Saturday 29 December 2012

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis / Sambal Udang















Bahan-bahan:
1 mangkuk kecil beras Ponni - cuci dan rendamkan +/- 20 minit
2 mangkuku kecil santan (guna mangkuk yang sama menyukat beras)
Garam sedikit
Daun pandan disimpul
1" Halia - dihiris

Caranya:
Cuci beras dan rendamkan.
Masukkan santan, garam, daun pandan disimpul dan halia kedalam periuk bersama beras yang telah direndam.
Tanak sehingga kering air dan nasi masak.

Sambal Ikan Bilis:
Ikan bilis digoreng dan ketepikan
Bawang besar - dihiris dan goreng sehingga layu ketepikan
Garam secukupnya
Gula merah / perang
Minyak untuk menumis
Air sedikit / Air asam jawa 

Bahan-bahan dikisar:-
Cili kering
Cili merah
Buah keras
Bawang merah
Bawang putih
Halia sedikit jika suka

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik minyak.
Masukkan air dan kacau sebentar, masukkan garam dan gula perang secukupnya.
Setelah hampir kering masukkan bawang besar yang telah digoreng layu tadi, kacau rata.
Padamkan api, setelah sambal sejuk bolehlah dimasukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
Tujuannya supaya ikan bilis rangup, kalau tak suka rangup boleh dimasukkan ikan bilis semasa sambal hampir kering.

Sambal Udang:
Udang dibersihkan dan layukan sekejap tanpa minyak
Minyak untuk menumis
Bawang besar dihiris
Air secukupnya
Garam secukupnya
Gula perang secukupnya

Bahan-bahan kisar:-
Cili kering
Cili merah
Bawang merah
Bawang putih
Buah keras

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang besar sehingga layu.
Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga naik minyak.
Masukkan air, garam dan gula perang secukupnya.
Kacau sehingga hampir kering, masukkan udang dan masakkan udang setelah udang bertukar warna.
(Jangan memasak udang terlalu lama nanti liat).

 Kim tidak menggunakan air asam jawa pada masakan sambal.  Tetapi jika anda nak menggunakan air asam jawa pun boleh.  Beras Basmathi amat elok digantikan dengan beras Ponni pada masakan seperti nasi lemak, biryani dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment