Tuesday, 18 May 2021

Bubur Sagu Santan






Resepi by:Puan Nur Aqilah Jufri via rasa.my
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
Sagu, guna 1/3 cawan untuk seorang
Pewarna, jika suka
1 tin susu cair / santan segar / susu segar
2 sdm gula merah
1 ketul gula melaka
1 helai daun pandan
Secubit garam
1/2 tin air
Jagung manis jika suka


Kalau guna gula merah sagu tidak perlu diwarnakan. 

Caranya:
Didihkan air dalam periuk sehingga mengelegak. 
Bila nak dimasukkan dalam air mendidih baru dibasuhkan sagu supaya tidak pecah. 
Masak hingga sagu kembang dan jernih. 
Ceduk sagu dengan penapis dan lalu kan dibawah air bagi membuang lebihan kanji. 
Masukkan kedalam bekas berisi air bersih. Ia penting untuk elak sagu dari melekat. 
Ceduk sagu dan masukkan kedalam bekas, jumlah bekas bergantung pada bilangan warna yang nak diwarnakan. 
Letak pewarna dan kacau sebati, biarkan selama 20 minit. 
Ambil sagu yang diwarnakan tadi, cuci sekali lagi dibawah air mengalir bagi menghilang lebihan warna serta elak susu dari bertukar warna. 
Untuk menyedihkan kuahnya:
Masukkan susu cair, air, gula merah, gula melaka, daun pandan, jagung dan garam kedalam periuk. Masak seketika. 
Sudukan sagu kedalam bekas penghidang dan tuangkan kuahnya. 

Tips:
Pastikan air betul-betul mengelegak baru dimasukkan sagu. 
Jika tidak nanti sagu akan hancur dan larut. 
Elak basuh sagu awal, tunggu bila air mengelegak baru di basuh. 
Kacau sagu setiap 5 minit bagi mengelak sagu dari berketul. 
Apabila sagu sudah jernih, cuci dibawah air mengalir dan masukkan kedalam bekas berisi air supaya tidak melekat. 
Selepas diwarnakan biarkan sagilu dalam 20 minit supaya warna melekat dan cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak berwarna. 
Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu. Jika tidak sagu yang diwarnakan akan melekat pada penapis. 









No comments:

Post a Comment