Bahan-bahan:
Beras basmathi - dicuci bersih dan rendamkan dalam 20 minit
Santan mengikut sukatan beras
Garam secukup rasa
sedikit chicken cube
Minyak sapi
Kismis
Bahan rempah:
Serbuk kunyit
kayu manis
cengkih
bunga lawang
pelaga
Serai diketuk
Bawang merah besar dimayang halus
Halia sedikit dihiris halus
Caranya:
Tumiskan bahan rempah 4 sekawan, masukkan serai dan kacau sebentar.
Masukkan bawang merah dan tumis sehingga wangi kemudian dimasukkan halia dan kacau sebati.
Masukkan beras, garam, kismis, chicken kiub dan dikacau sehingga sebati.
Masukkan santan dan tanakkan nasi sehingga masak.
Setelah air kering dan nasi masak, masukkan 1 sudu besar minyak sapi dan dikacau pada nasi.
No comments:
Post a Comment