Sunday 27 September 2015

Roti Puri






Sumber resipi: Mat Gebu @ Adnan Ibrahim
Roti Puri
Bahan-bahan:
1 cawan tepung atta
1 cawan tepung gandum
1 cawan air suam*
1/4 camca teh rata garam* (*disatukan dan kacau rata)
Minyak untuk menggoreng terendam

Caranya:
Satukan tepung atta dan tepung gandum dalam mangkuk.  Gaul hingga rata dan buat lubang di bahagian tengah tepung.
Masukkan air suam bergaram sedikit demi sedikit sambil digaul dengan tepung, tambah lagi air dan adun hingga mendapat doh yang tidak melekat di mangkuk adunan (Che Mat guna 1 cawan air suam, tu tak habis).
Bulatkan doh, tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembabkan, rehatkan 1 jam.
Bahagikan doh kepada 12 bahagian, bulatkan.  Panaskan minyak dalam kuali.
Tabur tepung pada papan pencanai.  Ambil sebiji doh, leperkan sedikit dan canai dengan torak sehingga nipis.
Kemudian masukkan ke dalam kuali.  Siramkan dengan minyak panas.
Bila roti puri mula mengelembung, balikkan dan masak beberapa saat.
Bila keemasan, terus angkat dan toskan.
Buat kaedah sama dengan baki doh hingga siap.
Hidangkan bersama kuah dhal.

Kuah Dhal
Bahan-bahan:
1/2 cawan kacang dhal, cuci dan rendam 2 jam
3 tangkat cili kering, kerat pendek, cuci bersih, toskan dan lap kering dengan tisu dapur
1 tangkai daun kari
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh biji sawi
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 biji kentang, kupas dan potong dadu
2 tangkai kacang panjang, kerat pendek
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 kiub pati ikan bilis (optional)

Caranya:
Rebus kacang dhal dan kentang sehingga empuk, tambah air jika perlu.
Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar halus dengan sedikit minyak hingga harum.
Masukkan ke dalam periuk berisi kacang dhal dan kentang tadi.
Kacau rata dan masukkan kacang panjang, masak hingga mendidih.
Panaskan 3 camca besar minyak, goreng cili kering hingga wangi, angkat dan masukkan ke dalam periuk dhal.
Kemudian goreng pula biji sawi, jintan halus dan daun kari hingga wangi.
Tuang kesemuanya ke dalam periuk dhal, kacau dan tambah serbuk kunyit.
Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
Jika pekat tambah sedikit air.  Kacau rata dan masak sekejap lagi.
Rasa dan jika ok boleh dimatikan api.
Hidangkan bersama roti puri.  Kim cicah bersama kentang masala, malas nak masak kuah dhal tapi lagi kali nak cuba dengan kuah dhal pulak.  Roti puri sedap di makan semasa hangat.

Cucur Badak


Resipi: Enak Rasa Dari Dapur Kim
Bahan-bahan:
Ubi Keledek, di rebus sehingga empuk dan lenyekkan
Tepung gandum / tepung kek (jangan terlalu banyak)
1 sudu besar tepung ubi
Sedikit garam

Caranya:
Ubi keledek setelah empuk, toskan air dan lenyekkan.
Masukkan tepung ubi dan garam, gaul rata.
Masukkan secukup tepung gandum ke dalam adunan sehingga menjadi doh dan tak melekat di tepi mangkuk. Ketepikan.

Setelah inti masak dan sejuk, ambil sejemput adunan dan leperkan di tapak tangan, masukkan inti dan tutup dengan kemas.
Letak di pinggan yang telah ditabur sedikit tepung supaya tidak melekat.
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.

Inti untuk cucur:
Kelapa putih
Serbuk kunyit
Serai *, bahan-bahan * dihiris dan tumbuk
Bawang merah *
Bawang putih *
Sedikit cili merah *
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam secukup
Gula perang sedikit (optional)

Caranya:
Masukkan minyak sedikit dan tumiskan bahan-bahan rempah yang telah ditumbuk sehingga layu dan masukkan serbuk kunyit. Kacau sebati.
Masukkan kelapa, kacau rata.  Masukkan garam dan gula secukupnya dan sedikit air.
Masak sehingga inti menjadi kering.  Angkat dan sejukkan.





