Monday 27 October 2014

Nasi Ketuk SG

Nasi Ketuk and The Geng - Sup Tom Yum, Ayam Madras dan Rendang Tok


Ayam Goreng Kimberly




Bahan-bahan, bersihkan dan rendam dengan air garam semalaman:
Peha Ayam
Lada Hitam
Garam

Bahan salutan, digaul rata:
Tepung
Sedikit kiub garlic/kiub pati ayam

Minyak untuk menggoreng

Caranya:
Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng terendam.
Ambil peha ayam yang telah direndam semalaman, lapkan dengan kain sehingga kering.
Salutkan pada tepung salutan dan masukkan kedalam minyak yang telah panas.
Goreng sehingga masak dan kekuningan, angkat dan toskan minyak.













Sunday 26 October 2014

Rendang Tok



Bahan-bahan:
Ayam dipotong kecil
Daun limau purut
Minyak untuk menumis
Santan
Air secukupnya
Garam
Gula perang/gula melaka
Sedikit kicap pekat
Kerisik secukupnya

Bahan-bahan diblend dengan air, kemudian diperap dengan ayam bersama air:
Cili kering
Lada hitam, kalau nak pedas bubuh lebih
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Lengkuas
Halia

Caranya:
Setelah ayam diperah lebih kurang 4-5 jam, masukkan di dalam kuali, kacau sehingga air menjadi kering.
Masukkan minyak sedikit, tumiskan daun limau purut dan masukkan ayam, kacau sehingga sebati dan harum.
Masukkan santan dan masak sehingga menjadi kering sedikit.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Masukkan kicap dan kerisik dan masak sehingga kering bolehlah diangkat.

Tuesday 21 October 2014

Ikan Tauchu Berkerisik

  
Bahan-bahan:
Ikan kembung, dibersih, sapukan garam dan serbuk kunyit, goreng sehingga masak, ketepikan

Minyak sedikit untuk menumis
Tauchu direndam
Garam
Sedikit gula perang
1 sudu besar kerisik
Sedikit air

Bahan-bahan tumisan:
Serai, diketuk
Cili merah, dipotong serong
Cili api, dihiris
Cili hijau, dipotong serong
Tomato
Bawang Holland, dihiris kasar
Halia dihiris
Bawang putih dihiris

Caranya:
Masukkan minyak, tumiskan serai, bawang holland, bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan tauchu dan tumis lagi sehingga sebati.
Masukkan cili merah, cili hijau, cili api dan tomato, kacau sebati sehingga layu.
Masukkan sedikit air dan kerisik.
Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan tuangkan diatas ikan, taburkan parutan lobak merah.



Saturday 18 October 2014

Kepak Ayam BBQ


 
Resipi: Chef Fazalina
Bahan-bahan:
6 keping kepak ayam , dibersih dan ditoskan
4 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
1 sudu teh serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh letak 1 sudu makan)
1 sudu teh sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan perahan limau nipis
1 sudu makan madu (ganti dengan gula perang)
1 sudu teh herba tyme - kering
1/2 sudu teh oregano - kering

Caranya:
Gaulkan kepak ayam tadi dengan semua bahan dan perap di dalam peti sejuk semalaman.
Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar sehingga masak. (Menggunakan kaedah grilling di HappyCall).
Keluarkan dari oven dan sedia dihidangkan.

(Sedap.....buat latah pun ok, atau nak makan dengan nasi ayam pun boleh, terima kasih Chef Fazalina) 

Chocolate & Mint Cupcakes

  
Recipe: Chef Kevin Chai (Easy Muffins & Cupcakes)
For the cupcakes:
230g unsalted butter
230g caster sugar (i reduced to 140g)
4 eggs
200g self-raising flour
2 tbsp cocoa powder (unsweetened)
4 tbsp chopped mint leaf
100g chocolate chips
1 tsp mint essence

For the icing:
200g unsalted butter
200g icing sugar
1 tsp mint essence
Few drops of green colour (i added)

Method:
Prehat oven to 175C.  Place paper baking cases in muffin tins.
Combine butter, sugar, eggs, flour and cocoa powder in a mixer.
Beat until smooth and pale about 2 to 3 minutes.
Add in the rest ingredients, mix until combined.
Spoon batter into the cases.  Bake for 20 minutes or until cooked.
Remove tins from oven and cool for 5 minutes.
Then remove the cupcakes and cool on a rack.
Prepare the icing by beating the butter, icing sugar and mint essence until smooth.
Spread icing onto the top of each cupcake.
Decorate with chocolate chips and mint leaves.

