Bahan-bahan:-
1/2 bawang besar Holland
3 ulas bawang putih diketuk
2 batang serai diketuk
Cili padi diketuk (pedas ikut suka) ~ saya guna 3 biji cili padi hijau dan 3 biji cili padi merah
Akar Ketumbar
2 ~ 3 sudu besar pes tom yam
3 biji limau nipis/kasturi, ambil jus
1 ekor ikan siakap (cuci dengan air perahan limau nipis)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos ikan
Sayuran seperti kacang panjang, lobak merah, tomato, cendawan
Daun ketumbar
Garam
Maggi perisa
Caranya:-
Masukkan 2 liter air kedalam periuk.
Masukkan serai, cili, bawang dan akar ketumbar.
Masukkan pes tom yam, sos ikan dan jus limau kasturi/nipis, didihkan seketika.
Masukkan sayuran dan daun limau purut.
Perisakan dengan garam dan Maggi perisa cukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan, daun ketumbar dan tomato.
No comments:
Post a Comment