Kuih Keria
























Recipe sourced: Mamafami.blogspot
Kuih
Ingredients:
250g sweet potatoes
1 tablespoon tapioca flour
70g flour ( I used cake flour )
1/2 teaspoon salt

Method:
Clean the sweet potatoes and cut into big chucks.  Place in a pot with enough water.  Boil till soft.  Mash the sweet potatoes.
Add tapioca flour, flour and salt into the mashed potatoes.  Stir to mix till you get a soft texture.
Take some dough, make into a ball, flatten it and make a hole in the middle (the end product should look like a donut).
Arrange the shaped dough onto the air fryer basket and air fry for 20 minutes on 160C.
Flip over the sweet potatoes ring after 10 minutes.
Once done, set aside and prepare the coating syrup.

Coating Syrup
Ingredients:
70g granulated sugar
3 tablespoon water

Method:
In a heavy skillet, add sugar and water.  Bring to boil.
Once bubbly, add in the air fried sweet potatoes rings,  Stir to mix.
When the rings are coated thoroughly, remove from heat but do not stop stirring.
The kuih is ready once the sugar is dried up.


Wednesday 16 September 2015

Popia Pedas Cheese dan Kacang Tanah















Resipi: EnakRasaDariDapurKim
Bahan-bahan:
Kulit popia secukupnya, gulung dan gamkan dengan bancuhan tepung + air; digoreng kekuningan dan toskan
Kacang tanah boleh digoreng tanpa minyak atau minyak
Bawang merah dimayang, digoreng kekuningan (jangan hangus nanti tak sedap); jangan guna yang dalam peket
Bawang putih dimayang, digoreng kekuningan
Halia dihiris, digoreng kekuningan
Cheese parmesan
Garam secukup rasa
Gula perang
Cili kering yang telah diblend halus

Caranya:
Masukkan sedikit minyak di kuali, tumiskan cili kering yang telah dikisar halus.
Setelah cili naik bau, masukkan gula perang dan garam (pastikan garam tidak berlalu banyak yer sebab nak dimasukkan cheese) dan masak sehingga terbit minyak, masukkan popia dan kacang tanah, kacau rata.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah digoreng tadi, kacau sebati.
Padamkan api, angkat dan sejukkan.  (Kalau masih panas sedikit nak masukkan cheese pun boleh, bila cheese dah cair dan bersalut dengan rempah walla..., kena buat baru tau)
Setelah sejuk masukkan cheese parmesan, kacau sebati.
Angkat dan simpan dibalang kedap udara.

Sunday 13 September 2015

Cempedak Goreng Rangup


Resipi: Kim

Bahan-bahan:
Cempedak
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan salutan, diperap sebentar sehingga berbuih:
Tepung beras
Sedikit serbuk penaik
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup
Secubit gula
Air Sejuk
Jus limau kasturi dari 1 biji

Caranya:
Ambil cempedak, masukkan kedalam bancuhan tepung. Celupkan dan masukkan pada minyak yang telah dipanaskan.
Goreng sehingga kekuningan dan toskan minyak.

Nasi Pulao dan Ayam Goreng Jawa






















Sumber: AzlitaMasamManis.com
Resipi oleh: Shahida / Dikongsi: Noraida Durani; Rujukan: Masak Apa Hari Ini
Bahan-bahan:
2 cawan beras basmathi - direndam sebentar hingga lembut, cuci bersih dan toskan.
1/2 senduk minyak masak
1 sudu makan minyak sapi
2 biji bawang besar - dimayang halus
2 biji tomato - dicincang atau dipotong kiub kecil
1" halia - diketuk atau dihiris atau ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1/3 sudu teh serbuk lada hitam atau lada hitam biji ditumbuk
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk menanak nasi (air untuk menanak nasi beriani dilebihkan dari sukatan nasi biasa)
1 helai daun pandan disimpul
2 helai daun bay (Kim tambah)
Kismis dan bawang goreng untuk hiasan (Kim letak hirisan daun ketumbar dan daun bawang)

