By: Chef Zubaidah / Source : Masam Manis Azlita
Bahan-bahan:
250g mentega
200g gula kastor ( Kim kurangkan ke 150g )
4 biji telur ( Kim guna 5 biji Grade C )
290g tepung naik sendiri
50g susu pekat manis
100g susu cair ( Kim guna Full Cream Milk )
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu teh kapucino emulco ( Tak letak tiada stok )
1 sudu teh esen vanilla - ( Ita tambah, Kim jugak )
Kepingan badan sebagai hiasan
Caranya:
Panaskan oven pada suhu 150C.
Sediakan loyang ukuran 8". Sapukan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek.
Pukul mentega dan gula sehingga sebati
Masukkan telur satu persatu
Kemudian masukkan susu pekat manis.
Pukul sehingga adunan sebati.
Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan susu cair.
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.
Ambil 1/4 adunan, letakkan coklat emulco dan kapucino emulco. Kacau rata.
Letakkan esen vanila di dalam adunan plain dan kacau rata.
Tuangkan adunan plain ke dalam loyang. Diikuti adunan coklat & kapucino.
Buatkan bentuk marble dengan belakang sudu.
Hiaskan dengan taburan kepingan badam.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan padau suhu 150C, selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek dimasak sempurna.
No comments:
Post a Comment