Sunday 30 December 2012

Pandan Chiffon, Happy New Year 2013



Source: Sonia Nasi Lemak Lover
Ingredients:-
5 egg yolks (Medium size 'B')
20g sugar (Castor sugar)
60g water + 20g homemade pandan paste (Pandan paste)
80g Corn Oil (Corn oil + Sunflower oil)
125g Cake flour (Self Raising Flour)

5 eggs whites
90g sugar (Castor sugar)
1/2 tsp lemon juices or 1/2 tsp cream of tartar (1/2 tsp lime juices)

Method:-
Lightly whisk egg yolks and sugar till combined.
Add in water, homemade pandan paste and corn oil, mix well.
Add in cake flour, stir and fold till well combine.
Whisk egg whites and lemon juices till foamy, slowly add in sugar and continue beat until soft peak formed.
Take 1/3 of meringue and use a hand whisk to mix well with egg yolks batter.
Fold in 2/3 of meringue and use a spatula, fold with egg yolk batter till combined.
Pour into chiffon tin, bake at pre-heated oven at 160C (fan-forced) for 40-45 minutes.
Once baked, turn your chiffon tin upside down and cool completely before remove from the tin.

Sugar level is just perfect, do not grease on chiffon tin, just pour the batter into chiffon tin.
A healthy chiffon cake with coconut milk, yet so simple and easy method.. 



Saturday 29 December 2012

Manisan Bebola "Tang Yuan:


Bahan-bahan:-
Tepung pulut
Sedikit air panas, tuang sehingga boleh menguli adunan, pastikan tidak tercelur tangan
Pewarna kegemaran

Bahan-bahan sirap:-
Gula melaka
Halia sedikit diketuk
Serai diketuk
Teabag (Green tea / Jasmine tea) - jika suka
Air secukupnya


Caranya:
Masukkan tepung pulut dalam mangkuk, masukkan pewarna dan air panas sedikit demi sedikit sehingga boleh menguli dan jadikan doh yang lembut.  Rehatkan selama 30 minit.
Bentukkan bulat dan ketepikan.
Jerangkan air panas di periuk dan masukkan bebola kedalam periuk, apabila timbul  ke atas bolehlah diangkat dan rendamkan di air sejuk.

Untuk membuat air gula/sirap:-
Masukkan air secukupnya diperiuk dan masak sehingga mendidih.
Masukkan gula melaka, halia dan serai dan masak sehingga gula melaka cair.
Angkat dan hidangkan bersama bebola "Tang Yuan".

Kek Coklat Amerika











Resipi: Chef Zubaidah (Jamuan Kek)

Bahan-bahan:-
250g mentega
200g-250g gula kastor (resipi asal 300g)
1 sudu besar ovalette
4 biji telur (Kim guna saiz B)
250g tepung naik sendiri diayak
1 sudu teh serbuk penaik (tak perlu diayak)
1 sudu teh soda bikarbonat (tak perlu diayak)
80g serbuk koko
100g susu perisa coklat
1 sudu besar emulco coklat
Sedikit kepingan badam untuk hiasan 

Caranya:
Pukul mentega, gula kastor dan ovalette sehingga sebati.
Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
Masukkan tepung naik sendiri bersama soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk koko, gaulkan sehingga sebati.
Masukkan susu perisa coklat dan emulco coklat, gaulkan sehingga rata.
Tuangkan adunan ke dalam acuan berukuran 8" dan taburkan kepingan badam diatasnya.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 1 jam atau sehingga masak apabila dicucuk dengan lidi keluar bersih bolehlah dikeluarkan dari ketuhar.

Di dalam buku masakan Jamuan Kek oleh Chef Zubaidah banyak resipi-resipi kek yang mudah untuk dibuat.
Kek Coklat Amerika ini tidak berminyak dan amat lembut. Kalau menggunakan serbuk koko yang berkualiti pasti akan bertambah enak, walaupun tak ada serbuk koko yang berkualiti itu tidak bermaksud kek ini tidak sedap cuma kata orang omphnya tiada, cubalah!!! 











