Bahan-bahan:
400g tepung gandum
2 sudu besar margerin *
40ml minyak masak @ jagung *
150ml air hangat
1/2 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
Inti:
5 biji ubi kentang - dipotong kiub (kukus / rebus sehingga lembut, tapiskan air dan ketepikan)
1 labu bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
2 keping Isi ayam - dipotong kiub
1 sudu besar jintan halus
1" Halia - dicincang kasar
2 - 3 sudu besar serbuk kari dibancuh dengan sedikit air (kepedasan ikut suka)
Garam secukupnya
Gula jika suka
Minyak sedikit untuk menumis
Cara untuk memasak inti:-
Panaskan sedikit minyak dikuali.
Masukkan jintan, bawang besar, daun kari dan tumis sehingga wangi.
Masukkan bawang putih dan halia dikacau, kemudian masukkan isi ayam.
Kacau dan masukkan serbuk kari, sentiasa dikacau supaya rempah tidak hangus.
Masukkan garam secukupnya.
Setelah isi ayam masak bolehlah dimasukkan ubi kentang dan masak sehingga kering.
Angkat dan sejukkan.
Cara untuk membuat kulit:-
Masukkan margerin dan minyak masak dikuali dan panaskan.
Masukkan tepung di dalam periuk, masukkan margerin yang telah dipanaskan tadi bersama minyak, kacau dan jadikan serbuk roti. (Jangan menggunakan tangan nanti tercelur, gunakan sudip).
Masukkan air hangat yang telah dibancuh dengan garam tadi.
Uli sehingga sebati, jangan diuli terlalu lama dan uli dengan lembut.
Kemudian rehatkan selama 30 minit.
Setelah direhatkan bolehlah dicanai berbentuk bulat, isikan inti dan tutup kemas dengan secara kelim sehingga habis.
Panaskan minyak tetapi jangan terlalu panas kerana akan mengelembung pada permukaan kulit.
Setelah dibalikkan sebanyak 2 kali bolehlah dibesarkan api. Kemudian kecilkan api semula.
Goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan.
Kuih kegemaran saya, tetapi kelim Kim tidak kemas dan cantik, kekadang kelim menjadi seperti tali simpul.
No comments:
Post a Comment