Showing posts with label Beancurd. Show all posts
Showing posts with label Beancurd. Show all posts

Sunday, 21 November 2021

Tauhu Lembut Sos Ayam Tiram







Resepi by:enakrasadaridapurkim
Bahan-bahan:
1 kotak tauhu lembut potong kecil, rendam dengan air suam
Sedikit isi ayam cincang
2 ulas bawang putih, cincang
1" halia cincang
Sedikit red oil
Hirasan daun bawang dan daun kwtumbar
Minyak menumis

Bahan sos:
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap cair
1 sudu teh mushrooms seasonings 
1/4 sudu teh minyak bijan
Sedikit serbuk lada sulah

Caranya:
Panaskan minyak. 
Masukkan ayam, bawang putih dan halia, tumiskan dalam 5 minit. 
Masukkan bahan sos, kacau segmhingga sebati. 
Masukkan sedikit air dan mushrooms seasonings. 
Kacau sehingga mendidih, masukkan tauhu lembut, kacau perlahan hingga rata. 
Tutup api dan taburkan hirisan daun bawang, daun ketumbar dan red oil. 
Hidang panas. 






Thursday, 9 September 2021

Tauhu Lembut Kukus Sos Tiram





Resepi by:via tumis.my 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
5 keping tauhu lembut
1"halia hiris panjang
6 ulas bawang putih hiris nipis
20gm udang kering, saya guna ikan bilis rendam sekejap
10gm ikan bilis
1 tangkai daun bawang
5 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup, guna secubit
1 sudu besar minyak
Bahan yang saya tambah:
1/2 batang kecil lobak merah dihiris
1 biji cili merah dihiris

Cara membuat sos:
Campurkan sos tiram, lada sulah dan garam, kacau sehingga semua larut dan sebati, ketepikan. 

Goreng udang kering dan ikan bilis tanpa minyak sehingga garing. Kemudian blend hingga halus, ketepikan. 
Goreng halia dan bawang putih yang sudah dihiris berasingan sehingga garing. 

Cara memasak tauhu lembut:
Letak tauhu kedalam mangkuk untuk dikukus. 
Kukus tauhu selama 15 minit. 
Kemudian tuang sos ke dalam mangkuk tauhu dan kukus lagi selama 5 minit. 
Setelah tauhu siap dikukus, taburkan halia, bawang putih, udang kering dan ikan bilis atas tauhu. 
Juga daun bawang yang dihiris. 
Hidangkan semasa masih panas. 





 



Tuesday, 16 February 2021

Tauhu Pok Sumbat Salad



Resepi by:@kim_kimberly1509 

Bahan-bahan:
Tauhu pok, belah bahagian atas dan kukuskan

Sos Mayonis roasted sesame seeds

Bahan-bahan inti, digaul rata:
Kobis ungu hiris halus
Daun kunyit hiris halus
Telur Dadar hiris halus
Bawang goreng jika suka

Caranya:
Sejukkan tauhu pok selepas dikukus. 
Sapukan Mayonis roasted sesame seeds kedalam tauhu pok. 
Sumbatkan bahan-bahan inti. 
Letak dipinggan hidangan. 
Hidangkan dengan tambahan sos jika suka. 


Monday, 11 January 2021

Tempe, Tauhu & Ikan Bilis Tumis Sos Pedas Korea





Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 keping tauhu potong memanjang
1 bungkus tempe potong memanjang
Sedikit ikan bilis, bilaskan
1 paket kecil sos pedas Korea
Minyak menggoreng
Sedikit bijan putih
Sedikit hirisan daun bawang

Caranya:
Panaskan minyak, gorengkan tempe dulu sehingga masak, tak perlu garing sangat. 
Bila dah kekuningan, angkat dan toskan minyak. 
Minyak tadi, goreng pula tauhu sehingga sedikit kekuningan, angkat dan toskan minyak. 
Kalau ada minyak sedikit yang lebih tadi bolehlah menggoreng ikan bilis, kalau tak ada pun tak, goreng ikan bi's tanpa minyak sehingga ikan kering. 
Kemudian masukkan tempe dan Tauhu, kacau rata. 
Kecilkan api, masukkan sos pedas Korea dan gaul sehingga sebati. 
Masukkan bijan putih, gaul rata. 
Padamkan api dan tabur hirisan daun bawang. 
Hidang dengan nasi putih atau pulut tak mengecewakan hidangan ini. 
Tip: tak perlu ditambah garam dan perisa bagi saya dah cukup, tapi terpulang pada tekak masing-masing. 



