Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan:
1 paket tauhu kering, belah dan korek sedikit isi tauhu
Minyak menggoreng
Bahan sumbat/inti:
1 biji ubi kentang direbus dengan kulit hingga empuk, buang kulit dan lenyek
Sedikit hirisan daun sup
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan Lobak merah
Bawang merah goreng
Sedikit isi ayam, dicincang bersama 1 ulas bawang putih, secubit garam dan serbuk lada hitam halus
Lada hitam kasar
Garam
Perisa secukupnya
Bahan salutan, kacau sebati sehingga mendapat adunan yang likat seperti menggoreng pisang. Semasa dimasukkan santan dan air tuang sedikit-sedikit:
Tepung gandum
Santan pekat
Air secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan perisa sedikit (optional kalau sudah masin)
Caranya:
Panaskan sedikit minyak dan masukkan ayam cincang.
Kacau sehingga ayam masak, ayam tidak perlu dimasak terlalu lama dan air juga tidak perlu dimasukkan.
Masukkan ayam cincang yang sudah masak tadi kedalam mangkuk berisi ubi kentang lenyek.
Gaulkan ayam dan kentang lenyek bersama isi tauhu goreng yang dikorek, hirisan daun bawang, hirisan daun sup, hirisan lobak merah dan bawang goreng.
Masukkan lada hitam kasar, garam dan perisa secukupnya, kacau sebati.
Ambil sedikit bahan inti sumbatkan kedalam tauhu yang sudah dibelah dan dikorek isinya.
Panaskan minyak untuk menggoreng tauhu bergedil.
Celupkan tauhu kedalam salutan tepung.
Masukkan kedalam minyak panas, goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Hidangkan bersama sambal kicap atau cili sos.
No comments:
Post a Comment