Resepi by:@mrs.lina.thomas
Recooked by:@kim_kimberly1509
Thanks sis sedap, tanpa telur.
Bahan:
300g tepung beras
400ml santan kotak
1 sdt yis kering
100g gula pasir (tak perlu dikurangkan gula, tak sangat manis, dan jangan diganti dengan gula perang)
1 cawan air (kalau sangat pekat, tambahkan lagi air bagi cair ceroi seperti membuat kuih dadar)
1/2 sdt garam
Caranya:
Kisar kesemua bahan diatas kecuali garam.
Tuangkan kedalam mangkuk dan masukkan garam, kacau sebati.
Rehatkan selama 2 jam.
Panaskan kuali non stick, masukkan 1 senduk besar adunan kedalamnya.
Lenggangkan merata dikuali.
Tutup kuali tersebut dan biarkan selama 2~3 minit.
Angkat apom. Ulang proses yang sama hingga habis.
Nota: kalau nak style yang gulung, masuk 1/2 senduk besar adunan, pakai kuali non stick yang kecil. Kalau nak buat style bulat, pakai kuali kadai yang paling kecil.
Semasa masih panas jangan diletak atas pinggan bertindih.
Boleh dicicah dengan sos manis, kari atau sambal, ikut selera.
Dimakan kosong pun sedap.
No comments:
Post a Comment