halia dan kacau sebati.
Masukkan beras, garam, kismis, chicken kiub dan dikacau sehingga sebati.
Masukkan santan dan tanakkan nasi sehingga masak.
Setelah air kering dan nasi masak, masukkan 1 sudu besar minyak sapi dan dikacau pada nasi. 

Gulai Ayam Daun Limau Purut


Resipi oleh : Kim

Bahan-bahan:
Ayam dibersih dan dipotong kecil
Santan secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis rempah
Tomato yang besar 1 biji - dipotong kuib
Bahan-bahan rempah diblend halus:
Cili merah
Cili api sedikit
Bawang putih
Bawang merah kecil
Kunyit sedikit
Serai 1 batang
Air sedikit - diblend bahan-bahan diatas kemudian tapiskan air dan ketepikan
Daun limau purut - disiat kasar (Pastikan lebihkan daun limau purut jika kurang namanya bukanlah gulai ayam limau purut)

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali, tumiskan rempah yang telah diblend sehingga garing dan harum.
Kemudian dimasukkan ayam dan tomato dibiarkan sebentar, kacau sebati.  Masukkan garam secukupnya.
Masukkan air dan santan dibiarkan sehingga kuah menjadi pekat dan ayam empuk.
Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih.