Sunday, 12 January 2020

Cekodok Ikan Bilis Kak Rose




Sumber resipi: rasa.my Kak Rose
Bahan-bahan:-
2 cawan tepung gandum
Segenggam taugher (nak letak banyak pun boleh tapi agak-agak). Nak elok beli taugeh kering, taugeh yang tak direndam di dalam air
2 biji bwang besar hiris halus
5 batang cili kering (nak pedas boleh tambah)
Semangkuk kecil atau segengam ikan bilis (rendam)
1 sdm gula
1 sdt garam (ikut citarasa)
1 sdt soda bikarbonat
1 sdm serbuk penaik
1 biji telur (tak kisah gred apa)
Air secukupnya

Caranya (A):-
Satukan tepung, taugeh, bawang, garam, gula, telur, serbuk penaik, serbuk soda dalam 1 bekas besar, gaul sebati.

Caranya (B):-
Kisar cili kering dan juga ikan bilis.

Caranya:
Campurkan bahan-bahan (A) dan (B) dan air, gaul sebati. Pastikan adunan tepung tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
Adunan rehatkan dalam 5 ~ 10 minit biar apa yang ada dalam bekas adunan tadi mengembang.
Masa menggoreng pastikan minyak letak lebih dan betul-betul panas untuk mendapatkan hasil bulat itu.
Kacau selalu, aras api dikurangkan semasa proses mengacau.
Garam jangan terlebih sebab ikan bilis dah masin.

Tip: Untuk pastikan adunan kita itu cantik, selepas proses mengaul kesemua bahan jemputkan sedikit adunan itu, jika boleh dijemput bermakna adunan itu elok dan hasil akan cantik.

No comments:

Post a Comment