Monday 6 October 2014

Bihun Goreng Hijau

 
Bahan-bahan:
Bihun direndam sehingga lembut, toskan
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Kiub ikan bilis sedikit
Tomato hijau, dipotong kiub
Sawi, dipotong panjang
Air limau nipis

Hiasan:
Cili merah dihiris
Daun bawang dihiris
Bawang goreng

Bahan-bahan dikisar halus dengan air:
Cili hijau dibuang biji (jika nak pedas tak perlu dibuang biji)
Cili api dibuang biji
Bawang merah
Bawang putih
Belacan sedikit
Lengkuas muda sedikit (optional)
Daun bawang yang hijau saja

Ikan bilis direndam dan kisarkan kasar selepas dah blend separuh bahan diatas barulah dimasukkan ikan bilis dan blend semula sekejar jer.  Tapiskan air dan ketepikan air blend.

Caranya:
Masukkan minyak untuk menumis bahan-bahan blend sehingga pecah minyak.
Masukkan kiub ikan bilis dan garam dan kacau lagi.
Masukkan tomato hijau dan air tapisan bahan-bahan blend tadi, dimasak sehingga tomato lembut.
Setelah air menjadi kering sedikit masukkan sawi dan kacau sebati.
Masukkan bihun dan gaul sehingga sebati, rasa garam sebelum diangkat.
Matikan api dan masukkan air perahan limau nipis, gaul rata.  Angkat dan taburkan hiasan.

(Nota: Walaupun tiada bahan-bahan "mewah" tetapi bihun ini sedap, jika ada tetamu yang bertandang bolehlah dihidangkan yang pasti guna tomato hijau dan cili berwarna hijau barulah namanya Bihun Goreng Hijau, sedap.....perghlay)




Sunday 5 October 2014

Nasi Pudina

 
Bahan-bahan:
Beras basmathi, basuh dan rendamkan lebih kurang 30 minit
Kayu manis
Bunga cengkih
Biji pelaga
Bunga lawang
1 labu bawang besar, dimayang
Pes halia/bawang putih
Minyak sapi/butter
Garam secukupnya
Air pudina (pudina diblend ambil jus dan daun, bahagian yang berbuih buangkan)
Yogurt / Santan pekat sedikit

Caranya:
Masukkan butter/minyak sapi, tumiskan bawang besar sehingga layu, masukkan rempah 4 sekawan dan kacau rata, masukkan pes halia dan bawang putih, kacau lagi.
Masukkan beras dan kacau lebih kurang 1 - 2 mint.
Alihkan beras ke dalam periuk nasi, masukkan air pudina dan garam secukupnya.
Setelah nasi hampir masak masukkan yogurt/santan pekat digaul sebati.
Tanak lagi sehingga nasi masak.
Jika suka boleh ditaburkan dengan bawang goreng dan daun pudina.



Kerala Chicken

 
Recipe: Datin Meena Nathan, thank you, simple and delicious
Ingredients:
1.5kg chicken
4 tbsp oil
1 large onion, sliced
4 sprigs curry leaves
1 tsp mustard seeds
4cm cinnamon stick
6 cloves
1 tsp pepper powder (i used chili powder)
1 tsp coriander powder
1/2 tsp turmeric powder
3 potatoes, skinned and halved
2 tsp ginger paste
Salt to taste
750ml water
375ml thick coconut milk

(My note: i combined all the powder ingredients together and add a little water)

Method:
Clean chicken an cut into 12 pieces.  Heat oil in large non-stick pan over a medium flame.
Saute onion, curry leaves, mustard seeds, cinnamon stick and cloves for 5 minutes till aromatic.
Put in chicken and mix well.  Add pepper, coriander powder, turmeric, potatoes, ginger paste, salt and water. Cover and simmer for 15-20 minutes till chicken and potatoes are cooked.
Tip in coconut milk and turn off the fire immediately after a boil.


Biskut Coklat Chip


Resipi: Chef Hanieliza
Bahan-bahan:
Bahan A:
150g mentega
100g marjerin
30g lemak sayran
150g gula halus (guna 100g)
1 biji telur 
1 sudu teh esen vanila

Bahan B: (Gaul rata):
250g tepung gandum *
10g serbuk koko * diayak
150g chocolate chip
50g almond flakes, dipanggang
50g nestum

Caranya:
Gaulkan mentega, marjerin, lemak sayuran dan gula halus sehingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila, kacau rata.
Masukkan bahan B perlahan-lahan dan kacau dengan senduk kayu.
Sudukan adunan (sebesar guli) ke dalam loyang.
Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180C selama 25-30 minit ataupun sehingga masak.Sejuk dan simpan di dalam balang kedap udara.