Ikan Kembung Kicap Taucu












Bahan-bahan:-
Ikan kembung dibersih, goreng dan ketepikan 
Bawang putih dihiris
Serai diketuk
Lengkuas sedikit diketuk
Bawang besar dihiris
Kunyit hidup sedikit dihiris
Cili merah dipotong serong
Cili padi diketuk
Cili hijau dipotong serong
Daun kunyit disiatkan (tak ada pun tak apa)
Tauchu (pastikan tauchu tidak masin)
Kicap manis ABC
Garam jika perlu
Air asam jawa sedikit
Minyak untuk menumis dan menggoreng ikan

Caranya:-
Goreng ikan sehingga masak dan ketepikan.
Ambil sedikit minyak menggoreng ikan tadi, masukkan bawang besar, serai, lengkuas, kunyit hidup, daun kunyit dan bawang putih dan tumis sehingga wangi.
Masukkan tauchu dan kicap manis dikacau sehingga mendidih.  Masukkan kesemua cili dan air asam jawa.
Masukkan garam jika perlu.
Masak sehingga kuah mendidih bolehlah diangkat dan tuangkan pada ikan yang telah digorengkan. 

Peria Katak Dan Tempe













Bahan-bahan:-
Peria dihiris halus
Tempe dihiris panjang dan gorengkan
Minyak untuk menumis
Air sedikit
Garam secukupnya
Bawang putih dicincang

Caranya:
Panaskan minyak dikuali dan gorengkan tempe sehingga masak, angkat dan ketepikan 
Panaskan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang putih sehingga layu, pastikan api dapur kecil kerana bawang putih mudah hangus.
Masukkan peria, kacau sebentar, masukkan air sedikit, garam dan masak sehingga peria lembut.
Setelah peria lembut masukkan tempe dan kacau sebentar sehingga kering air, bolehlah diangkat.

Jangan ingat tempe tidak boleh dimasak bersama peria, cubalah baru tau kesedapan tempe bersama peria walaupun tanpa sambal pada sayur ini.
Kalau nak ceriakan masukkan cili merah dipotong serong maka tak lah pucat pada lauk sayur ini.


Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis / Sambal Udang















Bahan-bahan:
1 mangkuk kecil beras Ponni - cuci dan rendamkan +/- 20 minit
2 mangkuku kecil santan (guna mangkuk yang sama menyukat beras)
Garam sedikit
Daun pandan disimpul
1" Halia - dihiris

Caranya:
Cuci beras dan rendamkan.
Masukkan santan, garam, daun pandan disimpul dan halia kedalam periuk bersama beras yang telah direndam.
Tanak sehingga kering air dan nasi masak.

Sambal Ikan Bilis:
Ikan bilis digoreng dan ketepikan
Bawang besar - dihiris dan goreng sehingga layu ketepikan
Garam secukupnya
Gula merah / perang
Minyak untuk menumis
Air sedikit / Air asam jawa 

Bahan-bahan dikisar:-
Cili kering
Cili merah
Buah keras
Bawang merah
Bawang putih
Halia sedikit jika suka

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik minyak.
Masukkan air dan kacau sebentar, masukkan garam dan gula perang secukupnya.
Setelah hampir kering masukkan bawang besar yang telah digoreng layu tadi, kacau rata.
Padamkan api, setelah sambal sejuk bolehlah dimasukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
Tujuannya supaya ikan bilis rangup, kalau tak suka rangup boleh dimasukkan ikan bilis semasa sambal hampir kering.

Sambal Udang:
Udang dibersihkan dan layukan sekejap tanpa minyak
Minyak untuk menumis
Bawang besar dihiris
Air secukupnya
Garam secukupnya
Gula perang secukupnya

Bahan-bahan kisar:-
Cili kering
Cili merah
Bawang merah
Bawang putih
Buah keras

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang besar sehingga layu.
Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga naik minyak.
Masukkan air, garam dan gula perang secukupnya.
Kacau sehingga hampir kering, masukkan udang dan masakkan udang setelah udang bertukar warna.
(Jangan memasak udang terlalu lama nanti liat).

