Saturday 30 May 2020

Tauhu Kukus Berinti Ayam












Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan:
1 bungkus salted beancurds

Bahan inti, gaul sebati:
1 keping kecil isi ayam dicincang
Sedikit bawang putih bahagian hujung dicincang
Lada sulah
Garam
Perisa maggi
Sedikit minyak bijan + minyak bawang putih

Bahan sos:
1 sdb minyak bawang putih
Lada hitam
Kicap cair
Seasonings sos

Cara buat tauhu sumbat:
Potong tauhu ikut suka, korek sedikit isi tauhu.
Baki tauhu yang dikorek boleh diguna untuk masakan lain.
Sumbat kan sedikit inti ayam pada tauhu dan simpan dipetisejuk selama 30 minit.
Lakukan sehingga habis.

Cara memasak sos:
Masukkan minyak bawang putih  dikuali, diikuti dengan kicap cair secukupnya dan lada hitam. 
Nyalakan api dapur, kacau sehingga mendidih, pada kan api. 

Cara mengukus tauhu:
Masukkan sos dipinggan, susun tauhu atas sos. 
Kukus sehingga masak dan hidangkan semasa masih panas. 












No comments:

Post a Comment