Source: My Kuali Rose
Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras ( Kak Rose guna tepung jagung - Kim jugak )
3 cawan air
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan
Air sejuk/ketulan ais secukupnya
Acuan muruku
Caranya:
Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk/air paip. Ketepikan.
Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam periuk non-stick. Kacau supaya semuanya sebati.
Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
Ketika masih panas masukkan adunan kedalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
Boleh disimpan didalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali.
Sedap dimakan bersama santan atau fresh milk dan air gula, dibuat puding atau sebagai bahan campuran didalam minuman air batu campur.
No comments:
Post a Comment