 Kim tidak menggunakan air asam jawa pada masakan sambal.  Tetapi jika anda nak menggunakan air asam jawa pun boleh.  Beras Basmathi amat elok digantikan dengan beras Ponni pada masakan seperti nasi lemak, biryani dan sebagainya.

Sunday 23 December 2012

Mee Kari





Bahan-bahan:
1 bungkus Mee kuning - dicelurkan sebentar
Taugeh - dicelurkan sebentar
Kerang - dicelurkan 
Cili merah dihiris
Timun - diparut 
Tauhu pok
Fish ball
Daun kari
Limau kasturi - dibelah dua
1 biji Tomato - dipotong kecil
Santan secukupnya
Kiub ikan bilis
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan rempah:
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Cili kering

Serbuk kari ayam dibancuh dengan air

Caranya:
Tumiskan bahan-bahan rempah bersama daun kari sehingga wangi.
Masukkan tomato, rempah kari dan kacau sebati.
Masukkan santan, kiub ikan bilis dan kacau sehingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan fish ball, tauhu pok dan garam secukupnya.
Biarkan mendidih semula barulah dipadamkan api.





Ayam Kicap Baba Berempah





Bahan-bahan:
Ayam - dibersih dan buangkan segala lelemak, dipotong kecil
Terung bulat - dipotong kecil
Ubi kentang - dipotong kecil
Tomato - dipotong dadu
Serai dititik
Kayu manis
Bunga lawang
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sos tiram * dibancuh bersama
Kicap Manis *
Kicap pekat *
Minyak sedikit untuk menumis
Hiasan:-
Daun ketumbar
Cil merah

Bahan-bahan ditummbuk:-
Bawang putih
Bawang merah
Halia

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan serai, kayu manis dan bunga lawang sehingga harum.
Masukkan rempah tumbuk dan tumis sehingga sebati, masukkan kicap manis dan kicap pekat lalu dikacau sehingga berbuih.
Masukkan  ayam dan tomato dikacau sebentar dan masukkan air secukupnya.
Kemudian dimasukkan terung bulat dan ubi kentang.  Masukkan garam secukupnya.
Angkat setelah ayam empuk dan juga sayuran masak.
Hidangkan bersama nasi putih. 



Karipap


Bahan-bahan:
400g tepung gandum
2 sudu besar margerin *
40ml minyak  masak @ jagung *
150ml air hangat
1/2 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng

Inti:
5 biji ubi kentang - dipotong kiub (kukus / rebus sehingga lembut, tapiskan air dan ketepikan)
1 labu bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
2 keping Isi ayam - dipotong kiub
1 sudu besar jintan halus
1" Halia - dicincang kasar
2 - 3 sudu besar serbuk kari dibancuh dengan sedikit air (kepedasan ikut suka)
Garam secukupnya
Gula jika suka
Minyak sedikit untuk menumis

Cara untuk memasak inti:-
Panaskan sedikit minyak dikuali.
Masukkan jintan, bawang besar, daun kari dan tumis sehingga wangi.
Masukkan bawang putih dan halia dikacau, kemudian masukkan isi ayam.
Kacau dan masukkan serbuk kari, sentiasa dikacau supaya rempah tidak hangus.
Masukkan garam secukupnya.
Setelah isi ayam masak bolehlah dimasukkan ubi kentang dan masak sehingga kering.
Angkat dan sejukkan.

Cara untuk membuat kulit:-
Masukkan margerin dan minyak masak dikuali dan panaskan.
Masukkan tepung di dalam periuk, masukkan margerin yang telah dipanaskan tadi bersama minyak, kacau dan jadikan serbuk roti.  (Jangan menggunakan tangan nanti tercelur, gunakan sudip).
Masukkan air hangat yang telah dibancuh dengan garam tadi.
Uli sehingga sebati, jangan diuli terlalu lama dan uli dengan lembut.
Kemudian rehatkan selama 30 minit.
Setelah direhatkan bolehlah dicanai berbentuk bulat, isikan inti dan tutup kemas dengan secara kelim sehingga habis.
Panaskan minyak tetapi jangan terlalu panas kerana akan mengelembung pada permukaan kulit.
Setelah dibalikkan sebanyak 2 kali bolehlah dibesarkan api.  Kemudian kecilkan api semula.
Goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan.  

