Bahan-bahan:
Ayam dibersih dan dipotong kecil
Santan secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis rempah
Tomato yang besar 1 biji - dipotong kuib
Bahan-bahan rempah diblend halus:
Cili merah
Cili api sedikit
Bawang putih
Bawang merah kecil
Kunyit sedikit
Serai 1 batang
Air sedikit - diblend bahan-bahan diatas kemudian tapiskan air dan ketepikan
Daun limau purut - disiat kasar (Pastikan lebihkan daun limau purut jika kurang namanya bukanlah gulai ayam limau purut)
Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali, tumiskan rempah yang telah diblend sehingga garing dan harum.
Kemudian dimasukkan ayam dan tomato dibiarkan sebentar, kacau sebati. Masukkan garam secukupnya.
Masukkan air dan santan dibiarkan sehingga kuah menjadi pekat dan ayam empuk.
Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih.
No comments:
Post a Comment