Tuesday, 11 February 2020

Kepak Ayam bersumbat






















Bahan-bahan:-
Kepak ayam dibuang bahagian tulang

Bahan-bahan lumuran pada kulit kepak ayam:-
Sos BBQ atau sos char siu sebagai pewarna dan rasa
Serbuk lada sulah
Minyak olive sedikit

Bahan-bahan inti:
Isi ayam dicincang gaul dengan sedikit baking soda
Soon Hoon direndam lembut
Cendawan kering rendan dan cincang halus
Bawang putih cincang halus
Halia dicincang halus
Sos cili Thai
Sos tiram
Kicap manis
Serbuk lada hitam
Minyak menumis
Air jika perlu sedikit

Cara memasak inti:-
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Masukkan bawang putih dan halia tumis sehingga wangi.
Masukkan isi ayam, cendawan dan soon hoon, kacau sebati.
Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis.
Masukkan sedikit air dan tutup dengan penutup.
Kacau sehingga air kering dan rasa dulu, masukkan serbuk lada hitam, gaul sebati.
Bila rasa semua dah OK dan ayam empuk, padamkan api dapur.
Pastikan inti kering, sebelum disejukkan.
Sumbatkan inti kedalam kepak ayam.

Cara memerap ayam:-
Kepak ayam yang sudah disumbat inti, ditutup dengan kemas, boleh guna pencungkil gigi.
Masukkan kepak ayam kedalam mangkuk yang besar.
Masukkan sos BBQ / sos char siu, sedikit lada hitam dan minyak zaitun.
Gaul sebati, simpan di peti sejuk semalaman.
Gunakan air fryer untuk memanggang kepak ayam



No comments:

Post a Comment