Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Tuesday, 28 September 2021

Chicken Cornish Giant





Resepi by:Puan Tahrunnisah Jali 
Rebaked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan untuk kulit/doh pastri:
350gm tepung gandum
30gm tepung beras
1/2 cawan air sejuk, saya tidak habiskan bergantung pada lama mana tepung digunakan
200gm butter sejuk, kalau guna unsalted bubuh garam

Bahan-bahan untuk inti:
4 biji ubi kentang, potong dadu
1 batang lobak merah, potong dadu
2 biji bawang besar, potong dadu 
3 ulas bawang putih, potong dadu
1/2 sudu besar serbuk pati ayam
1 tangkai daun kari
3 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk cili
Garam, gula
2~3 tangkai daun sup racik halus
Dada ayam rebus dan carikkan, guna lebihan ayam panggang
Telur rebus dibelah

Bahan-bahan Glis, gaul bersama hingga sebati:
1 biji kuning telur pukul ringan
1 titis pewarna kuning, jika suka
Daun oregano kering

Cara membuat kulit:
Gaul sebati dulu tepung beras, tepung gandum, jika guna garam boleh dimasukkan. Masukkan butter dan guna hujung jari dijadikan serbuk roti.
Masukkan air sejuk  yang betul-betul sejuk, boleh guna ais, sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan. 
Perap doh pastri selama 30 minit, simpan di peti sejuk. 
Kemudian keluarkan bahagikan kepada bahagian yang kecil anggaran 100 ~ 150gm. 
Canaikan menjadi adunan yang tebal juga tidak terlalu nipis. 
Guna acuan yang besar untuk ditekap. 
Cucuk sedikit dengan garpu atas permukaan doh sebelum dimasukkan inti dan telur. Kelimkan atau guna garpu untuk menutup tepi bahagian doh. 
Sapukan glis, saya cucuk lagi dengan garpu selepas diglis. 
Panaskan oven pada suhu 200°C dengan mengguna api atas dan bawah. 
Bakar lebih kurang 30 minit atau hingga kekuningan. 
Saya guna air fryer dengan suhu 200°C sehingga kekuningan. 

Cara memasak inti:
Tumis bawang putih dan bawang merah dengan sedikit minyak. 
Masukkan daun kari, serbuk kari dan cili. 
Tumis sampai naik minyak dan berbau wangi. 
Masukkan serbuk pati ayam dan garam, gaul seketika. 
Masukkan ubi kentang, gaul sebati. 
Masak sehingga setengah empuk, masukkan ayam dan lobak merah. 
Kacau sehingga kering, masukkan daun sup, kacau lagi hingga rata. 
Dah siap, sejukkan dulu sebelum di bungkus atas doh pastri. 








Monday, 8 March 2021

Laksam Bunga Telang









Resepi by:@kualihelena, nak cari resepi diet yang sedap boleh ke @kualihelena, thanks sis puas makan. 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan Kuah Laksam:
300g ~ 500g ikan kembung / selar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1" halia
1 sdb biji lada hitam
Sedikit belacan
200ml santan kotak 
Air secukupnya, kepekatan ikut kesesuaian selera
Garam
Gula
1 keping asam gelugor

Caranya:
Rebus ikan sehingga masak. 
Asingkan isi ikan dari tulang dan air rebusan ikan jangan dibuang, tapis dan guna untuk kuah nanti. 
Kisar halus biji lada hitam, bawang merah, bawang putih, halia, belacan dan isi ikan dengan dimasukkan sedikit air rebusan ikan. 
Masukkan bahan kisar kedalam periuk dengan air rebusan ikan dan asam keping. 
Masak sehingga mendidih dan masukkan santan. 
Kuah mesti sentiasa dikacau sehingga mendidih. 
Perisakan dengan garam dan seasonings. 

Bahan-bahan untuk Tepung Laksam:
1 1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
Garam
2 1/2 ~ 3 cawan air suam, air dari bunga telang
Minyak untuk melenser pinggan aluminium

Caranya:
Campurkan tepung beras dan tepung gandum kedalam mangkuk. 
Masukkan air bunga telang yang suam dan garam, kacau sebati dan tapiskan. 
Panaskan kukusan dengan api yang kuat. 
Gunakan pinggan aluminium yang sudah disapu minyak secukupnya. 
Setiap kali mengukus tidak perlu dibasuh pinggan, hanya disapu minyak. 
Tuangkan 1 senduk kedalam pinggan, kukus sehingga gelembung-gelembung keluar baru diangkat. 
Sejukkan dulu baru di gulung. 
Gulung bahagian licin diluar, ulang langkah diatas sehingga habis. 

Sambal Laksam:
15 biji cili padi merah, boleh dikurangkan
3 biji cili merah segar
Garam
Jus limau kasturi

Caranya:
Rebus cili padi dan cili segar sehingga layu, untuk hilang bau cili dan tahan lama. 
Kisar cili jangan terlampau halus. 
Tambahkan garam, gula dan jus limau kasturi sesuai selera. 

