Wednesday 22 May 2019

Pengedil Tauhu






















Bahan-bahan:
Tauhu dibelah korek isinya dan letak di mangkuk.
Ubi kentang dipotong kecil dan goreng masak, tumbuk/lenyekkan
Bawang merah kecil digoreng kekuningan
Daun bawang dihiris
Daun ketumbar dihiris
Ayam cincang digaul dengan sedikit garam dan serbuk jintan putih
Bawang putih dicincang halus
Garam
Minyak menggoreng

Salutan:
Telur dipukul

Caranya:
Goreng bawang merah sehingga kekuningan angkat dan ketepikan.
Dengan minyak yang sama guna sedikit sahaja untuk menumis bawang putih.
Masukkan ayam cincang dan kacau sebati, masakkan sehingga ayam empuk.
Masukkan hirisan daun bawang dan daun ketumbar.
Ubi kentang yang telah dilenyek, dimasukkan bawang goreng dan ayam yang telah ditumis tadi.
Gaul rata dan masukkan garam secukupnya.
Simpan dipeti sejuk sebelum menggoreng.
Masukkan isi kentang ke dalam tauhu goreng sehingga penuh.
Panaskan kuali dan goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Lebihan doh ubi kentang bentukkan bulat, salutkan dengan telur yang telah dipukul.
Goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.

No comments:

Post a Comment