Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
Nasi semalaman
2 tangkai daun kari
1/2 biji bawang besar cincang/potong dadu
1/4 sdt biji halba
1/4 garam masala
Cili kisar ikut kepedasan
2 tangkai kacang panjang potong kecil
2 sdb minyak sapi
2 titis kicap manis
Garam secukup rasa
Caranya:
Cairkan minyak sapi dan panaskan.
Masukkan bawang besar tumis hingga harum dan layu.
Masukkan daun kari dan Kacang Panjang, kacau selama 2 minit.
Masukkan serbuk masala dan cili kisar, kacau sebati.
Masukkan biji halba dan kacau lagi, jangan tumis terlalu lama, tumis 1 minit dah cukup.
Titiskan kicap manis sebagai pewarna, kacau lagi sehingga sebati.
Masukkan nasi dan garam secukup rasa.
Kacau sehingga nasi goreng kering.
Angkat dan hidangkan, bau harum semerbak tak sedar sepinggan tak cukup.
Pastikan guna minyak sapi baru lebih kaw rasa nasi Goreng.
No comments:
Post a Comment