Thursday 6 October 2016

Jejari Tempe Rangup Berempah
















Sumber resipi: intai-intaidapurfha.blogspot.my
Bahan-bahan A:
Minyak secukupnya untuk menggoreng tenggelam
2 keping tempe (dipotong nipis memanjang)

Bahan-bahan B:
3 camca besar tepung sagu
3 camca besar tepung beras
1 biji kuning telur
1/4 camca teh serbuk kunyit
1/4 camca teh perencah "secukup rasa" ~ ganti dengan onion salt
1/4 sudu teh baking powder
sedikit garam
sedikit air

Bahan-bahan C, diblend halus:
1/2 camca teh biji ketumbar
1/2 camca teh biji lada putih
1/2 camca teh biji jintan manis
1/2 camca teh biji jintan putih
1 biji cili padi merah
sedikit air (sedikit sahaja sekadar nak memastikan boleh diblend hancur)

Caranya:
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng tempe sekejap sekadar nak menggeringkan sedikit air dalam tempe.
Jangan terlalu lama kerana kita akan menggoreng kembali tempe apabila kita salut dengan adunan tepung.
Angkat dan toskan minyaknya.
Dalam mangkuk adunan satukan kesemua bahan B (kecuali air) dan bahan C.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga kita mendapat kelikatan seperti goreng pisang.
Sebatikan adunan.
Pastikan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
Panaskan minyak kembali dan apabila minyak telah panas, celup tempe yang telah digoreng tadi kedalam adunan dan goreng.
Pastikan jangan terlalu banyak sekadar penuh kuali dan mencukupi kerana kita tidak mahu suhu minyak turun mendadak.
Apabila agak tepung sudah masak dan rangup bolehlah di angkat dan toskan atas kertas serap minyak.

No comments:

Post a Comment