Sunday 21 May 2017

Bubur Nasi Pekan dan Almond






















Bahan-bahan disatukan dan diblend halus:
Beras wangi, cuci bersih dan rendamkan sebentar
Kacang Pekan
Kacang Almond

Cooking cream
Sedikit garam
Sedikit bijan disangai
Sedikit Hawaiian coconut
Gula batu secukupnya
Daun pandan
Air secukupnya

Caranya:
Jerangkan gula batu, daun pandan dan air secukupnya sehingga gula cair.
Masukkan bahan-bahan blend.
Masukkan garam dan kacau sentiasa sehingga mendidih.
Masukkan cooking cream, kacau.
Masak sehingga pekat dan hidangkan panas-panas




Ikan Bilis Segar Goreng Masala



















Bahan-bahan:
Ikan bilis segar, buang tulang dan cuci bersih, toskan air
Garam 
Jus kasturi
Daun Kari
Hirisan bawang besar
Tepung beras
Tepung jagung
Minyak menggoreng

Bahan-bahan perapan:
Serbuk cili
Serbuk jintan halus
Daun kari
Biji jintan kasar
Halia *diblend halus
Bawang putih *

Caranya:
Goreng daun kari, angkat dan ketepikan
Goreng bawang merah besar, angkat dan ketepikan.
Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan ketepikan.
Gaulkan ikan bilis dengan daun kari dan bawang goreng.
Hidangkan bersama nasi putih








Wantan Goreng / Wantan Sup




Apam Balik Durian


























Bahan-bahan:
Tepung gandum
Isi durian diblend
Isi durian dicincang kasar
Garam sedikit
Telur
Santan secukupnya

Gula melaka secukupnya, dicairkan dan sejukkan

Caranya:
Blendkan tepung, garam, telur, durian dan santan sehingga halus.
Masukkan gula melaka kacau sebati.
Masukkan isi durian dan kacau sebati.
Panaskan acuan apam balik dengan sedikit minyak disapu pada acuan.
Bakar sehingga masak, dan kepitkan apam balik.






Sup Masam Wantan





















Bahan-bahan stok sup masam, rendidih dan tapiskan, buang hampas:
Serai dititik
Cili padi
Bawang besar kuning
Asam keping
Halia
Bawang putih

Isi Wantan, gaulkan sehingga sebati, dan simpan dipeti sejuk sebentar:
Isi ayam dan ikan sedikit cincang halus
Sedikit minyak
Sedikit lada putih
Sedikit pati ayam
Sedikit dan bawang dibahagian hujung saja
Sedikit bawang goreng

Kulit wantan secukupnya
Lobak merah
Tomato
Cili padi
Hirisan daun bawang / daun sup
Sedikit lada putih
Garam

Caranya:
Stok sup masam yang telah ditapiskan, dijerang semula sehingga mendidih.
Masukkan wantan, lobak merah dan tomato.
Masak sehingga wantan masak.
Rasa haruslah masam dan pedas.
Rasa garam sebelum dipadamkan api.

Nasi Bombay Biryani dan Ayam Goreng Masala





Ayam Goreng Masala























Bahan-bahan:
Ayam dicuci bersih
Serai dititik
Daun Kari
Bawang merah besar dihiris halus
Garam secukup
Biji jintan manis
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan salutan:
Tepung beras
Tepung jagung
Air perahan lemon

Bahan-bahan perapan, diblend halus:
Bawang merah besar
Bawang putih
Halia

Rempah disatukan:
Serbuk cili
Serbuk ketumbar
Serbuk masala daging
Serbuk jintan putih
Serbuk lada putih

Caranya:
Perapkan ayam dengan biji jintan manis, bahan-bahan perapan dan rempah yang disatukan bersama garam secukupnya selama semalaman atau 5-6 jam.
Sebelum digoreng ayam, salutkan dengan bahan-bahan salutan bersama daun kari, serai titik dan bawang merah besar.
Goreng ayam dengan api sederhana sehingga masak.
Hidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa.





Kerepek Kentang Telur Masin





Bahan-bahan:
Ubi kentang, parut dan cuci sehingga air kanji hilang, rendamkan dengan air sejuk dan garam, toskan air dan lapkan ubi kentang sehingga kering sebelum digoreng terendam.

Bahan-bahan perisa:
Daun kari, digoreng
Serbuk "golden salted eggs"
Cili kering diblend halus, tumiskan sehingga cili masak

Caranya:
Sudah goreng kesemua ubi kentang, toskan minyak.
Gaulkan dengan bahan-bahan perisa sehingga sebati.


