Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Thursday, 18 August 2022

Kari Ikan Nyonya





Resepi by:@kim_kimberly1509
Tak pedas sesuai untuk saya yang sedang sakit.  Goreng sebiji telur mata dan makan dengan nasi putih,  phew... nikmatnya....  Tak payah tumis sayur lagi, kalau suka boleh dimasukkan terung. 
Bahan-bahan:
Kepala ikan bawal hitam
1 biji tomato potong 4
3 batang kacang panjang,  dipotong
Sedikit daun kari
1/2 biji bawang besar dicincang
Minyak menumis
Air asam jawa
Air biasa
Garam dan perisa
1/4 sdt biji halba campuran
1/4 sdt serbuk kunyit
2 ~ 3 sdb serbuk kari ikan

Bahan-bahan diblend:
1 biji cili merah,  belah buang biji
1 biji bawang besar saiz sedang
3 ulas bawang putih
1" halia

Caranya:
Panaskan minyak. 
Masukkan halba campuran dan goreng selama 1 minit,  jangan lama nanti pahit. 
Masukkan bawang besar cincang dan daun kari,  kacau sehingga layu. 
Masukkan bahan blend dan tambahkan minyak sedikit goreng sehingga garing. 
Masukkan serbuk kunyit dan serbuk kari ikan. Serbuk kari ikan bergantung pada air,  kalau kuah banyak lebihkan serbuk kari ikan. 
Masukkan sedikit air sedikit demi sedikit. 
Kacau sebati dan tambahkan air lagi secukupnya. 
Masukkan tomato dan kacang panjang,  kacau sehingga mendidih. 
Masukkan ikan,  garam dan perisa secukupnya. 
Terbalikkan ikan. 
Masukkan air asam jawa dan rasa dulu.  Kalau kurang masam perahkan lagi asam jawa yang pekat. 
Masak sehingga kuah mendidih. 
Angkat dan hidangkan dengan nasi putih. 


Saturday, 16 July 2022

Ikan Varuval

 





Resepi by:ambi's secret kitchen via youtube, thanks akka for scrumptious recipe
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
Beberapa keping ikan senangin (guna ikan jenahak), cuci bersih dan toskan kering, gaulkan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung, ketepikan. 
Gorengkan ikan separuh masak. 
Goreng dengan api sederhana dalam 2-3 minit, angkat dan ketepikan. 

Bahan-bahan rempah:
1 sdb jintan kasar
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
4 biji bunga cengkih
1 biji pelaga
Daun kari
Cili kering dipotong dalam 1"
2 biji bawang besar, dicincang kasar atau hiris kasar
1 1/2 sdb pes bawang putih&halia

Bahan-bahan serbuk rempah (masala) :
1 sdk serbuk kunyit
1 sdk serbuk ketumbar
2 sdb serbuk cili
1 sdb serbuk kari ikan
1/2 sdk gula, tak letak
1 sdk kicap manis

Minyak menumis
Sedikit air garam secukup
1 sdk jus perahan limau 

Caranya:
Masukkan minyak di kuali, panaskan sebentar, masukkan biji jintan, kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelaga, kacau sebentar. 
Masukkan daun kari dan cili kering, kacau selama 1 minit. 
Masukkan bawang besar, tumis selama 2-3 minit sehingga layu, tak perlu tumis sehingga perang. 
Masukkan pes bawang putih dan halia. 
Tumis lagi selama 2 minit. 
Kecilkan api, masukkan rempah masala iaitu, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk cili, serbuk kari ikan, gula, garam secukup rasa, kacau rata dan masukkan air secukupnya, kacau lagi. 
Kacau dengan api kecil, pastikan rempah masala tidak hangus. 
Kacaukan selama 3-5 minit.
Renihkan selama 2-3 minit, bila pecah minyak masukkan jus perahan limau.
Masukkan kicap, untuk mendapatkan warna yang cantik, kacau rata selama 2-3 minit. 
Bila semua dah sebati, masukkan ikan yang digoreng tadi. 
Gaulkan ikan perlahan, supaya rempah masala salut pada ikan, kemudian renihkan selama 5 minit supaya ikan masak sepenuhnya. 
Padamkan api dan hidang dengan nasi putih hangat. 





























