Bahan-bahan diperap selama 30 minit ~ 1 jam, gaul sebati:-
Kepak ayam
Kepala Udang
Bebola Ayam
Serbuk lada sulah
Sos ikan secukupnya
Tae Pee Tempura Batter Mix Flour secukupnya, salutan
Minyak menggoreng
1 batang serai diketuk dan hiris panjang
Daun limau purut disiat
Caranya:
Bebola ayam:
Cincang isi ayam, masukkan sedikit tepung ubi, serbuk penaik dan sedikit sos ikan dan Maggi Seasoning.
Gaul sebati, simpan dipeti sejuk selama 30 minit.
Keluarkan dari peti sejuk dan bentukkan bebola.
Sediakan minyak dikuali, goreng kepak ayam yang telah disalut dengan Tempura Batter Mix Flour sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Goreng bebola ayam sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Dengan minyak yang sama goreng kepala udang yang telah disalutkan dengan Tempura Batter Mix Flour sehingga bertukar warna, angkat dan toskan minyak.
Masukkan sedikit minyak dikuali, goreng serai dan daun limau purut sehingga wangi.
Masukkan kepak ayam, bebola ayam dan kepala udang, gaul sebati.
Matikan api dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment