Resipi: Chef Zubaidah / Source: e-na lovely kitchen / Ummi Zawiyah
Bahan-bahan:
Loyang 20cm
2 biji telur ( +/- 130g ) ( Kim guna 3 biji telur saiz C )
90g serbuk koko ( Kim guna serbuk koko hitam )
200g sus pekat manis
200ml susu cair / fresh milk
100g gula halus
200ml minyak jagung / minyak masak
240g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh esen vanila ( optional )
200ml air panas
Caranya:
Sapukan sedikit margerin pada loyang, alas loyang dengan baking sheet. Ketepikan.
( Kim sapukan margerin pada loyang kemudian ditaburkan tepung pada permukaan loyang ).
Ayak tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonate dan serbuk koko, ketepikan.
Pukul telur dan gula dengan menggunakan whisker sehingga hancur.
Masukkan esen vanila, fresh milk, susu pekat manis dan minyak. Kacau sebati.
Kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi sambil dikacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.
Bakar dengan suhu 160C selama 60 minit atau sehingga kek masak.
Sejukkan kek di atas redai.
Siram dengan coklat ganache. Boleh dihias mengikut citarasa anda.
Topping Coklat Ganache - source: Nadz
Bahan-bahan:
200g coklat masakan ( boleh mengguna coklat Meiji )
150ml whipping cream
1 sudu besar butter
Caranya:
Panaskan whipping cream secara double boiler dengan api sederhana.
Bila hampir mendidih tutup api dan masukkan coklat masakan yang telah dipotong kecil.
Kacau sehingga cair sepenuhnya.
Masukkan butter dan kacau sebati.
Tuang ke atas kek dan boleh dihias mengikut citarasa sendiri.
Kim tidak meletak topping sebelum sejuk anakbuah dah mintak dipotong. Kek ini sungguh lembab dan boleh jugak dikukus dengan cara dan bahan yang sama. Tak rugi mencuba, cubalah pasti akan membuat lagi dan satu hiris tak cukup. Terima kasih kepada empunya resipi kerna sudi berkongsi.
No comments:
Post a Comment