Bahan-bahan:
Kerang dibasuh bersih dan celurkan
Minyak untuk menumis
Serai dititik
Garam secukupnya
Daun limau purut disiatkan
Daun kunyit disiatkan
Kerisik
Santan secukupnya
Bahan-bahan diblend:
4 biji cili merah ( Boleh guna cili kering )
10 biji cili padi merah
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 batang serai
1/2" halia
1" lengkuas
Caranya:
Panaskan minyak dikuali, tumiskan serai titik, daun limau purut, daun kunyit dan bahan-bahan yang diblend sehingga harum.
Masukkan santan dan biarkan mendidih sebentar, dikacau sentiasa supaya tak pecah minyak.
Masukkan garam secukupnya. Masukkan kerang dan kacau sehingga hampir kering masukkan kerisik.
Setelah kering bolehlah diangkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment