Monday, 17 May 2021

Tom Yum Pok Tek






Resepi by:Puan Syikin Shahrir via kongsiresepi.my 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan untuk pes Pok Tek Kaw:
Sedikit minyak menumis
5 ulas bawang putih, hiris
1 biji bawang Holland, dikisar halus
1 biji bawang Holland, dihiris
1" lengkuas, diketuk
2 batang serai, diketuk
2 ~ 4 daun limau purut
1 biji tomato, dipotong baji
1 biji limau nipis, ambil jusnya
5 biji cili padi
Sedikit daun ketumbar
1 batang lobak merah
10 keping cendawan tiram
4 sdb pes Tom Yum, jenama ori Thai
1/2 kotak santan Kara

Bahan-bahan untuk lauk:
1 ekor ikan siakap
1 ekor sotong
Boleh tambah udang atau lala

Caranya:
Mula-mula sekali goreng ikan separuh masak. 
Kemudian rebus seafood, masukkan air paras seafood saja. Jangan rebus lama sangat, nanti liat seafood. 
Bila dah mendidih terus padam api. Air rebusan jangan dibuang akan diguna untuk kuah nanti. 
Panaskan minyak menumis, tumis bawang putih dan bawang kisar, tumis hingga naik bau dan garing. 
Ramaskan daun limau purut dan masukkan serai, lengkuas dan bawang Holland baji. 
Bila dah wangi masukkan tomato, cili padi dan pes Tom Yum. 
Masak sampai naik minyak. 
Dah naik minyak, masukkan air rebusan seafood tadi. 
Biarkan mendidih seketika. 
Masukkan lobak merah, tunggu hingga lobak sedikit lembut, baru dimasukkan ikan goreng, sotong, udang dan lala. 
Perah limau nipis supaya dapat sebatikan rasa. 
Kemudian masukkan cendawan tiram dan santan. Kacau sentiasa supaya santan tidak berketul. 
Cendawan dah sedikit lembut, masukkan daun ketumbar. 
Boleh perasakan dengan garam jika perlu. Saya hanya titis kan setitik sos ikan kerana dah cukup rasa. 
Bolehlah di tutup api dan hidangkan hangat. 




No comments:

Post a Comment