Sunday 14 May 2017

Ayam Daun Kari




Som Tam Mangga Mentimun





Bahan-bahan:
Mangga muda disagat
Mentimun disagat
Lobak merah disagat
Tomato hiris
Bawang merah besar dihiris

Untuk taburan:
Sedikit kacang tanah, sangai dan tumbuk kasar
Sedikit bijan disangai

Bahan-bahan sos, digaul sebati:
Cili sos thai
Sos Ikan
Kicap cair
Garam
Gula
Jus air limau kasturi


Friday 12 May 2017

Sour & Spicy Chicken Tomato




Recipe sourced: Sour and Spicy Delights by Chef Koh Sai Ngo
Ingredients:
300-500g chicken drumsticks, i used boneless chicken is better to use with bones
4-5 pcs kaffir lime leaf ~ shred kaffir lime leaves
3 nos.  tomato ~ cut into wedges
4 tbsp lime juice

Spicy paste finely blended
10 pcs shallots
1 pc turmerc (about 1")
2 stalks lemongrass
1 pc ginger (about 1")
8 pcs red chilies
8 pcs bird eyes chilies

Seasoning:
Salt
a pinch of sugar
Adequate water

Method:
Heat 2 tbsp of oil in a wok and saute spice paste until fragrant.
Add in chicken and stir fry until cooked.
Add in tomatoes and kaffir lime leaves, stir fry until well combined.
Add in seasonings and drizzle in the lime juice.
Turn off the heat and transfer to a plate.






Sup Ayam Jagung


















































Bahan-bahan:
Tulang Ayam + Isi sedikit
Ubi Kentang
Jagung 
Bawang merah besar dibelah 8
Cili padi, diketuk
Serai, dititik
Halia, dihiris
Bawang putih, dicincang
Lengkuas, diketuk
Kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Garam secukup
Kiub pati ayam
Air secukupnya
Minyak sedikit untuk menumis

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, halia, bawang putih sehingga harum, masukkan serai, lengkuas dan cili padi, tumis lagi dan kacau sebati.
Masukkan bawang besar, kacau rata dan tumiskan sebentar.
Masukkan air sedikit dan kiub ayam, biar mendidih sebentar.
Masukkan tulang ayam, isi ayam, jagung dan ubi kentang, kacau rata.
Masukkan garam secukupnya dan masak sehingga ayam empuk.
Hidangkan semasa masih panas.


Sunday 7 May 2017

Gulai Kawah & Nasi Kuning Jintan





























Sumber resipi: Gulai Kawah - Rasa April 2017
Bahan-bahan:
1 kg daging dihiris kecil, cuci bersih dan toskan
500 gm ubi kentang
3 sudu makan kerisik
150gm pes cili kering
150ml air asam jawa
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Rempah menumis: kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih

Bahan-bahan kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
2cm kunyit hidup

Caranya:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan daging, kacau hingga daging kecut dan keluar airnya.
Biarkan mereneh hingga daging empuk, tambah air jika perlu.
Apabila daging empuk masukkan ubi kentang dan air asam jawa.
Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api, biarkan gulai mereneh lebih kurang 5 minit dan timhul minyak.
Tutup api dan sedia dihidangkan

Ayam Panggang Gula Melaka




















Bahan-bahan:
Peha ayam secukupnya, bersihkan dan sapu dengan garam dan serbuk kunyit
Sedikit minyak

Bahan-bahan perapan, diblend halus:
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai
Cili merah
Cili padi
Sedikit kiub ayam
Gula Melaka, cairkan

Caranya:
Perapkan kesemua  bahan-bahan semalaman.
Panggang atas api sehingga ayam masak.
Lebihan rempah ditumiskan sehingga wangi dan gaul dengan ayam sebelum dihidangkan.

Sup Telur Rebus Berempah




























Bahan-bahan:
Telur rebus
Lobak merah
Ubi Kentang
Cili padi, diketuk
Serai, diketuk
Asam keping / gelugor
Kiub Ayam
Air secukupnya
Garam jika perlu
Minyak untuk menumis rempah

Bahan-bahan tumis:
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah Pelaga

Bahan-bahan dikisar halus:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Buah keras, sangai dulu

Bahan-bahan rempah, digaul sebati:
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk ketumbar
Serbuk lada hitam

Bahan-bahan taburan:
Daun Sup
Daun bawang
Bawang goreng

Caranya:
Panaskan sedikit minyak di kuali, tumiskan bahan-bahan kisar, bahan-bahan rempah dan bahan-bahan tumis sehingga wangi.
Masukkan lobak merah dan ubi kentang, kacau sebati.
Tuangkan air secukupnya dengan api yang sederhana.
Masukkan asam keping, cili padi dan masak sehingga lembut.
Masukkan kiub ayam dan telur rebus.  Biarkan mendidih sebentar.
Rasa dulu kurang garam tambahkan sebelum dimatikan api.
Hidangkan panas-panas dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.