Monday, 22 November 2021

Ikan Bawal Hitam Sambal Hijau






Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal hitam, cuci bersih, lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam

Minyak menggoreng
Daun limau purut
Gula palm
Garam secukup

Bahan-bahan diblend halus:
4 biji cili hijau, buang biji
5 biji cili padi merah, buang biji
6 biji cili padi hijau, buang biji
2 biji buah keras
3 keping daun limau purut
4 ulas bawang merah

Caranya:
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga masak, ketepikan. 
Guna minyak yang sama dalam 4 sudu makan. 
Tumiskan bahan kisar bersama 2 helai daun limau purut dan sedikit garam. 
Tumis sehingga garing, masukkan gula palm, kacau sehingga gula cair. 
Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati. 
Dah cukup pekat dan sambal masak bolehlah di letak atas ikan. 
Makan dengan nasi putih hangat. 


Sunday, 14 November 2021

Ikan Masin Cah Sos Oren Lemon









Resepi by:enakrasadaridapurkim
Bahan-bahan:
1 keping ikan masin dalam minyak, toskan dan goreng garing, ketepikan
1 biji tomato saiz kecil hiris
1 biji bawang besar hiris
4 ulas bawang putih cincang
2" halia hiris panjang
1/2 biji jus oren
1/2 biji jus lemon
Parutan kulit oren
Parutan kulit lemon
Minyak menggoreng 

Caranya:
Gunakan minyak menggoreng ikan masin dalam 1 sudu besar, tumis bawang besar sehingga berwarna kecoklatan.
Masukkan bawang putih dan halia tumis lagi dalam 3 minit. 
Masukkan tomato dan kacau sehingga layu. 
Masukkan parutan kulit lemon dan oren bersama jusnya. 
Kacau sehingga mendidih. 
Masukkan perisa dan garam jika perlu. 
Saya tak masukkan sebab ikan masin dah masin. 
Masukkan ikan masin dan kacau sebentar. 
Taburkan hirisan daun ketumbar dan cili flakes, jika suka. 
Hidang bersama bubur nasi. 


Thursday, 23 September 2021

Ikan Kembung Masak Chuan





Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung, lumur dengan garam dan serbuk kunyit
1 biji cili merah dihiris
2 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 sudu besar taucu
1 sudu besar pes asam jawa
1 biji tomato dipotong dadu/cincang
Garam
Perisa
Sedikit air
Daun bawang hiris halus
Daun ketumbar hiris

Caranya:
Goreng ikan sehingga garing dan masak, ketepikan. 
Keluarkan lebihan minyak menggoreng ikan dan guna dalam 2 sudu besar minyak, panaskan minyak semula. 
Masukkan bawang merah, bawang putih, cili, tomato dan taucu. 
Tumis sehingga naik bau. 
Masukkan pes asam jawa dan sedikit air. 
Masukkan garam, perisa dan gula, kacau sebati. 
Masak sehingga kuah mendidih, masukkan ikan, kacau sekali saja. 
Rasa dan padamkan api. 
Tabur hirisan daun bawang dan daun ketumbar. 
Hidang bersama nasi putih. 



Sunday, 5 September 2021

Fish Molee





Recipe by:whiskaffair.com Ms. Neha Mathur
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Ingredients for marinate fish:
500gm fish sliced
1/2 teaspoon turmeric powder 
2 teaspoons lemon juice
1/2 teaspoon blackpeppers powder
Salt to taste

Ingredients for the curry:
2 tablespoons coconut oil
1 teaspoon mustard oil
10 ~ 12 curry leaves
3 ~ 4 green chillies slit to halves
1 teaspoon garlic chopped
1 cup tomato chopped
1/2 teaspoon turmeric powder
Salt to taste
1/2 teaspoon blackpeppers 
1 teaspoon red chilli powder
200ml thin coconut milk
300ml thick coconut milk
1 tablespoon tamarind paste
1/2 teaspoon Kerala Garam Masala, I used Baba's Garam Masala

Fish marination:
Add all the ingredients for marinating the fish in a bowl and mix well.
Marinate the fish for 30 minutes.

