Resepi by:@kim_kimberly1509
Tak pedas sesuai untuk saya yang sedang sakit. Goreng sebiji telur mata dan makan dengan nasi putih, phew... nikmatnya.... Tak payah tumis sayur lagi, kalau suka boleh dimasukkan terung.
Bahan-bahan:
Kepala ikan bawal hitam
1 biji tomato potong 4
3 batang kacang panjang, dipotong
Sedikit daun kari
1/2 biji bawang besar dicincang
Minyak menumis
Air asam jawa
Air biasa
Garam dan perisa
1/4 sdt biji halba campuran
1/4 sdt serbuk kunyit
2 ~ 3 sdb serbuk kari ikan
Bahan-bahan diblend:
1 biji cili merah, belah buang biji
1 biji bawang besar saiz sedang
3 ulas bawang putih
1" halia
Caranya:
Panaskan minyak.
Masukkan halba campuran dan goreng selama 1 minit, jangan lama nanti pahit.
Masukkan bawang besar cincang dan daun kari, kacau sehingga layu.
Masukkan bahan blend dan tambahkan minyak sedikit goreng sehingga garing.
Masukkan serbuk kunyit dan serbuk kari ikan. Serbuk kari ikan bergantung pada air, kalau kuah banyak lebihkan serbuk kari ikan.
Masukkan sedikit air sedikit demi sedikit.
Kacau sebati dan tambahkan air lagi secukupnya.
Masukkan tomato dan kacang panjang, kacau sehingga mendidih.
Masukkan ikan, garam dan perisa secukupnya.
Terbalikkan ikan.
Masukkan air asam jawa dan rasa dulu. Kalau kurang masam perahkan lagi asam jawa yang pekat.
Masak sehingga kuah mendidih.
Angkat dan hidangkan dengan nasi putih.
No comments:
Post a Comment