Sunday, 23 May 2021

Sambal Hotdogs






Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
4 batang hotdogs potong kecil, goreng dan toskan minyak
1 keping asam keping
Garam
Gula perang
Mushrooms seasonings 
Air sedikit
2 sdb pes bawang putih+halia
8 biji cili kering
1 biji cili padi
6 ulas bawang merah
Minyak menumis

Caranya:
Cuci cili kering dan rebus sehingga lembut. 
Toskan kering airnya. 
Masukkan dikuali bersama bawang merah yang diracik kasar. Sangai sebentar sampai bawang layu, nak letak 1 sdt minyak pun boleh. 
Dah sejuk, blendkan sehingga halus. 
Panaskan minyak dikuali, masukkan bahan blend tumis sehingga cili garing dan masak. 
Masukkan pes bawang putih+halia, kacau sehingga bau mentah hilang. 
Masukkan sedikit air, kacau lagi. 
Masukkan gula perang secukupnya, kacau sehingga gula larut. 
Tambahkan lagi air sedikit, kacau lagi
Masukkan air keping, kacau dan Tambahkan air lagi sedikit. 
Bila dah sebati semua, masukkan hotdogs, garam dan mushrooms seasonings. 
Kacau sebati sehingga rata, rasa dulu. 
Bolehlah di hidangkan. 
Tips: pastikan mengguna api dapur yang kecil semasa menumis. Menumis sambal perlu mengambil masa yang lama sikit, barulah sambal ada umph.... 






No comments:

Post a Comment