Saturday, 29 December 2012
Manisan Bebola "Tang Yuan:
Bahan-bahan:-
Tepung pulut
Sedikit air panas, tuang sehingga boleh menguli adunan, pastikan tidak tercelur tangan
Pewarna kegemaran
Bahan-bahan sirap:-
Gula melaka
Halia sedikit diketuk
Serai diketuk
Teabag (Green tea / Jasmine tea) - jika suka
Air secukupnya
Caranya:
Masukkan tepung pulut dalam mangkuk, masukkan pewarna dan air panas sedikit demi sedikit sehingga boleh menguli dan jadikan doh yang lembut. Rehatkan selama 30 minit.
Bentukkan bulat dan ketepikan.
Jerangkan air panas di periuk dan masukkan bebola kedalam periuk, apabila timbul ke atas bolehlah diangkat dan rendamkan di air sejuk.
Untuk membuat air gula/sirap:-
Masukkan air secukupnya diperiuk dan masak sehingga mendidih.
Masukkan gula melaka, halia dan serai dan masak sehingga gula melaka cair.
Angkat dan hidangkan bersama bebola "Tang Yuan".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment