Wednesday 22 May 2019

Pengedil Tauhu






















Bahan-bahan:
Tauhu dibelah korek isinya dan letak di mangkuk.
Ubi kentang dipotong kecil dan goreng masak, tumbuk/lenyekkan
Bawang merah kecil digoreng kekuningan
Daun bawang dihiris
Daun ketumbar dihiris
Ayam cincang digaul dengan sedikit garam dan serbuk jintan putih
Bawang putih dicincang halus
Garam
Minyak menggoreng

Salutan:
Telur dipukul

Caranya:
Goreng bawang merah sehingga kekuningan angkat dan ketepikan.
Dengan minyak yang sama guna sedikit sahaja untuk menumis bawang putih.
Masukkan ayam cincang dan kacau sebati, masakkan sehingga ayam empuk.
Masukkan hirisan daun bawang dan daun ketumbar.
Ubi kentang yang telah dilenyek, dimasukkan bawang goreng dan ayam yang telah ditumis tadi.
Gaul rata dan masukkan garam secukupnya.
Simpan dipeti sejuk sebelum menggoreng.
Masukkan isi kentang ke dalam tauhu goreng sehingga penuh.
Panaskan kuali dan goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Lebihan doh ubi kentang bentukkan bulat, salutkan dengan telur yang telah dipukul.
Goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.

Monday 20 May 2019

Kepak Ayam Salut Thai Sos
























Bahan-bahan perapan ayam: Gaul sebati dan simpan dalam petisejuk:
Kepak ayam
Serbuk halia
Serbuk bawang
Serbuk Lada putih
Sedikit garam

Bahan-bahan ayam goreng:
Tepung gandum *
Tepung jagung *
Sedikit serbuk penaik * bertanda dipukul dengan whisk

Bahan-bahan salutan: Gaul sebati dan masak sehingga pekat, ketepikan
Sos siracha
Sos Cili Thai
Sos tiram
Gula perang
Serbuk smoked paprika
Sedikit jus kasturi/lemon
Kicap cair kurang masin
Sos ikan sedikit
Serbuk halia
Serai diketuk
1 sudu teh butter

Bijan disangai, jika suka
Minyak menggoreng ayam

Caranya:
Goreng kepak ayam sehingga masak.  Ketepikan.
Sediakan kuali, masukkan sos salutan yang telah dimasak tadi kedalam kuali.
Dengan menggunakan api yang kecil masukkan ayam yang telah digoreng kedalam kuali. (
Gaulkan sehingga sebati.
Tabur Bijan dan hidangkan panas-panas.

Udang Goreng






















Bahan-bahan:
Udang yang telah dibuang kulit dan ekor
Garam
Serbuk lada
Sedikit serbuk cili
Tepung beras
Tepung jagung
Minyak menggoreng secukupnya


Sesunggut Sotong Masak Thai






















Bahan-bahan:
Sesunggut sotong
Cili Cameron hijau, kuning & merah dipotong kecil
Cili padi dihiris
Bawang putih dicincang
Bawang besar dipotong baji
Daun Limau purut dihiris halus
Serai diketuk dan hiris halus
Minyak menumis
Sedikit air
Cili pes Thai
Sos tiram
Sos ikan
Garam jika perlu

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Masukkan cincang bawang putih, cili padi, bawang besar, daun limau dan serai, tumiskan sehingga harum.
Masukkan cili pes Thai gaul sehingga sebati.
Masukkan sesunggut sotong dan cili cameron, kacau rata.
Masukkan sos tiram dan sos ikan bersama sedikit air.
Masukkan sehingga sotong masak.
Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Ayam Panggang Sos Oren























Bahan-bahan:
Kepak ayam
Sedikit minyak zaitun
Hirisan kulit oren

Bahan-bahan air rebusan air oren:direbus +/- 30 minit, sejukkan:
Air perahan oren
Air perahan limau kasturi
Kulit oren, pastikan buang bahagian kulit putih, jangan banyak nanti pahit
Sedikit kayu manis
Sedikit minyak zaitun
Kicap cair
Garam secukup
Serbuk halia
Serbuk paprika
Seulas bawang putih cincang halus
Madu
Garam secukupnya

Caranya:
Masakkan air rebusan oren selama 30 minit.
Tapiskan air rebusan oren kedalam periuk besar.
Masukkan ayam dan masak selama 20 minit.
Angkat dan tapiskan airnya, sejukkan dulu dan simpan dipeti sejuk.
Air rebusan oren jangan dibuang, masukkan semula dikuali dan pekatkan sedikit untuk diguna sebagai glis pada ayam.
Bila nak memanggang, sediakan alat pemanggang.
Masukkan sedikit minyak, panaskan dulu.
Susun ayam pada kuali pemanggang.
Semasa memanggang pastikan disapu glis pada aym.
Panggang sehingga masak.



Nasi Goreng Tom Yam























Bahan-bahan:
Nasi sejuk
Lobak merah dipotong dadu
Daun limau purut buang tulang hiris halus
Serai dihiris halus
Cili padi dihiris
Isi ayam dicincang kasar, gaulkan dengan pes Cili Thai
Daun bawang dihiris
Sedikit minyak menumis
Garam secukup rasa
Telur dikocok

Bahan-bahan sos, digaul rata
Pes Tom Yam
Sos ikan

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan serai,daun limau purut, cili padi dan daun bawang sehingga wangi.
Masukkan cincangan ayam dan kacau sebati.
Masukkan lobak merah dan kacau sebati.
Masukkan nasi sejuk dan gaul sehingga rata.
Masukkan bahan-bahan sos dan gaul kesemua sehingga sebati.
Tolakkan ke tepi kuali, masukkan sedikit minyak, masukkan telur dan kacaukan telur sehingga masak.
Gaulkan nasi dengan telur dan masak sehingga kering.
Angkat dan hidangkan.

Ayam Salut Sos Cili Capsicum























Bahan-bahan, gaul sebati dan diperap selama 30 - 1 jam:
Kepak ayam
Sedikit garam
Tepung jagung
Sedikit lada putih

Minyak menggoreng secukupnya

Bahan-bahan sos diblend halus dan masak kesemua bahan sehingga pekat sedikit:
Cili Capsicum  dibakar hingga lembik
Bawang putih dibakar
Sos siracha
Sos cili Thai
Madu
Serbuk halia
Garam jika perlu

Caranya:-
Sedia kuali, panaskan minyak.
Gorengkan kepak ayam sehingga masak angkat dan masukkan pada bahan-bahan sos yang telah dipekatkan.
Gaul rata sehingga tersalut semua sos pada kepak ayam.
Angkat dan hidangkan.

Salted Eggs Butter Chicken





Recipe sourced: Table for 2 via mykitchensnippets.com
Ingredients:-
2 pieces chicken breast ~ remove skin and fat, cut into 1" chunks
1/2 tsp salt
Dash of pepper
1 egg white
1/2 cup cornstarch

Sauce:
2 tbsp butter
2 sprigs curry leaves, remove from stem, leaves only
1 red chili sliced thinly
2 cloves garlic finely chopped
3 salted egg yolks, steamed and mashed
2 tbsp evaporated milk
1 tsp oil
1/3 tsp salt
1/2 tsp sugar

Method for chicken:
Pat dry chicken with paper towel.
Mix chicken with salt and pepper.
Then put in egg white, marinate for an hour.
Coat the chicken pieces with cornstarch.
Deep fry chicken until golden brown.  
Remove and drain oil on paper towel.

Sauce:
In the wok, on medium heat, put in oil and butter.
When butter has melted, put in sliced chili, garlic and curry leaves.
When they are fragrant, put in mashed egg yolks with spatula try to flatten the yolks into the oil and cook until it look bubbly and fragrant.
Turn heat to low and put in milk, salt and sugar.
Turn heat to high and cook until very bubbly
Put in chicken and toss until well coated.
Dish out and serve.


Tuesday 7 May 2019

Ikan Siakap Bakar Berempah Woku





Sumber resipi: ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com
Bahan-bahan:
8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
4 helai daun pandan hiris halus
2 helai daun kunyit hiris halus
3 batang serai, ambil putihnya dan hiris halus
5 tangkai daun selasih, ambil daunya
2 biji tomato merah dipotong dadu
250ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
2 tangkai daun bawang dipotong dan taburkan
3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan kisar:-
12 biji bawang merah kecil
7 biji cili padi merah
5 biji buah keras, bakar sekejap
3cm kunyit hidup, dibakar
2cm halia

Bahan-bahan pelengkap:-
Daun senduduk atau daun salad
1 biji timun dipotong serong
4 tangkai daun selasih
6 biji cili padi merah dihiris untuk ditabur

Caranya:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
Masukkan air, gula pasir dan garam.  Masak sehingga matang dan mendidih.
Masukkan daun selasih dan ikan siakap.  Masak sehingga kuah menyerap.
Sediakan aluminium foil yang telah digriskan dengan sedikit minyak dan letak ikan di atas aluminium foil.
Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi yang dihiris.


Monday 6 May 2019

Peria Cah Telur






Bahan-bahan:
Peria dihiris nipis dan rendamkan dengan air garam
Bawang putih dicincang halus
Telur
Minyak menumis
Sedikit air
Garam
Lada sulah

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Setelah panas, masukkan bawang putih cincang dan tumis sebentar.
Masukkan sebiji telur yang telah dipukul dengan sedikit lada sulah.
Setelah telur masak, masukkan peria dan kacau sebati.
Masukkan sedikit air dan garam secukupnya rasa, masak sehingga peria lembut.
Angkat dan hidangkan.

Ayam Panggang Pedas




Bahan-bahan:
Peha ayam

Bahan-bahan perapan, perap selama 4 jam / semalaman:
Serbuk cili
Smoked Paprika
Serbuk Halia
Serbuk Bawang
Garam
Madu
Minyak zaitun
Sedikit sos tomato

Bahan-bahan sapuan, kacau sebati:
Minyak zaitun
Madu

Caranya:
Peha ayam dicuci bersih dan toskan kering, lapkan.
Gaulkan dengan bahan-bahan perapan dan simpan dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
Masukkan sedikit minyak kedalam pemanggang ajaib.
Setelah panas, susun peha ayam ke dalam pemanggang ajaib.
Balik-balikkan seketika dan sapukan bahan-bahan sapuan minyak zaitun dan madu pada peha ayam sentiasa.