Bahan-bahan:
Mee siput - dicelurkan sehingga lembut
Sawi dipotong panjang
Tauhu kering dipotong panjang
Cili merah dihiris panjang
Cili kuning dihiris panjang
Taugeh
Sedikit isi ayam / udang / sotong (Ikut kesukaan memasing)
Bahan-bahan tumis:
Bawang putih dicincang halus
Halia muda dihiris
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan-bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tiram
Sos ikan
Sedikit kuib maggi perisa ayam
Lada sulah
Sedikit air
Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang putih sehingga berbau harum, masukkan halia yang dihiris dan kacau sebati.
Masukkan isi ayam dan tumiskan sehingga rata, masukkan bahan-bahan sos, kacau sehingga rata.
Masukkan sawi, cili merah dan kuning, dikacaukan sehingga layu. Masukkan sedikit air dan kacau.
Masukkan mee siput dan gaulkan sehingga rata. Rasakan garam jika kurang bolehlah dimasukkan sedikit.
Akhir sekali sebelum diangkat masukkan taugeh.
Kacau sehingga sebati, angkat dan hidangkan
No comments:
Post a Comment