Masih setia pada resipi ini yang tidak berminyak dan tidak terlalu banyak lebih kurang dalam 25 biji karipap bergantung pada acuan.
Kuih kegemaran saya, tetapi kelim Kim tidak kemas dan cantik, kekadang kelim menjadi seperti tali simpul.

Saturday 15 December 2012

Kacang Panjang Tempe dan Suhun Tumis Lemak
















Bahan-bahan:
Tempe dipotong panjang ( Nak goreng boleh tak goreng pun boleh )
Kacang panjang dipotong panjang
Suhun direndam sebentar
Serai dihiris halus
Bawang besar dihiris 
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Gula jika suka
Santan secukup sekadar untuk mengempukkan sayuran dan tempe

Bahan-bahan rempah:
Cili merah
Bawang merah
Bawang putih
Udang kering 
Halia sedikit
Kunyit sedikit

Caranya:
Panaskan minyak.
Tumiskan bahan-bahan rempah dan serai dihiris halus jugak bawang besar sehingga wangi.
Masukkan tempe, kacang panjang dan dikacau sebati.
Masukkan santan dan garam secukupnya.
Setelah hampir masak masukkan suhun dan masak sehingga suhun dan sayuran empuk bolehlah diangkat dan hidangkan.




Rendang Kerang

























Bahan-bahan:
Kerang dibasuh bersih dan celurkan
Minyak untuk menumis
Serai dititik
Garam secukupnya
Daun limau purut disiatkan
Daun kunyit disiatkan
Kerisik
Santan secukupnya

Bahan-bahan diblend:
4 biji cili merah ( Boleh guna cili kering )
10 biji cili padi merah
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 batang serai
1/2" halia
1" lengkuas

Caranya:
Panaskan minyak dikuali, tumiskan serai titik, daun limau purut, daun kunyit dan bahan-bahan yang diblend sehingga harum.
Masukkan santan dan biarkan mendidih sebentar, dikacau sentiasa supaya tak pecah minyak.
Masukkan garam secukupnya.  Masukkan kerang dan kacau sehingga hampir kering masukkan kerisik.
Setelah kering bolehlah diangkat dan hidangkan.

Kek Mentega Marmar Susu











By: Chef Zubaidah / Source : Masam Manis Azlita























Bahan-bahan:
250g mentega
200g gula kastor ( Kim kurangkan ke 150g )
4 biji telur ( Kim guna 5 biji Grade C )
290g tepung naik sendiri
50g susu pekat manis
100g susu cair ( Kim guna Full Cream Milk )
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu teh kapucino emulco ( Tak letak tiada stok )
1 sudu teh esen vanilla - ( Ita tambah, Kim jugak )
Kepingan badan sebagai hiasan

Caranya:
Panaskan oven pada suhu 150C.
Sediakan loyang ukuran 8".  Sapukan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek.

Pukul mentega dan gula sehingga sebati
Masukkan telur satu persatu
Kemudian masukkan susu pekat manis.
Pukul sehingga adunan sebati.
Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan susu cair.  
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.
Ambil 1/4 adunan, letakkan coklat emulco dan kapucino emulco.  Kacau rata.
Letakkan esen vanila di dalam adunan plain dan kacau rata.
Tuangkan adunan plain ke dalam loyang.  Diikuti adunan coklat & kapucino.
Buatkan bentuk marble dengan belakang sudu.
Hiaskan dengan taburan kepingan badam.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan padau suhu 150C, selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek dimasak sempurna. 