Caranya:
Panaskan minyak sapi dan minyak masak ke dalam periuk nasi.  Tumiskan bawang besar hingga garing.
Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, biji pelaga, halia dan tomato, Masakk hingga tomato layur.  Tambahkan lada hitam dan serbuk jintan manis, masak hingga harum.
Tambahkan air, kiub pati ayam dan garam secukup rasa.
*Air jika memasak menggunakan beras basmathi, airnya kena lebihkan dari sukatan nasi biasa dan beras kena rendam dahulu kalau tidak nasi keras nanti.
Tutup periuk dan biar didih.  Masukkan beras, daun pandan dan daun bay.
Tutup periuk dan biarkan nasi di tanak sempurna.
Sesekali kacau nasi dengan chopstik supaya nasi tak patah.
Bila nasi dan masak, hidangkan dengan taburan kismi dan bawang goreng.



Ayam Goreng Jawa
Resipi oleh: Noraida Durani / Rujukkan: Masak Apa Hari Ini / Sumber : Azlita MasamManis
Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 1/2 cawan santan pekat
2 keping asam keping
sedikit gula kabung atau gula melaka atau gula merah
garam secukup rasa

Bahan kisar:
1" halia
1" lengkuas
2" kunyit hidup
1 batang serai
1 sudu masak ketumbar (Lain kali nak guna ketumbar biji)
2 biji buah keras
7 ulas bawang kecil

Caranya:
Masukkan ayam ke dalam periuk atau kuali besar.
Masukkan rempah atau bahan yang telah dikisar halus.
Masukkan santan pekat.
Masukkan asam keping.
Masukkan garam.
Gaul rata.
Panaskan atas dapur hingga kuahnya pekat.
Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
Bahagikan 2 ayam ini, separuh goreng dan separuh lagi biarkan ia berkuah untuk dimakan bersama nasi.
Ayam yang dah kering kuahnya anda ambil dan goreng dalam minyak secara terendam.  Nota Kim :Jangan digoreng terlalu lama (nanti kering ayam) cukup sekadar ayam menjadi sedikit berwarna coklat.
Angkat dan toskan minyaknya.

Sup Tulang Ayam Jus Kasturi
Resipi: Kim













Bahan-bahan:
Tulang ayam dibersihkan
Air secukupnya
Rempah sup
Cili padi diketuk
Lobak merah dipotong
Ubi kentang dipotong
Hirisan halia
Bawang putih diketuk
Garam secukup rasa
Kiub pati ayam

Jus limau kasturi secukupnya
Hirisan daun ketumbar / daun bawang untuk taburan

Caranya:
Masukkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali jus limau kasturi.
Masak sehingga tulang dan sayuran empuk.
Masukkan garam secukup rasa.
Setelah masak padamkan air, masukkan jus limau kasturi.
Rasa semula garam jika perlu tambah begitu juga dengan limau kasturi harus ada rasa yang seimbang.
Hidangkan dengan bahan taburan.

Ayam Ketuk-Ketuk



Resipi: Sheila Rusly Ketuk-Ketuk Ramadan, masakan ini lebih kurang macam Kam Heong Chicken
Bahan-bahan yang digaul bersama:
1/2 ekor ayam
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bijan

Bahan-bahan tumisan:
10gm udang kering
2 ulas bawang putih
8 biji bawang merah
10 biji cili padi
3 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
5 tangkai daun kari

