Saturday 26 May 2012

Ayam Sos Tiram







Bahan-bahan:
Ayam dibuang lemak dan kulit, dipotong kecil
Ubi kentang digoreng sebentar
Tomato dipotong 6
Cili merah dipotong serong
Cili hijau dipotong serong

Bahan-bahan tumis:
Serai diketuk
Daun kunyit disiat kasar
Bawang putih dicincang kasar

Sos tiram
Air sedikit
Garam (jika perlu)
Honey (optional)
Sedikit minyak untuk menumis

Caranya:
Panaskan minyak sedikit.  Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis sehingga rempah berbau wangi. Masukkan ayam dan ubi kentang dan kacau sehingga ayam bertukar warna. 
Masukkan sos tiram dan air sedikit, kacau sekali sekala sehingga ayam dan ubi kentang empuk.
Rasakan garam jika perlu masukkan sedikit.  
Selepas itu masukkan tomato, cili merah dan hijau dikacau sehingga masak.
Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih 

No comments:

Post a Comment