Saturday 8 December 2012

Oreo Cupcakes












Source: Mamafami / Rima / Che Mat Gebu
Ingredients:
125g butter
1/2 cup brown sugar
1 cup self-raising flour
1/2 teaspoon baking powder
2 large eggs (I used 3 small eggs)
1/2 teaspoon vanilla essence
5 pieces oreo biscuit - crushed with the cream
Extra oreo - cut into chucks (Mamafami's added)  

Method:
Pre-heat oven at 170C. Line the muffin cups with cupcakes casing.
Sift self-raising flour and baking powder.  Keep aside.
Cream butter and brown sugar.
Add eggs and vanilla essence.  Beat well.
Add in sifted flour and mix well.  Do not overbeat.
Stir in the crushed oreos.
Spoon the batter into the cupcakes casing.  Top with a few chunks of oreo biscuit.
Bake for 20 minutes.

Thursday 6 December 2012

Asam Pedas Ikan Parang



Bahan-bahan:
Ikan parang, dibersihkan & ketepikan
5 batang kacang panjang
2 biji terung panjang
2 biji tomato dipotong baji
1 batang serai, dititik
1/2" halia diketuk
1/2" lengkuas diketuk
Air asam jawa secukupnya, jangan bubuh terlalu banyak jika tomato masam
Garam secukupnya
Gula / kiub ikan bilis, jika suka
Minyak sedikit untuk menumis

Bahan-bahan diblend halus dan tapiskan airnya:
5 - 6 biji cili merah (boleh ditambah cili kering)
1 labu bawang besar yang sedang
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2" kunyit hidup
1/2" belacan
3 biji buah keras
Air untuk memblend bahan-bahan diatas

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali, tumiskan serai, halia dan lengkuas, masukkan bahan-bahan blend tadi dan ditumis sehingga wangi.  Masukkan tomato dan kacau rata.
Masukkan air dari tapisan rempah tadi dan air asam jawa kacau sehingga mendidih.
Masukkan kacang panjang, terung dan garam secukup rasa.
Akhir sekali setelah terung hampir nak masak, masukkan ikan dan masak sehingga kedua-dua belah bahagian ikan masak.
Angkat dan hidangkan.



Agar-Agar Gula Melaka



 Source: Am-Flora / Nazd Cute Oven / Hana's Family

Bahan-bahan:
10gm / 11gm serbuk agar-agar
1 liter air
1 ketul gula merah (250g +/-)
Sedikit gula pasir / gula merah jika perlu boleh ditambah
200ml-250ml santan pekat (1 cawan)
1 biji telur masukkan dalam santan dan kocok sikit dengan garpu
Secubit garam
Daun pandan, basuh dan simpulkan.

Caranya:
Masakkan 1 liter air bersama gula melaka dan daun pandan hingga gula larut dan tapiskan.
Masak air gula yang ditapis tadi bersama serbuk agar-agar hingga larut.
Kecilkan api, masukkan campuran santan bersama telur dan garam.
Kacau dan tunggu hingga mengelegak atas api sederhana.
Bila mengelegak biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau.
Tutup api.
Basahkan loyang dengan air, tuang adunan agar-agar santan, biarkan keras dan sejukkan dalam peti sejuk.  

Kim suka cara ini kerna bahagian atas santan banyak dan jugak bahagian bawah gula merah.
Cara ini boleh jugak menggunak daun pandan sebagai pewarna hijau.

Sunday 25 November 2012

Kuih Lapis Gardenia


Resipi: Citarasawan / source: Iza Akma SSK

Bahan-bahan:
6 keping roti sandwich - buang kulit tepi, siat kecil dan rendam dengan 150g air
75g gula pasir
3/8 tsp garam
300g santan
150g air
90g tepung beras
30g tepung sagu
1 tsp coklat emulco
Pewarna Kuning & Oren