For the curry:
Heat oil in a pan.
Slightly fry the marinated fish in the oil and take out on plate and keep aside.
In the remaining oil, add mustard seeds, curry leaves and green chilies and fry for a few second.
Add onion, ginger and garlic and fry till onion turn pinkish.
Add tomatoes and cook for a minute.
Add turmeric powder, salt, black pepper powder and re chili powder and cook for a minute.
Add thin coconut milk and bring the curry to a boil.
Drop in the fish pieces once the curry comes to a boil.
Cook for 8 - 10 minutes.
Add thick coconut milk and tamarind paste and cook for a minute
Add Kerala garam masala and mix well.
Serve hot with steamed rice.



Monday, 17 May 2021

Tom Yum Pok Tek






Resepi by:Puan Syikin Shahrir via kongsiresepi.my 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan untuk pes Pok Tek Kaw:
Sedikit minyak menumis
5 ulas bawang putih, hiris
1 biji bawang Holland, dikisar halus
1 biji bawang Holland, dihiris
1" lengkuas, diketuk
2 batang serai, diketuk
2 ~ 4 daun limau purut
1 biji tomato, dipotong baji
1 biji limau nipis, ambil jusnya
5 biji cili padi
Sedikit daun ketumbar
1 batang lobak merah
10 keping cendawan tiram
4 sdb pes Tom Yum, jenama ori Thai
1/2 kotak santan Kara

Bahan-bahan untuk lauk:
1 ekor ikan siakap
1 ekor sotong
Boleh tambah udang atau lala

Caranya:
Mula-mula sekali goreng ikan separuh masak. 
Kemudian rebus seafood, masukkan air paras seafood saja. Jangan rebus lama sangat, nanti liat seafood. 
Bila dah mendidih terus padam api. Air rebusan jangan dibuang akan diguna untuk kuah nanti. 
Panaskan minyak menumis, tumis bawang putih dan bawang kisar, tumis hingga naik bau dan garing. 
Ramaskan daun limau purut dan masukkan serai, lengkuas dan bawang Holland baji. 
Bila dah wangi masukkan tomato, cili padi dan pes Tom Yum. 
Masak sampai naik minyak. 
Dah naik minyak, masukkan air rebusan seafood tadi. 
Biarkan mendidih seketika. 
Masukkan lobak merah, tunggu hingga lobak sedikit lembut, baru dimasukkan ikan goreng, sotong, udang dan lala. 
Perah limau nipis supaya dapat sebatikan rasa. 
Kemudian masukkan cendawan tiram dan santan. Kacau sentiasa supaya santan tidak berketul. 
Cendawan dah sedikit lembut, masukkan daun ketumbar. 
Boleh perasakan dengan garam jika perlu. Saya hanya titis kan setitik sos ikan kerana dah cukup rasa. 
Bolehlah di tutup api dan hidangkan hangat. 




Thursday, 6 May 2021

Butter Tempe & Ikan Bilis





 Resepi by:@kim_kimberly1509 

Bahan-bahan:
1 keping tempe dipotong dan goreng
Sedikit ikan bilis, diperap dengan sedikit jus limau, gaul sebati dan goreng
3 biji cili padi merah
1 ulas bawang putih cincang halus
1/2" halia cincang halus
Daun kari
Mushrooms seasonings 

Goreng tempe dan ikan bilis berasingan sehingga garing, angkat dan toskan minyak, ketepikan. 