Sunday, 14 June 2020

Tauhu Bergedil




















Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan:
1 paket tauhu kering, belah dan korek sedikit isi tauhu
Minyak menggoreng

Bahan sumbat/inti:
1 biji ubi kentang direbus dengan kulit hingga empuk, buang kulit dan lenyek
Sedikit hirisan daun sup
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan Lobak merah
Bawang merah goreng
Sedikit isi ayam, dicincang bersama 1 ulas bawang putih, secubit garam dan serbuk lada hitam halus
Lada hitam kasar
Garam
Perisa secukupnya

Bahan salutan, kacau sebati sehingga mendapat adunan yang likat seperti menggoreng pisang. Semasa dimasukkan santan dan air tuang sedikit-sedikit:
Tepung gandum
Santan pekat
Air secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan perisa sedikit (optional kalau sudah masin)

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dan masukkan ayam cincang. 
Kacau sehingga ayam masak, ayam tidak perlu dimasak terlalu lama dan air juga tidak perlu dimasukkan. 
Masukkan ayam cincang yang sudah masak tadi kedalam mangkuk berisi ubi kentang lenyek. 
Gaulkan ayam dan kentang lenyek bersama isi tauhu goreng yang dikorek, hirisan daun bawang, hirisan daun sup, hirisan lobak merah dan bawang goreng. 
Masukkan lada hitam kasar, garam dan perisa secukupnya, kacau sebati. 
Ambil sedikit bahan inti sumbatkan kedalam tauhu yang sudah dibelah dan dikorek isinya. 
Panaskan minyak untuk menggoreng tauhu bergedil. 
Celupkan tauhu kedalam salutan tepung. 

Masukkan kedalam minyak panas, goreng sehingga kekuningan. 
Angkat dan toskan minyak. 
Hidangkan bersama sambal kicap atau cili sos. 


Saturday, 30 May 2020

Tauhu Kukus Berinti Ayam












Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan:
1 bungkus salted beancurds

Bahan inti, gaul sebati:
1 keping kecil isi ayam dicincang
Sedikit bawang putih bahagian hujung dicincang
Lada sulah
Garam
Perisa maggi
Sedikit minyak bijan + minyak bawang putih

Bahan sos:
1 sdb minyak bawang putih
Lada hitam
Kicap cair
Seasonings sos

Cara buat tauhu sumbat:
Potong tauhu ikut suka, korek sedikit isi tauhu.
Baki tauhu yang dikorek boleh diguna untuk masakan lain.
Sumbat kan sedikit inti ayam pada tauhu dan simpan dipetisejuk selama 30 minit.
Lakukan sehingga habis.

Cara memasak sos:
Masukkan minyak bawang putih  dikuali, diikuti dengan kicap cair secukupnya dan lada hitam. 
Nyalakan api dapur, kacau sehingga mendidih, pada kan api. 

Cara mengukus tauhu:
Masukkan sos dipinggan, susun tauhu atas sos. 
Kukus sehingga masak dan hidangkan semasa masih panas. 












Monday, 16 December 2019

Tauhu Kicap Pedas





Fucuk Goreng Cili Thai




Sumber resipi:@wongnai
Bahan-bahan:
120g Fucuk rendam sehingga kembang, toskan air, goreng fucuk sehingga garing, angkat dan ketepikan

Bahan-bahan tumis:
2 sdm minyak
20g halia dicincang halus
15 biji cili padi merah & hijau, diketuk
2 sdm cili paste Thai
1 sdm kicap cair
1 sdm serbuk lada
Daun ketumbar

Caranya:-
Masukkan minyak dikuali.
Masukkan halia dan cili padi, tumis sehingga cili masak.
Masukkan cili paste Thai, kacau sebati.
Masukkan kicap cair, serbuk lada dan fucuk, gaul sebati.
Masukkan daun ketumbar dan hidangkan.

