Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, dibersih dan buang segala lemak dan kulit
1 batang Serai dititik
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Santan dari 1/2 biji kelapa
Air dari tapisan bahan-bahan blend
Kerisik secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1/2 paket Rendang Mix Baba's dibancuh dengan sedikit air
Bahan-bahan diblend halus dengan air dan tapiskan:
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas sedikit
Kunyit sedikit
Halia sedikit
3 batang Serai
Caranya:
Panaskan minyak, masukkan serai titik, daun limau purut dan kunyit, tumiskan sebentar dan masukkan bahan-bahan yang diblend dan tumis sehingga garing dan wangi. Masukkan rempah rendang mix dan kacau sehingga rata dan sebati.
Masukkan ayam dan kacau sehingga sebati dan ayam bertukar warna. Masukkan air tapisan blend dan kacau lagi.
Masukkan santan dan biarkan rendidih dan sekali-sekala hendaklah dikacau supaya tidak hangus.
Masukkan garam dan apabila ayam empuk dan hampir kering bolehlah dimasukkan kerisik. Kacau sehingga sebati dalam 5 minit dan bolehlah diangkat.
No comments:
Post a Comment