Bahan floss telur kuning:
1 biji telur boleh guna 3 biji telur kuning 
Butter dalam +/- 8 sdb

Cara untuk floss kuning telur:
Masukkan butter dalam +/- 4 ~ 8 sdb kedalam kuali, cairkan. 
Sambil sentiasa dikacau dengan cepat, tuangkan kuning telur paras tinggi. Dengan menggunakan tangan yang sebelah lagi dikacau laju. 
Kacau dengan cepat. 
Bila dah menjadi floss, matikan api. 
Toskan minyak kemudian letak atas tisu supaya minyak menyerap. 
Guna lebihan mentega tadi,  kalau banyak keluarkan minyak mentega. 
Masukkan daun kari, bawang putih, halia, cili padi dan tumis sehingga wangi. 
Masukkan mushrooms seasonings, tak perlu dimasukkan garam. 
Masukkan kesemua bahan-bahan yang sudah digoreng tadi, gaulkan rata dengan separuh eggs floss dan separuh lagi ditabur. 
Hidangkan




Ikan Bawal Buttermilk



Resepi by:@kualihelena 
Diolah by:@kim_kimberly1509 
Bahan asal guna ayam saya gantikan dengan ikan, sebab tak suka udang. 
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal putih, kelar dan gaul dengan serbuk rempah kari ikan
1/3 cawan susu cair/fresh milk
1 ulas bawang putih cincang
1" halia cincang
3 biji cili padi merah
1/2 biji bawang holland hiris
3 sdb mentega
1 keping cheesedale, boleh juga guna tepung jagung untuk memekatkan, tapi saya sarankan guna cheesedale licin pinggan dijilat sekali🤭
1/4 sdt serbuk kari ikan
Daun kari
Serbuk lada hitam kisar kasar
Perisa
Garam saya tak masuk sebab cheese dah cukup rasa

Caranya:
Panaskan ikan dan goreng ikan sehingga masak/garing, ketepikan. 
Gunakan kuali menggoreng ikan tadi dan Keluarkan minyak ikan. 
Cairkan mentega, masukkan bawang holland, kacau. 
Masukkan bawang putih dan halia, kacau lagi. 
Kemudian masukkan rempah kari, daun kari dan cili padi, kacau sehingga rempah dan cili masak. 
Masukkan susu, perisa dan serbuk lada hitam, kacau rata. 
Masukkan cheesedale, kacau hingga cair. 
Padamkan api, tuang sos buttermilk atas ikan. 
Hidangkan panas-panas bersama nasi putih. 





Sunday, 25 April 2021

Sotong Kukus Ala Thai





Resepi by:Puan Iza Abu Bakar via kongsiresepi.my 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan:
Sotong, dicuci bersih

Bahan-bahan sos:
3 biji cili padi merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
3 biji limau nipis, ambil jusnya
2 sudu teh sos ikan
2 sudu teh gula perang
Garam secukup rasa
Sedikit daun ketumbar, hiasan 

Caranya:
Sotong dicuci kemudian kelarkan jangan sampai putus, toskan. 
Panaskan periuk pengukus dengan api yang besar. 
Kemudian masukkan sotong dan kukuskan selama 10 minit bagi size yang besar, kalau sotong size kecil tak perlu dikukus selama 10 minit. 
Buangkan air sotong kemudian susun sotong atas pinggan. 
Sementara itu sediakan sos. 
Campur kesemua bahan sos dan kacau sebati. 
Siramkan sos tadi atas sotong dan taburkan daun ketumbar. 
Siap dihidang. 


Thursday, 11 March 2021

Ikan Serai Gaya @vietnamhomecooking





Resepi by:@viethomecooking

Bahan asas menggunakan ayam, saya gantikan dengan ikan. Simple dan sedap, lain kali saya nak guna ayam
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung, cuci dan lumurkan dengan sedikit serbuk kari dan garam

1 batang serai cincang
3 biji cili padi cincang
3 sdb sos ikan, saya guna 1 sdb untuk ikan
2 sdk gula, saya ganti dengan kicap manis
1 sdb serbuk kari
Mushrooms seasonings 
1 sdb minyak

Caranya:
Goreng Ikan sehingga garing dan masak, ketepikan. 
Masukkan 1 sdb minyak dikuali, tumiskan serai, cili padi sehingga serai bertukar warna. 
Masukkan serbuk kari, kacau sehingga serbuk kari masak. 
Masukkan sos ikan dan kicap manis, kacau sebati, tutupkan dalam 1 minit, pastikan mengguna api dapur yang kecil nanti hangit. 
Masukkan ikan dan gaul dengan perlahan-lahan. 
Hidangkan dengan nasi putih.