Sunday 16 February 2020

Siakap Goreng Sos Pedas





Bahan-bahan:-
1 ekor siakap, cuci bersih dengan air jus limau kasturi/nipis dan rendamkan dalam air jus 20 minit supaya tak berbau hanyir, kemudian dikerat 2 supaya mudah untuk menggoreng
Selepas ikan dibersihkan gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit, perapkan sebentar.
Sebelah cili benggala merah, dipotong kecil
Sebelah cili benggala hijau, dipotong kecil
Sebelah cili benggala kuning, dipotong kecil
Minyak menggoreng dan menumis
Garam secukup rasa

Bahan-bahan tumis:-
1 batang serai diketuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 biji cili merah masak ditumbuk
1 biji cili padi merah ditumbuk
Sedikit daun bawang bahagian putih dihiris halus
1" halia dihiris
4 helai daun limau purut disiat

Bahan-bahan sos, kacau sebati:-
1 sdb sos seafood
1 sdb sos cili
1 sdt sos tiram
1 sdt kicap manis
1 biji limau nipis ambil jus
Sedikit air

Caranya:-
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga masak dan ketepikan.
Gunakan minyak menggoreng ikan tadi dalam 2 sdb minyak.
Masukkan cili dan bawang putih yang ditumbuk, tumis sehingga wangi, masukkan daun bawang bahagian putih, serai, halia dan daun limau purut dan tumis sehingga cili masak, masukkan sedikit air.
Masukkan bahan-bahan sos, kacau sebati.
Kalau sos pekat tambahkan lagi sedikit air dan masukkan kesemua cili benggala, kacau.
Rasa dulu sebelum sos disiram  atas ikan.
Taburkan hirisan daun bawang dan daun ketumbar.


No comments:

Post a Comment