Caranya:
Panaskan kukusan.
Sediakan loyang bersaiz 6 inci persegi kalau tak ada empat segi yang bulat pun boleh.  Alas dengan plastik tahan panas dan sapukan dengan sedikit minyak masak.
Satukan air, santan, gula, garam dan masak sehingga gula larut.  Biarkan suam.
Masukkan roti yang direndam bersama setengah santan yang dimasak tadi ke dalam pengisar.  Kisar hingga halus.
Satukan tepung beras dan tepung sagu dalam bekas.  Masukkan bahan kisaran ke dalam bekas berisi tepung sambil dikacau dengan whisk sehingga sebati dan tidak bergentel.  ( Kim tapiskan ).
Adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian. 
Bahagian 1 dibahagikan untuk lapisan dan diwarnakan kuning.
Bahagian 2 dibahagikan untuk lapisan dan diwarnakan oren.
Bahagian 3 dibahagikan untuk 4 lapisan dan dibubuh coklat emulco.
Pastikan setiap lapisan itu sama banyak agar lapisannya sama tebal.
Bila kukusan dah betul-betul mendidih, letakkan loyang dalam kukusan.
Tuangkan adunan kuning dulu sebagai lapisan pertama dan kukus 5 minit.
Tuang pula selapis adunan coklat dan kukus lagi 5 minit.
Diikuti dengan selapis adunan oren.  Teruskan melapis dan kukus sehingga semua adunan habis digunakan.
Bila sampai lapisan terakhir kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.


Bingka Nestum




 Resipi: Yatie / Sumber: Hana's Family

Bahan-bahan:
Diblend bahan-bahan yang bertanda *
*2 cawan tepung gandum
*2 cawan santan
*1 cawan susu segar
*5 biji telur Gred B
*3/4 cawan gula pasir ( Lain kali Kim nak guna 1/2 cawan jer )
*3/4 cawan susu pekat manis / Krimer manis
*1 sudu besar tepung jagung
*1 sudu kecil garam halus
*2 sudu besar butter - dicairkan

1 1/2 cawan nestum original
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna kuning

Caranya:
Panaskan oven 180C.  Blend bahan yang bertanda*.
Masukkan nestum dan gaul sebati (menggunakan hand whisk atau senduk kayu).
Sediakan loyang, masukkan 1 sudu besar butter dan panaskan diatas api yang kecil.
Tuang adunan ke dalam loyang, tabur bijirin nestum diatasnya.
Bakar 50-60 minit atau sampai masak.
Tunggu sedikit sejuk barulah dipotong dan hidangkan. ( Lihatlah pada gambar jikalau tiada kesabaran untuk menunggu sehingga sejuk sedikit ).
Bagi mendapatkan permukaan yang garing, 5-10 minit terakhir gunakan api grill sehingga perang permukaannya.






Saturday 24 November 2012

Agar-Agar Sirap Penyejuk Tekak DiKala Hari Panas














Bahan-bahan:
10g serbuk agar-agar
1000ml air dicampurkan dengan sirap
100g gula batu
Sedikit gula pasir jika kurang manis

Caranya:
Masukkan air dan gula kedalam periuk masak sehingga gula hancur.
Masukkan serbuk agar-agar.
Masak sehingga mendidih, angkat dan tuangkan pada loyang yang dibasahkan.


Brokoli dan Cendawan Straw


Bahan-bahan:
Brokoli dibersihkan dan celur sehingga masak, ketepikan
Cendawan straw dibelah dua dicelur sehingga mendidih, ketepikan
Bawang putih dibelah dua
Sos tiram
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan, masukkan sos tiram dan kacau sebentar.
Masukkan brokoli dan cendawan straw yang sudah dicelur tadi, kacau sehingga rata.
Kacau sebentar saja dan bolehlah diangkat dan hidangkan.