Sayuran Pelengkap Laksam:
Kacang panjang potong kecil
Kobis hiris
Taugeh
Daun kesum
Timun 
Limau kasturi








Tuesday, 5 January 2021

Kuih Dadar Gulung / Ketayap





Resepi by:@adikfoods

Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan inti:
2 cawan gula melaka parut
1/4 cawan gula pasir
2 cawan air
1 paket kelapa kering Sejati S&P, guna kelapa segar
1 kotak / 200ml santan S&P pandan
1 sdb tepung gandum
1 sdk garam

Cara memasak inti:
Masukkan gula melaka, air, gula pasir, kelapa kering, santan, tepung dan garam kedalam kuali. 
Kacau sehingga inti kelapa sebati dan pekat. 
Tutup api dan sejukkan inti. 

Bahan-bahan kulit:
2 cawan air / air daun pandan, guna 8 helai daun pandan
1 biji telur
2 sdb minyak masak
1 kotak / 200ml santan S&P 
2 cawan tepung gandum 
1 sdk garam
Pewarna hijau, guna air pandan

Cara memasak kulit:
Masukkan air dan daun pandan kedalam blender, blend kan sehingga halus. 
Tapiskan beberapa kali dan buangkan hampasnya. 
Sukatkan semula air daun pandan sebanyak 2 cawan. 
Masukkan kedalam blender, diikuti dengan telur, minyak masak, santan, tepung dan garam. 
Blend kesemua bahan sehingga halus. 

Jika nak membuat 2 warna keluarkan sedikit adunan putih.

Cara mendadar kulit:
Sediakan kuali non stick, sapukan sedikit minyak dan panaskan kuali. 
Tidak perlu disapu minyak banyak kali dikuali. 
Masukkan adunan putih kedalam botol. 
Mula corakkan adunan putih di kuali. 
Kemudian masukkan 1 sudu adunan hijau dan tuang atas adunan putih, dadarkan. 
Bila sudah tak melekit di atas permukaan bolehlah diangkat dan ketepikan. 
Masukkan inti dalam 1 sdb, letak ditengah, lipat kan kedua belah tepi bahagian. 
Gulungkan dengan kemas. 
Hidangkan. 









Wednesday, 4 November 2020

Dadar Gulung / Ketayap







Resepi by:@adikfoods

Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan inti:
2 cawan gula melaka parut
1/4 cawan gula pasir
2 cawan air
1 paket kelapa kering Sejati S&P 
1 kotak / 200ml santan S&P pandan
1 sdb tepung gandum 
1 sdk garam

Cara memasak inti:
Masukkan gula melaka, gula pasir, air, 
kelapa kering, santan, tepung dan garam kedalam kuali. 
Kacau sehingga inti kelapa sebati dan pekat. 
Tutup api dan sejukkan inti. 

Bahan-bahan kulit:
2 cawan air / air daun pandan, guna 8 helai daun pandan
1 biji telur
2 sdb minyak masak
1 kotak / 200ml santan S&P 
2 cawan tepung
1 sdk garam 
Pewarna hijau jika tak mengguna daun pandan

Cara saya membancuh adunan :
Masukkan air dan air daun pandan kedalam blender. 
Blend hingga halus, keluarkan sedikit adunan tanpa diwarnai. 
Balance adunan didalam blender saya 
masukkan daun pandan dan blend halus. 
Tapiskan adunan dan buangkan hampas daun pandan. 
Saya menapis adunan sebanyak 3 kali. 
Sedia didadarkan adunan. 

Cara mendadar kulit:
Sediakan kuali non stick, sapukan sedikit minyak dan panaskan. 
Tidak perlu disapu minyak banyak kali. 
Masukkan adunan tanpa pewarna kedalam botol. 
Corakkan free style tanpa pewarna kedalam kuali. 
Masukkan 1 senduk besar adunan hijau tuangkan ke atas adunan yang dicorakkan, dadarkan/lenggangkan. 
Bila tak melekit atas permukaan kulit, angkat.
Terbalikkan kulit dan masukkan 1 sdb inti, gulung dengan kemas. 
Hidangkan


Sunday, 14 June 2020

Apom Manis / Apam Lenggang






















Resepi by:@mrs.lina.thomas
Recooked by:@kim_kimberly1509
Thanks sis sedap, tanpa telur.
Bahan:
300g tepung beras
400ml santan kotak
1 sdt yis kering
100g gula pasir (tak perlu dikurangkan gula, tak sangat manis, dan jangan diganti dengan gula perang)
1 cawan air (kalau sangat pekat, tambahkan lagi air bagi cair ceroi seperti membuat kuih dadar)
1/2 sdt garam

Caranya:
Kisar kesemua bahan diatas kecuali garam.
Tuangkan kedalam mangkuk dan masukkan garam, kacau sebati. 
Rehatkan selama 2 jam. 
Panaskan kuali non stick, masukkan 1 senduk besar adunan kedalamnya. 
Lenggangkan merata dikuali. 
Tutup kuali tersebut dan biarkan selama 2~3 minit. 
Angkat apom. Ulang proses yang sama hingga habis. 

