Sunday 27 September 2015

Roti Puri






Sumber resipi: Mat Gebu @ Adnan Ibrahim
Roti Puri
Bahan-bahan:
1 cawan tepung atta
1 cawan tepung gandum
1 cawan air suam*
1/4 camca teh rata garam* (*disatukan dan kacau rata)
Minyak untuk menggoreng terendam

Caranya:
Satukan tepung atta dan tepung gandum dalam mangkuk.  Gaul hingga rata dan buat lubang di bahagian tengah tepung.
Masukkan air suam bergaram sedikit demi sedikit sambil digaul dengan tepung, tambah lagi air dan adun hingga mendapat doh yang tidak melekat di mangkuk adunan (Che Mat guna 1 cawan air suam, tu tak habis).
Bulatkan doh, tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembabkan, rehatkan 1 jam.
Bahagikan doh kepada 12 bahagian, bulatkan.  Panaskan minyak dalam kuali.
Tabur tepung pada papan pencanai.  Ambil sebiji doh, leperkan sedikit dan canai dengan torak sehingga nipis.
Kemudian masukkan ke dalam kuali.  Siramkan dengan minyak panas.
Bila roti puri mula mengelembung, balikkan dan masak beberapa saat.
Bila keemasan, terus angkat dan toskan.
Buat kaedah sama dengan baki doh hingga siap.
Hidangkan bersama kuah dhal.

Kuah Dhal
Bahan-bahan:
1/2 cawan kacang dhal, cuci dan rendam 2 jam
3 tangkat cili kering, kerat pendek, cuci bersih, toskan dan lap kering dengan tisu dapur
1 tangkai daun kari
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh biji sawi
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 biji kentang, kupas dan potong dadu
2 tangkai kacang panjang, kerat pendek
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 kiub pati ikan bilis (optional)

Caranya:
Rebus kacang dhal dan kentang sehingga empuk, tambah air jika perlu.
Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar halus dengan sedikit minyak hingga harum.
Masukkan ke dalam periuk berisi kacang dhal dan kentang tadi.
Kacau rata dan masukkan kacang panjang, masak hingga mendidih.
Panaskan 3 camca besar minyak, goreng cili kering hingga wangi, angkat dan masukkan ke dalam periuk dhal.
Kemudian goreng pula biji sawi, jintan halus dan daun kari hingga wangi.
Tuang kesemuanya ke dalam periuk dhal, kacau dan tambah serbuk kunyit.
Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
Jika pekat tambah sedikit air.  Kacau rata dan masak sekejap lagi.
Rasa dan jika ok boleh dimatikan api.
Hidangkan bersama roti puri.  Kim cicah bersama kentang masala, malas nak masak kuah dhal tapi lagi kali nak cuba dengan kuah dhal pulak.  Roti puri sedap di makan semasa hangat.

No comments:

Post a Comment