Sumber : Kak Jee
Bahan-bahan:
300g tepung gandum *
4 sudu besar tepung jagung *
3 sudu besar gula aising )
200g butter beku
2 kuning telur
Secubit garam, jika menggunakan unsalted butter
Inti: Jem nenas ( Boleh dibeli dan gaulkan dengan dua sudu besar butter, gaul sampai sebati, ini akan melembutkan jem nenas )
Atau
Inti yang dimasak sendiri:
250g nenas yang telah disagat
150g gula pasir
1 sudu besar jus lemon
Caranya:
Masakkan nenas sampai agak-agak pekat baru bubuh gula......masak lagi sampai pekat, jika suka boleh masukkan tepung jagung sikit untuk memekatkan.
Caranya:
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula aising ke dalam bekas.
Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Masukkan garam.
Ramas tepung dengan butter guna hujung jari sehingga berderai (rub-in method).
Kemudian masukkan telur dan satukan menjadi doh.
Simpan dalam 20 minit dalam peti ais.
Canaikan menjadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter.
Bakarlah sampai masak lebihkurang 25 minit. Guna suhu kepanasan 150C - 175C (bergantung kepada oven memasing).
No comments:
Post a Comment