Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
1 pot beras basmathi
1 pot air stok
Sedikit susu cair/susu kotak
Daun pandan
1 1/2 sdb minyak sapi
1/2 sdb jus limau kasturi
Garam dan perisa secukup rasa
Bahan-bahan tumis:
1/2 bawang besar cincang
4 biji tomato cincang buang bahagian empulur
1 ulas bawang putih cincang
2 biji cili padi merah cincang
1/2 capsicum merah cincang
1 sdb sos tomato
1 sdb serbuk paprika
1/2 sdb oregano kering
Bahan taburan:
Daun ketumbar hiris
Daun bawang hiris
Bawang goreng
Caranya:
Panaskan minyak sapi.
Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi dan capsicum sehingga layu.
Masukkan paprika, sos tomato dan oregano, kacau sebati.
Masukkan tomato, kacau sehingga air tomato mengering.
Masukkan beras, kacau rata dengan perlahan.
Masukkan air stok, susu, jus kasturi dan daun pandan.
Perisakan dengan garam secukupnya.
Tanak beras sehingga masak.
Bila nak dihidang taburkan daun ketumbar, daun bawang dan bawang goreng.
No comments:
Post a Comment