Bahan-bahan:-
1 keping ayam berkulit, lumurkan dengan sedikit serbuk kunyit, perapkan sebentar
Air rebusan ayam untuk ayam dan nasi:-
Sedikit Knorr Chicken Stock
Garam
2 seketul gula batu saiz kecil
Daun bawang bahagian putih
Bawang putih diketuk
Halia dihiris / diketuk
Caranya:-
Masukkan kesemua bahan air rebusan dalam periuk yang besar.
Setelah mendidih masukkaan dan angkat ayam dan masukkan semula ayam kedalam air rebusan.
Lakukan sebanyak 3 kali. Kalau menggunakan seekor ayam ikat dengan tali supaya mudah untuk diangkat dan ditenggelamkan semula kedalam air rebusan.
Kemudian baru dimasukkan kedalam air rebusan tanpa diangkat, gunakan api yang kecil.
Masak sehingga ayam empuk, angkat dan toskan air.
Lumurkan ayam dengan sedikit minyak bijan, sejukkan dulu baru dipotong ayam.
Supaya ayam ditidak berderai bila dipotong.
Sos cili, diblend halus, sebatikan:-
2 biji cili padi
1 biji cili merah masak buang biji
2 ~ 3 ulas bawang putih
1/2" halia
Setitik minyak bijan
Air rebusan ayam sedikit, kalau boleh dengan minyak ayam dipermukaan air rebusan
1/2 limau nipis, ambil jus
Garam
Gula
No comments:
Post a Comment