Nota: kalau nak style yang gulung,  masuk 1/2 senduk besar adunan, pakai kuali non stick yang kecil. Kalau nak buat style bulat, pakai kuali kadai yang paling kecil. 
Semasa masih panas jangan diletak atas pinggan bertindih.   
Boleh dicicah dengan sos manis, kari atau sambal, ikut selera. 
Dimakan kosong pun sedap. 

Friday, 5 June 2020

Apam Perlis / Apam Puri / Apom Kastard




















Resepi by:@nurui_pan
Recooked:@kim_kimberly1509
Bahan Inti Kastard:
2 biji telur
80g gula ~ guna gula perang 80g
Secubit garam
20g tepung kastard
200ml santan
1 sdb pes jagung double lion ~ tak letak

Cara memasak inti:
Didalam mangkuk, satukan telur, gula dan garam, pukul hingga sebati dan campurkan tepung kastard dan kacau rata.
Masukkan santan serta pes jagung dan kacau sebati.
Tuang adunan dalam periuk dan masak dengan api sederhana.
Sentiasa kacau hingga kastard menjadi pekat, tutup api. Sejukkan.

Bahan Kulit:
150g tepung gandum
250ml jus pandan.
1 sdt Eno biasa / sepeket tanpa perasa

Cara membuat kulit:
Satukan kesemua bahan-bahan kecuali Eno, kacau sebati.
Masukkan Eno dan kacau, ia akan berbuih dan rehatkan 5 minit.
Panaskan non stick pan dan sapukan sedikit minyak dengan daun pandan atau tisu.
Letakkan sesenduk kecil adunan (bulat macam pancake) dan masak hingga permukaan kering, tidak perlu diterbalikkan.
Angkat dan Ulang proses yang sama untuk pancake seterusnya.
Sementara menunggu pancake yang seterusnya masak.
Letak sesudu kecil penuh inti  keatas pancake, lipat menjadi semi-bulatan dan perlahan-lahan tekan keliling untuk lekatkan.
Kena buat masa pancake masih panas atau suam.
Buat sampai habis untuk pancake seterusnya.

Nota:
Bahan inti diatas boleh menghasilkan 24 keping apam Perlis.
Bahan kulit diatas boleh menghasilkan 10 ~ 12 keping apam Perlis, boleh ganda kan bahan kulit untuk mendapatkan 24 keping.
Guna loyang kecil, jika tiada gunakan pan biasa dan buat macam pancake.


Sunday, 31 May 2020

Popia Sayur






Resepi by:@kualihelena
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan:
Kulit popia secukupnya

Bahan inti:
3 ulas bawang putih cincang
1/2 biji sengkuang
1 lobak merah saiz sederhana
1 sdb membukit udang geragau boleh skip kalau tiada
Lada putih
Garam dan secukup rasa

Caranya:
Sagat sengkuang dan lobak merah, perah sikit airnya.
Tumis bawang putih dengan udang geragau dengan sedikit minyak.
Dah harum, masukkan sayuran, perisa, garam dan lada putih.
Masak sekejap cukup hingga layu.
Sejukkan dulu inti.
Ambil sekeping kulit popia, isikan inti pada kulit popia.
Gulungkan, lipat kedua belah kulit, sapukan dengan gam tepung.
Gulung  dengan kemas, buat hingga habis.
Kemudian goreng garing dengan api sederhana.
Siap dicicah dengan sos cili Thai atau sos bawang putih.

Sunday, 24 May 2020

Onde Onde Pandan






Resepi by:@yatiekitchen, terima kasih sis kerna memberi tip untuk bulatkan dan menghenti proses memasak
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1 sdb tepung beras cap teratai
1/2 sdb garam
1 sdb air kapur bahagian atas saja
5 helai daun pandan* dikisar ambil ekstraknya
1 cawan air*

Caranya:
Gaul kesemua bahan di atas sehingga sebati.
Masa nak bulatkan, tapak tangan letak minyak sedikit, tangan jangan basah nanti adunan melekat ditangan.  Kalau tangan berminyak senang nak bulatkan.
Bulat-bulatkan, masuk gula melaka ditengah+tengah. Tutup dengan kemas dan bulatkan semula.
Kemudian terus masuk dalam periuk  berisi air mendidih, sehingga onde-onde itu timbul, tandanya dah masak.
Toskan, masuk dalam mangkuk berisi air dan ais.
Rendam selama 5 minit dan toskan (untuk mematikan proses memasak berterusan).
Golekkan pada kelapa parut putih.
Siap dihidang!

Inti:
Gula melaka, hancurkan

Salutan:
Kelapa parut putih
Kukus sekejap, angkat dan taburkan garam sedikit