Rempeyek / Tempeyek Kacang Tanah


Source: cooking with love
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
2 sudu makan telur yang dipukul sedikit
3 helai daun limau purut dihiris halus
250ml air atau lebih ( Masukkan air sehingga menjadi tipis tetapi AWAS jangan terlalu tipis )
1 cawan kacang tanah dijemur dan sangai

Bahan-bahan ditumbuk halus:
3 biji bawang putih
1 helai daun limau purut
1/4 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 inci jari kunyit ( optional )
4 biji buah keras
Garam secukupnya dan Kim masukkan kiub ikan bilis  

Caranya:
Campur semua bahan kecuali kacang tanah, kacau sehingga halus dan tidak bergentel.
Ambil sebahagian adunan, bubuh di mangkuk yang lebih kecil lalu diberi sebahagian dari kacang tanah.
Masak dengan cara menyendukkan adunan dan menuangkan pada tepi kuali / boleh juga menggunakn acuan, Kim tidak menggunakan acuan Kim menggunakan sudip yang dipanaskan pada minyak di kuali.
Siram-siram dengan minyaknya sehingga lurut.
Goreng sehingga masak kekuningan.Ulangi dengan cara yang sama sehingga habis.




Rendang Ayam Minang Pak Engku


Source: Jun

Bahan-bahan:
1 ekor Ayam Kampung / Ayam Bandar dipotong 8
2 batang serai dititik
Rempah tumis 4 sekawan ( kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga )
1 biji kelapa dijadikan santan
2 sudu makan kerisik
Daun kunyit dimayang
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan gula secukupnya 
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar:
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
30 biji cili api ( Kim guna cili kering jer )
2 inci halia
2 batang serai
1 inci lengkuas
1 sudu teh jintan manis ( kisar / serbuk )
1 sudu makan lada hitam ( kisar / serbuk )

Caranya:
Tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau, masukkan bahan kisar dan serai yang dititik dan masak sehingga kekuningan.  Bila sudah kekuningan masukkan jintan manis, lada hitam dan serbuk kunyit, kacau rata.
Setelah kuah sedikit kering, masukkan santan, ayam dan kerisik.  Bila ayam sudah masak masukkan garam dan gula seenak rasa dan daun kunyit.
Tunggu sehingga kuah pekat barulah sedia untuk dihidang.


Kek Coklat Lembab ( 2 Cara )


 Resipi: Chef Zubaidah / Source: e-na lovely kitchen / Ummi Zawiyah

Bahan-bahan:
Loyang 20cm

2 biji telur ( +/- 130g ) ( Kim guna 3 biji telur saiz C )
90g serbuk koko  ( Kim guna serbuk koko hitam )
200g sus pekat manis
200ml susu cair / fresh milk
100g gula halus

200ml minyak jagung / minyak masak
240g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh esen vanila ( optional ) 
200ml air panas

Caranya:
Sapukan sedikit margerin pada loyang, alas loyang dengan baking sheet.  Ketepikan.
( Kim sapukan margerin pada loyang kemudian ditaburkan tepung pada permukaan loyang ).
Ayak tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonate dan serbuk koko, ketepikan.
Pukul telur dan gula dengan menggunakan whisker sehingga hancur.
Masukkan esen vanila, fresh milk, susu pekat manis dan minyak.  Kacau sebati.
Kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi sambil dikacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.
Bakar dengan suhu 160C selama 60 minit atau sehingga kek masak.
Sejukkan kek di atas redai.
Siram dengan coklat ganache.  Boleh dihias mengikut citarasa anda.

Topping Coklat Ganache - source: Nadz
Bahan-bahan:
200g coklat masakan ( boleh mengguna coklat Meiji )
150ml whipping cream
1 sudu besar butter

Caranya:
Panaskan whipping cream secara double boiler dengan api sederhana.
Bila hampir mendidih tutup api dan masukkan coklat masakan yang telah dipotong kecil.
Kacau sehingga cair sepenuhnya.
Masukkan butter dan kacau sebati.
Tuang ke atas kek dan boleh dihias mengikut citarasa sendiri.

Kim tidak meletak topping sebelum sejuk anakbuah dah mintak dipotong.  Kek ini sungguh lembab dan boleh jugak dikukus dengan cara dan bahan yang sama.  Tak rugi mencuba, cubalah pasti akan membuat lagi dan satu hiris tak cukup.  Terima kasih kepada empunya resipi kerna sudi berkongsi. 

