Resipi: RosJintanManis
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikarbonat soda ( Lain kali Kim hendak guna 1/2 sudu teh saja )
1 cawan gula halus ( Kim guna kurang sedikit / tidak penuh 1 cawan )
3 biji pisang yang telah dilenyek ( Kim guna 5 biji pisang emas yang sedikit kecik )
1/2 cawan minyak masak ( Kim guna Minyak Jagung )
Esen vanila beberapa titik
2 biji telur ( Kim guna telur saiz C )
Caranya:
Ayak tepung gandum, soda bikarbonate dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven ke 180C.
Kemudian putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.
Akhir sekali baru dimasukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180C selama 40 minit dan satu jam. ( Kim bakar dalam 30 minit saja ).
Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan.
(Nota: Kena kurangkan soda bikarbonat kerana 1 sudu teh terasa sodanya, pada pendapat Kim resipi I lebih sedap dari yang ini. Walaupun lembut tetapi terasa sodanya. walau bagaimana pun resipi ini mudah dibuat, maksud Kim tidak leceh sangat dan semerbak baunya. )
No comments:
Post a Comment