Mee Goreng Kicap

 

Bahan-bahan:
Mee kuning, basuhkan dan tos
Cili merah, dihiris
Sawi, dipotong
Taugeh
Fish cake, dihiris
Garam jika perlu
Tauhu, hiris dan digoreng
Sedikit minyak
Bawang goreng
Air perahan limau sedikit

Bahan-bahan ditumbuk:
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit halia
Sedikit cili

Bahan-bahan sos disebatikan bersama:
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Kicap pekat
Kicap manis
Air sedikit

Caranya:
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan fish cake dan kacaukan sebentar.
Masukkan bahan-bahan sos dan dikacau sekejap sehingga mendidih, masukkan mee dan sawi.
Kacaukan mee sehingga sebati, sebelum diangkat masukkan tauhu, taugeh dan cili hiris, kacau sebentar.
Padamkan api dan masukkan perahan air limau, digaul sebati, angkat dan taburkan bawang goreng.




Croquant Twin Chip Cookies


Recipe: Kadek Kristi Hellen
Ingredients:
125g Low Protein Flour / Cake Flour
1/2 tsp Baking Soda
1/2 tsp Baking Powder
1/2 tsp Salt (omitted)
20g Milk Powder
150g Croquant (not enough i replaced 50g with bubble rice, future can't replaced with others)
200g Unsalted Butter (i used salted butter), Softened
125g Icing Sugar (i used 60g)
2 Eggs Yolks
1 Egg White
50g Twin Chocolate Chip (i used semi sweet chocolate chip)

(My reference; next time to add about a few drops of yellow colour)

Method:
Preheat oven to 140C line the cookies sheets with parchment paper.
Sift together flour, milk powder, baking powder, baking soda and salt in a medium bowl.
Beat the butter, icing sugar until light and fluffy.  Adding egg one at a time; keep beating until batter is smooth.  Stir in flour mixture followed by conquant and chocolate chips.
Drop rounded tablespoonful onto the prepared baking sheets.
Cookies will spread, so allow at least 2" between each cookie.
Bake for around 20 minutes or until cookies are lightly browned around the edges.
Allow to cool on the cookie sheet before removing to wire rack.
To store, keep in an airtight container.




Bihun Goreng Kicap


Bahan-bahan:
Bihun direndam sebentar, toskan
Sawi, dipotong
Fish cake / isi ayam / bebola ikan, dihiris
Udang
Taugeh
Cili merah, dihiris
Bawang putih dicincang kasar
Sedikit minyak
Garam jika perlu

Bahan-bahan sos dicampur sebatikan:
Sos tiram
Kicap pekat
Kiub ayam dicampurkan dengan air secukupnya

Caranya:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi, masukkan fish cake / isi ayam / bebola ikan, udang, kacau rata.  
Masukkan bahan-bahan sos dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan bihun, kacau sehingga rata dan masukkan sawi, kacau lagi sehingga kuah menjadi pekat dan masukkan taugeh dan cili hiris, kacau 2 kali dan padamkan api.







Kek Cawan Oren Coklat Marble



Resipi: Sedap
Bahan-bahan:
200g mentega masin
150g gula pasir halus
4 biji telur
175g tepung gandum
25g tepung jagung 
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh parutan kulit oren Sunkist
25ml pati buah oren Sunkist
1/2 sudu besar serbuk coklat dan 20ml susu cair suam, larutkan
1/4 sudu teh pes coklat (lain kali nak guna 1 sudu besar)

Caranya:
Pukul mentega dan gula pasir selama 7 minit sehingga lembut, masukkan telur satu persatu sambil dipukul rata berselang seli dengan sebahagian tepung gandum.
Masukkan baki tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik sambil diayak dan dikacau rata.
Masukkan parutan kulit oren Sunkist dan air perahan oren Sunkist, kacau rata.
Ambil 1/3 bahagian adunan masukkan larutan serbuk koko dan pes coklat, kacau rata.
Tuang adunan coklat ke dalam adunan berlebihan, kacau sehingga kelihatan bertali.
Tuang ke dalam acuan muffin pendek lebar yang dilapisi cawan kertas.
Bakar dengan api bawah suhu ketuhar 180C selama 25 minit sehingga masak.