Sunday 18 November 2012

Kek Pisang (Resipi II)






Resipi: RosJintanManis

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikarbonat soda ( Lain kali Kim hendak guna 1/2 sudu teh saja )
1 cawan gula halus ( Kim guna kurang sedikit / tidak penuh 1 cawan )
3 biji pisang yang telah dilenyek ( Kim guna 5 biji pisang emas yang sedikit kecik )
1/2 cawan minyak masak ( Kim guna Minyak Jagung )
Esen vanila beberapa titik
2 biji telur ( Kim guna telur saiz C )


Caranya:
Ayak tepung gandum, soda bikarbonate dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven ke 180C.

Kemudian putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

Akhir sekali baru dimasukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180C selama 40 minit dan satu jam. ( Kim bakar dalam 30 minit saja ).

Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan. 

(Nota: Kena kurangkan soda bikarbonat kerana 1 sudu teh terasa sodanya, pada pendapat Kim resipi I lebih sedap dari yang ini.  Walaupun lembut tetapi terasa sodanya. walau bagaimana pun resipi ini mudah dibuat, maksud Kim tidak leceh sangat dan semerbak baunya.  )

Muffin Pisang Inti Coklat



Resipi: RosJintanManis / Source: Izah

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula ( Kim jugak guna 1/2 cawan gula )
2 biji pisang yang ranum ( Kim jugak guna 200gm )
1/2 cawan minyak masak ( Kim guna Minyak Jagung )
2 biji telur ( Kim guna gred C )
1/3 cawan susu segar
1 sudu teh soda bikarbonate ( Lain kali Kim nak letak 1/2 sudu teh saja )
1 1/2 sudu teh baking powder
Beberapa titik esen vanila
Beberapa ketul coklat dairy milk ( Kim jugak guna coklat chips )

Caranya:
Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu teh garam.

Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru dimasukkan gula, pukul lagi hingga kembang.

Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak dan tepung sedikit demi sedikit, titikkan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ini jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.

Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin (isikan 3/4 adunan kepaper cup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170C selama 18 ke 25 minit.

Sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder.  Sedia untuk dihidangkan

Friday 26 October 2012

Kentang Berempah







Bahan-bahan:
3 biji ubi kentang di potong baji
Garam sedikit
Daun kari
Serbuk kari ayam
Bawang besar - dihiris (jika suka tak letak pun tak apa)
Kacang pea hijua (jika suka tak letak pun tak apa
Jintan kasar
Air sedikit
Minyak 

Bahan-bahan tumbuk:
4 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih

Caranya:
Basuh ubi kentang dan toskan kering, gaul dengan sedikit serbuk kari, kemudian digoreng bersama jintan kasar sehingga masak.  Angkat dan ketepikan.
Ambil sedikit minyak dari minyak diatas tadi. tumiskan bahan-bahan rempah tumbuk sehingga garing, masukkan daun kari, bawang besar, serbuk kari ayam dan garam.  Tumiskan sehingga sebati, masukkan air sedikit dan kacau lagi.
Masukkan ubi kentang dan kacang pea hijau, masak sehingga kering dan angkat.

Ayam Goreng Berempah - Resipi Dari Saji Nov '12


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 12
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2cm halia - tumbuk
2 tangkai daun kari
1/2 paket rempah kari ayam dan daging
Sedikit tepung gandum 
Minyak untuk menggoreng
Sedikit garam
Serbuk cili - jika suka ( Kim tambah sebab tak pedas )

Caranya:
Gaulkan ayam bersama bahan tumbuk, rempah kari dan tepung gandum.
Perap ayam tersebut untuk beberapa minit sebelum digoreng.
Goreng ayam sehingga kekuningan.

Cubalah! tak mengecewakan walaupun tidak menggunakan banyak bahan rempah.
Kim cuma perapkan bahan-bahan tumbuk bersama serbuk kari dan cili. 
Sebelum nak digorengkan Kim gaulkan dengan tepung gandum.