Wednesday 12 February 2020

Apom Lenggang




Resepi Apom Lenggang:@kualihelena
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu makan yis
1/3 cawan gula, lebihkan jika suka manis (guna gula perang)
1 cawan air
1 biji telur
1 cawan santan (guna santan kotak, tak perlu bancuh dengan air)

Caranya:-
Satukan kesemua bahan di atas kecuali santan.
Gual rata, tapis dan perap selama 2 jam.
Selepas 2 jam, masukkan santan dan gaul sebati.
Panaskan kuali non stick, tak perlu gris minyak.
Tuang 1 senduk adunan dan lenggangkan adunan seperti membuat kuih ketayap.
Masak dengan api yang perlahan, bila tepi-tepi apom dah nampak kekuningan bolehlah dilipat atau digulung.
Hidangkan dengan kuah kari, sambal ikan bilis atau makn begitu saja.

Kuah Kari Ayam Tanpa Santan:
Resepi:enakrasadaridapurkim.blogspot.com

Bahan-bahan:-
Ayam dipotong kecil
Serbuk kari
Serbuk cili
Daun kari
Minyak
Garam
Air secukupnya

Bahan-bahan tumis:-
Bawang besar dicincang halus
Pes bawang putih & halia
Tomato dicincang halus, lebihkan tomato
Kayu manis
Cengkih
Bunga lawang
Pelaga

Caranya:-
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan kayu manis, cengkih, bunga lawang, pelaga dan daun kari.
Masukkan bawang besar, kacau sehingga layu.
Masukkan tomato dan pes bawang putih & halia.
Kacau sehingga air tomato kering.
Masukkan rempah kari dan serbuk cili, kacau sehingga rempah masak.
Masukkan ayam dan air secukupnya.
Masak sehingga ayam empuk.
Jika nak berlemak, masukkan sedikit santan pekat dan masak sehingga mendidih.






No comments:

Post a Comment