Monday, 2 December 2019

Hot Sizzling Japanese Beancurd With Peanuts





Recipe sourced: Amy Beh via Kuali
Ingredients:-
2 rolls Japanese egg beancurd
3 tbsps cornflour
1/2 tsp pepper
50g minced chicken fillet
50g shelled prawns, diced ~ omitted
3 dried Chinese mushrooms, soaked and diced
1/2 tsp salt
1/2 tsp sugar ~ omitted
1 tbsps Shao Hsing Hua Tiau wine (optional)~omitted
1 tbsp oil
1 tbsp sesame oil
1 tsp chopped garlic
70g braised canned peanuts
1 tbsp chopped chili
1 tbsp chopped spring onion & coriander

Sauce ingredients:-
1 tbsp oyster sauce
1/4 tsp pepper
1/2 tsp sugar~replaced Maggi seasonings
125ml chicken stock~water
1tsp corn flour

Method:-
Combine cornflour and pepper.
Cut beancurd into thick slices, dust with combined mixture.
Deep fry beancurd pieces in hot oil until golden brown.
Drain from oil and set aside.
Marinate chicken, mushrooms and prawns with salt, sugar and wine, if using for at least 20 minutes.
Heat oil and sesame oil in a wok and fry chopped garlic until fragrant.
Add marinated ingredients and stir fry till fragrant.
Add combined sauce ingredients and braised peanuts and pre-fried beancurd.
Place a hot plate over high heat and add 1 tsp sesame oil.
Pour the cooked ingredients into the hot plate.
Sprinkle in chili, spring onion and coriander.

Monday, 25 November 2019

Tauhu Kering Telur Masin






Bahan-bahan:
Tauhu kering
Minyak menggoreng
Daun kari
Cili padi
Bawang putih dicincang halus
Serbuk telur masin Bestari
Margarine

Bahan-bahan salutan:-
Telur dikocok
Tepung beras

Caranya:
Panaskan minyak dikuali.
Goreng tauhu kering yang telah disalutkan dengan telur dan tepung beras.
Goreng sehingga keemasan, angkat dan toskan minyak, ketepikan.
Masukkan margerin sedikit kedalam kuali, tumiskan bawang putih, daun kari dan cili padi.
Masukkan telur masin kacau sehingga sebati.
Padamkan api dan masukkan tauhu kering, pecahkan sedikit.
Gaul sehingga sebati.
Angkat dan hidangkan.



Monday, 4 November 2019

Tofu Telur Gulik-Gulik





















Bahan-bahan:
1 tiub tofu telur, potong dan buat 3 lubang

Bahan-bahan sumbat, digaul sebati:-
Sedikit isi ayam dicincang halus
1/2 ulas bawang putih dicincang halus
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sedikit perisa

Bahan-bahan sos, digaul dengan sedikit air:
Sedikit tepung jagung
Garam secukup rasa

Caranya:-
Sediakan pengukus.
Susun tofu telur di pinggan.
Sumbatkan isi ayam di bahagian berlubang.
Kukus sehingga masak.
Tuangkan bahan-bahan sos dan kukus sebentar.
Hidangkan panas-panas.

Tuesday, 29 October 2019

Tauhu Blackpeppers



Bahan-bahan:-
Tauhu, dipotong dan goreng, toskan
Minyak menggoreng
Sedikit Air
Daun bawang dipotong kecil

Bahan-bahan tumis:-
Bawang besar dihiris
Bawang putih dicincang halus
Sedikit akar ketumbar dicincang halus

Bahan-bahan sos:-
Sos tiram
Kicap cair
Lada hitam, boleh guna serbuk atau biji/sos blackpeppers

Caranya:-
Tauhu digoreng sedikit garing, toskan dan ketepikan.
Masukkan sedikit minyak di kuali.
Tumiskan bawang besar sehingga layu.
Masukkan bawang putih dan akar ketumbar.
Kacau sehingga wangi.
Masukkan bahan-bahan sos, kacau sebati sehingga mendidih.
Tuangkan sedikit air.
Masukkan tauhu, kacau perlahan-lahan sehingga pekat sedikit.
Rasa dulu baru dipadamkan api.
Taburkan hirisan daun bawang dan hidangkan dengan nasi putih.




Sunday, 20 October 2019

Taugeh Cah Tauhu






Tofu Kukus






Bahan-bahan:-
Tofu dibelah dan kukuskan
Hirisan halia goreng, atau boleh dikukus tanpa digoreng
Hirisan cili merah ditumis sebentar, atau boleh dikukus tanpa ditumis
Hirisan daun bawang bahagian hijau

Bahan-bahan sos:-
Kicap cair
Sos tiram
Kicap manis
Sedikit air
Jus perahan limau nipis

Caranya:-
Tofu dibelah dan disusun dipinggan.
Taburkan halia, cili merah dan kukus dalam 10 minit.
Taburkan daun bawang hijau.
Sos:-
Masukkan kicap cair, sos tiram, kicap manis, air dan perahan air limau purut di kuali.
Kacau sehingga sos sedikit pekat.
Padamkan api dan tuangkan atas tofu.
Hidangkan semasa masih panas.