Caranya:
Ayam dipotong kecil-kecil dan dibersihkan.
Gaul ayam bersama kicap cair, sos tiram, tepung jagung dan minyak bijan di dalam sebuah mangkuk besar.
Gaul hingga rata dan perap ayam seketika selama 15 minit.
Setelah itu, goreng ayam yang diperap tadi dalam minyak panas dan tuskan.
Sementara itu, hiris bawang merah dan cili padi.
Bawang putih dicincang halus.
Tumiskan bahan ini bersama udang kering, daun kari, serbuk kari, sos tiram, kicap cair dan kicap pekat menggunakkan bekas minyak gorengan ayam tadi.
Setelah pecah minyak dan naik bau, masukkan ayam goreng (Kim menggunakan sedikit minyak gorengan ayam dan menumis lama sikit dengan api yang perlahan), bubuh garam dan gula secukup rasa.
Kacau sehingga semua bahan masak rata.

Tuesday 1 September 2015

Apam Balik Nyonya



Resipi: Enak Rasa Dari Dapur Kim

Bahan-bahan:
Tepung gandum
Telur
Secubit garam
Santan pekat

Gula melaka *
Gula perang *
Air * ~ dimasak sehingga gula larut dan biarkan sejuk dulu

Sedikit margerine
Daun pandan
Acuan apam atau kuali non stick yang kecil

Caranya
Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam blender, blend sehingga halus.
Tapiskan.
Sapukan margerine pada acuan apam, biarkan panas.
Masukkan lebih kurang 1 sudu besar adunan dalam acuan, biarkan sebentar, kemudian ditutup sehingga masak.  Setelah masak, dilipat dua dan angkat. Tidak perlu diterbalikkan.
Kuih yang masak tidak melekit pada permukaannya.

Roti Jala Tanpa Santan / Susu dan Kari Ayam Pekat








































Resipi: Suriati Ramli / Sumber Resipi: AzlitaMasamManis.com

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
2 biji telur Gred A
1/2 cawan minyak masak
secubit garam
sedikit pewarna kuning telur

Mentega untuk digris pada kuali leper
Daun pandan sebagai alat untuk meratakan mentega
Acuan roti jala

Caranya:
Satukan semua bahan di atas dan kacau rata.
Masukkan dalam mesin pengisar / blender dan kisar halus, kemudian tapis.
Adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

Panaskan kuali leper atas dapur hingga betul-betul panas (guna api sederhana), ini supaya roti yang di kirai tidak melekat dan mudah di angkat.
Bila dah panas barulah sapukan mentega dengan menggunakan daun pandan.
Masukkan adunan dalam acuan roti jala dan kirai dalam bulatan kecil-kecil secara berterusan hingga menjadi bulatan yang besar.  Anggaran 6".
Tunggu hingga permukaan atas kering, ini bermakna dah masaklah.  Tak perlu dibalikkan.
Terus angkat dan lipat, terpulang kalau suka lipat boleh boleh bentuk 3/4 bulatan atau boleh gulung seperti menggulung kuih dadar.
Ulangi proses yang sama hingga habis.

Kari Ayam Pekat:
Bahan-bahan:
Ayam dipotong kecil
Minyak sedikit
1 labu bawang besar, dimayang
Daun kari
Sedikit biji sawi
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Serbuk lada putih *
Serbuk cili *
Serbuk kari *
Sedikit serbuk ketumbar *
Sedikit serbuk kunyit * ~ bahan-bahan bertanda * disebatikan dengan sedikit air
Pes halia/bawang putih
Garam
Ubi Kentang, jika suka
Santan cair
Santan pekat

Caranya:
Panaskan sedikit minyak di kuali, tumiskan bawang dimayang, daun kari, biji sawi, kulit kayu manis dan bunga cengkih selama 5 minit sehingga harum.
Masukkan bahan-bahan rempah serbuk, pes halia/bawang putih, ubi kentang dan air sedikit.
Tutup dan biarkan sebentar.  Kacau dan masukkan ayam bersama santan cair. Tutup semula dan masak dengan api yang perlahan, sesekali di kacau supaya tidak hangit.
Setelah ayam dan ubi empuk, masukkan santan pekat dan padamkan api setelah santan mendidih.